Saturday, January 27, 2018

MELAYU JADI ROHINGYA


Fahami lah wahai orang Melayu
Sebenar nye Malaysia kamu ini telah di jajah!
Apa nak buat pemimpin yg ada rela Malaysia di jajah
Asalkan perut mereka kenyang
Rakyat....pi mati lah dgn korang!
Apa mereka nak hairan dgn rakyat...
Kerana rakyat tetap sokong & undi mrka

Bersedia lah 20 thn lagi...
Kau tengok lah papan tanda jalan
Kita mungkin dah mati....
Tapi anak cucu kita tanggung lah hasil tangan kita
52 billion bukan dedak lagi....
Tapi penjualan tanah Malaysia kpd org asing
Tanah 1MDB, tanah Felda jln semarak, tanah industri di Kuantan,
Tanah di Johor, ketapi laju...semua milik Negara Cina apa lagi...

Rakyat tetap tak sedar...Najib dah jual Malaysia
Biarkan...biarkan....biarlah hancur negara...
Kita Melayu jadi Rohingya

52 billion bukan duit derma....
52 billion duit jual Malaysia....
Mana Tanah Melayu????
Yang ada Malay....Sia...L

Dah lama British tanam DOKTRIN pd org Melayu
Hingga parti untuk orang Melayu pun Bahasa Inggeris...
UMNO - UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION
Sekarang datang pula Negara CINA
20 tahun lagi papan tanda jalan tulisan CINA

Nak MERDEKA
Nama Tanah Melayu pun mesti tukar dahulu sebagai syarat
dari Tanah Melayu kpd MALAY...SIA...L
Apa orang Melayu belum sedar...
Biarkan...Biarkan...
Melayu jadi Rohingya.....

Najib Akui Memang Ada Kegagalan Dalam 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengakui ada kegagalan dan kelemahan dalam tadbir urus berkaitan dengan 1MDB tetapi mendakwa beberapa pihak yang mahu mensabotaj ekonomi negara demi kepentingan politik cuba memperbesar-besarkan isu itu.

Bercakap pada InvestMalaysia 2018 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata 1MDB dicabar dengan begitu kuat dan dijadikan senjata untuk membuktikan kononnya ekonomi Malaysia mengalami keruntuhan.

Beliau kemudiannya menggariskan langkah-langkah yang diambil untuk membetulkan masalah berkenaan dan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang sebagai sasarannya.

"Tetapi seperti yang kita pelajari mengenainya, jadi kita juga telah belajar daripada kesilapan lalu," katanya jelas merujuk isu-isu yang melanda pentadbiran Dr Mahathir seperti skandal pertukaran asing Bank Negara (forex).

Najib berkata , beliau mengakui terdapat alasan yang sah untuk dikhuatiri.

“Saya tidak mengketepikan isu ini begitu sahaja. Memang ada kegagalan dalam syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Memang ada asas yang menimbulkan kebimbangan.

“Disebabkan itu saya telah mengarahkan siasatan yang paling komprehensif dan terperinci dilakukan dalam sejarah korporat Malaysia, siasatan yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa termasuk jawatankuasa parlimen dianggotai parti kerajaan dan pembangkang.

“Dapatan siasatan mereka turut diambil kira – lembaga pengarah syarikat dibubar, pasukan pengurusannya ditukar dan operasinya dikaji semula,” katanya.

Najib juga menarik perhatian bahawa 1MDB telah menyusun semula asetnya, dan dengan hasil itu, ia mengambil pendekatan agresif untuk mengurangkan hutang kepada tahap paling rendah.

"Syarikat itu menumpukan kepada usahanya bagi memastikan dua aset yang paling berharga - Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange - kekal sebagai cadangan pelaburan yang menarik kepada pemegang saham dan pelabur,” kata Najib.

Kemelut 1MDB dan susulan pelbagai siasatan di beberapa negara menyaksikan desakan semakin kuat mahu Najib meletakkan jawatan. Dr Mahathir juga secara terbuka menuduh perdana menteri menyelewengkan dana daripada firma itu apabila sejumlah wang yang besar dijumpai berada di akaun bank peribadi perdana menteri.


Tetapi Najib menafikan menyalahgunakan sebarang dana awam untuk keuntungan peribadi dan mendakwa mereka yang membuat tuduhan berkenaan berkomplot untuk menjatuhkannya.

Artikel : MalaysiaKini