Wednesday, September 3, 2008

Permatang Pauh Siri 4 & Malam Sebelum Mengundi

Jentera PAS N9 di Permatang Pauh telah menjalankan kerja-kerja semakan daftar pemilih kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh bermula 2 hari sebelum pilihanraya. Petugas PAS N9 telah membawa komputer riba masing-masing dan kebanyakan nya dapat beroperasi secara "On-Line" terus dengan SPR melalui Broadband dan juga WIFI. Untuk memudahkan pengundi, daftar pengundi yang telah disemak, akan dicetak dan diberikan kepada pengundi.

Petugas N9 sibuk menyiapkan setting komputer dan printer untuk semakan daftar pemilih

Ramai pengundi dari Cross Street 2 dan juga pengundi dari UPU yang lain telah datang ke Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 untuk memeriksa nama mereka dalam daftar pengundi. Hasil dari gerakerja yang dijalankan didapati ramai pengundi yang mengundi di Permatang Pauh pada bulan Mac (PRU-12) telah di pindahkan tempat mengundi. Seorang pengundi Cina telah dipindahkan tempat mengundi di kawasan Bukit Bendera Pulau Pinang walaupun pada bulan 3 beliau mengundi di Kubang Semang dalam Parlimen Permatang Pauh. Terdapat 2 orang pengundi Cina yang nama mereka hilang terus dari daftar pengundi induk SPR. Seorang penduduk kebun sayur pula mengadu bahawa kakaknya yang telah berpindah selama 30 tahun ke Hong Kong juga menerima surat dari BN untuk keluar mengundi pada 26 Ogos tersebut. Terdapat ramai lagi setelah diperiksa, nama mereka telah dipindahkan ke Parlimen Bukit Mertajam walaupun dahulu dalam PRU-12 mereka mengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Semua dah siap sedia

Kerja-kerja semakan daftar pemilih UPU Cross Street 2 berjalan dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang pada waktu siang nya. Oleh kerana permintaan yang menggalakkan dari masyarakat Cina semakan daftar pemilih ini juga di buka pada waktu malam dari jam 9.00 malam hingga jam 12.00 tengah malam.

Sebahagian petugas N9 mengedar risalah dihadapan Bilik Gerakan


Saudara Hu Pang Chow (Pegerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia) bersama kawan2
beliau turut melawat Bilik Gerakan UPU Cross Street 2 pada malam sebelum mengundi.

http://orangklawang.blogspot.com

Permatang Pauh Siri 3

Petugas-petugas PAS N9 turut bersama-sama menjayakan semua aktiviti-aktiviti kempen di UPU Cross Street 2. PAS N9 berserta Cawangan PAS Kg Paya dan juga AJK UPU Cross Street 2 telah berjaya mengedarkan risalah kempen DSAI di kawasan masyarakat Cina Kebun Sayur, Permatang Rawa dan juga d Kg Paya termasuk Kg Paya Dalam.

Suasana sibuk di hadapan "Balai Islam" sebelum petugas-petugas PAS N9 keluar
merayu undi dan mengedar risalah.

Kontigen PAS N9 juga mengadakan solat hajat dan munajat pada tiap-tiap malam sebelum hari mengundi khusus memohon pertolongan ALLAH SWT untuk kemenangan DSAI dan juga bermohon kepada ALLAH SWT supaya diberikan kekuatan kepada petugas-petugas PAS N9 untuk meneruskan kerja-kerja pilihanraya di Permatang Pauh. Solat hajat dan munajat ini telah di imamkan oleh Ustaz Wan Azhar, Ustaz Nazri, Ustaz Khairul Azhar dan Ustaz Zakaria secara bergilir-gilir pada tiap-tiap malam.

Ustaz Wan sedang berbincang dengan AJK PAS Cawangan Kg Paya untuk
menentukan gerakerja kempen pilihanraya

Dato' Sri Wan Azizah juga telah mengadakan lawatan kerja ke bilik Gerakan Cross Street 2 dan turut menjamu pengundi-pengundi yang tersenarai dalam kawasan UPU Cross Street 2. Pada keseluruhannya pengundi Cross Street 2 tetap setia dengan Kak Wan dan DSAI walaupun bermacam-macam jenis rayuan, sogokan wang serta janji-janji manis yang ditaburkan oleh BN untuk membeli undi mereka.

Sebahagian petugas PAS N9 sebelum menjalankan kerj-kerja mengedar risalah
kempen DSAI di kawasan UPU Cross Street 2


Bersama Pak Andak Ad di Bilik Gerakan Permatang Rawa selepas selesai mengedar
risalah di kawasan tersebut.


Petugas Muslimat sibuk membuat persiapan makanan untuk disediakan bagi pengundi-
pengundi Cross Street 2 sempena lawatan Kak Wan ke Bilik Gerakan Cross Street 2


Muslimat PAS N9 bersiap sedia dengan risalah dan bahan kempen untuk keluar
merayu undi di Kawasan UPU Cross Street 2


Abang Bakar dari Rasah Jaya pun turun menyumbangkan tenaga. Tengok belakang
kereta beliau.Banner tempah khas.


YB Taufek ADUN Paroi (baju batik) turut bersama petugas menyusun risalah dan
bahan kempen untuk edaran.

http://orangklawang.blogspot.com

Friday, August 29, 2008

Permatang Pauh Siri 2

Pesuruhjaya PAS N9 telah pergi melawat ke kawasan kebun sayur di Cross Street 2 bersama dengan petugas-petugas PAS N9 untuk bertemu dengan pengundi kaum Tionghua di sana.Sambutan masyarakat tionghua kebun sayur sangat menggalakkan.

Pesuruhjaya PAS N9 & Petugas2 PAS N9 bergambar bersam-sama Ketua Tokong dan
penduduk Tionghua di Kebun Sayur Cross Street 2

Pesuruhjaya PAS N9 Sdra Zulkefly dan Ustaz Wan Azhar telah berbincang dan berbual mesra dengan ketua penduduk setempat yang juga menjadi ketua di tokong kebun sayur tersebut.Penduduk Kebun Sayur menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Bendera 3 parti tonggak Pakatan Rakyat berkibar di Taman Ciku, Permatang Pauh

Ketua Tokong tersebut menyatakan rasa gembiranya kerana orang PAS, DAP dan KeAdilan dapat duduk bersama dan berjuang bersama-sama untuk keharmonian dan membela nasib rakyat. Saudara Zulkefly pula menyatakan harapan beliau, agar seluruh penduduk di kebun sayur dapat keluar mengundi pada 26 Ogos ini dan memberikan undi yang sebanyak-banyaknya kepada DSAI demi untuk menundukkan kerajaan BN.

DSAI dan YAB Lim Guan Eng melawat pengundi di Taman Ciku

Petugas PAS N9, AJK PAS Cawangan Kg Paya dan Penduduk Tionghua Kebun Sayur
bergambar mesra semasa lawatan PJ N9 ke kawasan Kebun Sayur.

Dari kiri Hj Zainal, Cikgu Hassan (Ketua Penerangan PAS N9) dan Hj Daud (Ketua PAS
Cawangan Pantai) sedang berehat di Balai Islam

http://orangklawang.blogspot.com

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh Siri 1

Permatang Pauh 18 Ogos 2008 : Hari pertama berada dalam suasana pilihanraya Permatang Pauh. Dapat dirasakan ketegangan dan kepanasan bahang pilihanraya di Permatang Pauh.Malam tadi rombongan kami tersekat di jalanraya hampir 2 jam untuk balik dari Kubang Semang ke Kg Paya.Road blok polis dan kereta serta peronda bermotor polis berada di mana-mana sahaja.

Dari kiri Hj Lufti (UPU Kg Paya), Pak Andak Saad (Pemangku YDP Bkt Mertajam), Zulkefly (PJN9)
& Ustaz Wan Azhar (Pengarah Sekretariat PAS N9 di P.44 Permatang Pauh)

Beratus-ratus FRU ditempatkan di Permatang Pauh seolah-olah seperti satu rusuhan besar akan berlaku di Permatang Pauh.
Polis berpakaian preman dan polis biasa berada di mana-mana sahaja di Permatang Pauh. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh penceramah2 PAS dan Pakatan Rakyat yang mengatakan Malaysia adalah Negara Polis.Apakah perkara ini akan berterusan pada tiap-tiap pilihanraya kecil di Malaysia ini? Keputusan perkara ini terletak di atas bahu pengundi Permatang Pauh.

Petugas dari PAS N9 membantu menaikkan bendera PKR di simpang masuk Kg Paya,
Simpang Tiga Berapit.Pegang bendera Anif (Kancil), Hafiz & Raniman(pakai kopiah &
rambut panjang pony-tail)

Jika pengundi Permatang Pauh bertindak bijak dengan memilih DSAI sebagai ahli Parlimen maka suasana di Malaysia ini akan berubah.Polis di Malaysia akan menjadi satu jentera atau jabatan yang lebih bijak dan telus, yang bekerja untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.Bukan menjaga kepentingan politik pemimpin UMNO/BN seperti yang berlaku sekarang ini. Maka kita berharap dan berdoa agar pada 26 Ogos 2008 ini pengundi Permatang Pauh akan menjadi insan mulia yang bijak dengan memilih DSAI untuk mengubah dan menukar corak dan cara pentadbiran kerajaan di Malaysia ini.

3 orang OTAI MTD Klawang di Bilik Gerakan UPU Cross Street 2.
Dari kiri Mazlan, Hj Ismail & Hj Razak.

Ceramah DSAI, Lim Guan Eng & Ir Nizar di Simpang Tiga Berapit. Padat....sepadatnya


Saya & Abang Mahat dari Rembau sebelum beliau balik sekejap ke N9 nak minta
sambung cuti untuk terus bertugas di Permatang Pauh.

http://orangklawang.blogspot.com

Saturday, August 23, 2008

Hari Ketiga Muktamar

Ipoh 17 Ogos 2008 : Hari ketiga muktamar berlangsung. Alhamdulillah kelima-lima perwakilan Jelebu masih tekun mengikuti persidangan dan perhasan muktamar. Hari ini pada sebelah petangnya 3 orang perwakilan akan meneruskan perjuangan di Parlimen P.44 Permatang Pauh. Kawasan Jelebu menghantar 13 orang petugas pilihanraya untuk bertugas membantu kempen DSAI di Parlimen Permatang Pauh.

Dari kiri Mahat,Saiful,Mazlan & Hafif siap sedia untuk ke Permatang Pauh

Petugas Jelebu yang berjaya hadir di Permatang Pauh dan telah pun mendaftarkan diri sebagai petugas sepenuh masa adalah :-
  1. Saiful Bahri Jaaman S/U Kawasan Jelebu
  2. Hj Jamalus Mansor Ketua Penerangan Kawasan
  3. Nor Anif Selamat Penolong S/U Kawasan
  4. Hj Razak Hassan AJK MTD Klawang
  5. Hj Ismail Akup AJK MTD Klawang
  6. Mazlan Marsham AJK MTD Klawang
  7. Raniman Rani AJK Caw Gelang Pertang
  8. Mohd Afif MTD Sg Lui
  9. Alias Daud AJK MTD Klawang
  10. Haris Shahrudin MTD Klawang
  11. Syed Alias Syed Samara Simpang Durian
  12. Mohd Barr MTD Pertang
  13. Shamsudin Simpang Durian
Diharap petugas PAS Jelebu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkempen bagi memenangkan DSAI dalam pilihanraya P.44 Permatang Pauh.
Seramai 39 orang petugas PAS N9 telah melaporkan diri untuk bertugas di Permatang Pauh. Lebih ramai lagi akan melaporkan diri pada hari ini 23 Ogos (Sabtu) kerana Saudara Zulkefly Pesuruh Jaya PAS N9 akan mengetuai satu konvoi besar-besaran kontigen N9 yang akan bertugas di Permatang Pauh.Konvoi ini telah pun mula bergerak pada pagi ini dan dijangka sampai di Permatang Pauh pada petang ini.

Gerai Along di serbu oleh pengujung muktamar

4 orang pengunjung Mat & Minah Saleh turut mengunjungi dan membeli belah di gerai
-gerai muktamar 54


Kumpulan pertama sekretariat PAS N9 di Permatang Pauh bersiap sedia untuk
bergerak selepas muktamar


Pemandangan pertama pilihanraya Permatang Pauh


"Balai Islam" Kg Paya, Simpang Berapit tempat penginapan Petugas2 PAS N9 di
pilihanraya Parlimen P.44 Permatang Pauh

http://orangklawang.blogspot.com

Hari Kedua Muktamar 54

Ipoh 16 Ogos 2008 : Hari kedua muktamar berlangsung.Perwakilan Jelebu awal-awal pagi lagi telah memasuki dewan stadium untuk mengikuti persidangan muktamar.Perwakilan dari negeri-negeri dan dewan-dewan membahaskan dan menyokong ucapan dasar presiden.Negeri Sembilan menampilkan Ustaz Zakaria Khalim Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sembilan untuk membahas dan menyokong ucapan dasar Presiden.

Ustaz Zakaria Khalim TPJ2 NS membahaskan uacapan dasar Presiden

Dalam pembahasan beliau Ustaz Zakaria menegaskan bahawa tema muktamar tahun ini iaitu "PAS Untuk Semua" adalah satu tema yang sangat cantik dan bijak.Beliau tidak mahu ia hanya menjadi tema sahaja tetapi sebaliknya ia harus memberi jawapan kepada perseimbangan dan percaturan antara kaum di Malaysia.PAS N9 juga mencadangkan supaya lajnah Felda di dalam PAS harus di naik tarafkan menjadi satu jabatan supaya skop gerakerja dalam membantu dan menangani masalah peneroka Felda dapat di cakupi dalam kerangka yang lebih luas.Ustaz juga menyarankan agar ahli-ahli Parlimen PAS haruslah lebih kehadapan dan efektif dalam menangani isu-isu dan masalah rakyat supaya tema "PAS Untuk Semua" benar-benar dapat diterjemahkan dalam perbuatan dan tindakan yang sewajarnya.

Ustaz Wan Azhar (kiri sekali) bersama perwakilan Jelebu

Perwakilan Jelebu bersama Perwakilan Jempol di Dewan Muktamar

Pemangku YDP Jelebu Hj Kateran Marman dan NYDP Jelebu Hj Zainuddin Hassan di Dewan Muktamar

http://orangklawang.blogspot.com

Saturday, August 16, 2008

Hari Pertama Muktamar PAS 54

Ipoh 15 Ogos 2008 : Hari pertama muktamar PAS ke 54 berlangsung. Perwakilan PAS Kawasan Jelebu telah selamat sampai Ipoh semalam jam 3.30 petang dan terus mendaftar di bilik hotel yang telah ditempah awal-awal lagi. Pada jam 5.00 petang kami telah mendaftarkan diri di Stadium Indera Mulia tapak muktamar PAS ke-54 akan di adakan. Setelah pendaftaran kami pun berjalan dan minum petang di gerai yang menjual makanan dan minuman. Suasana meriah dapat dirasakan dengan ratusan gerai yang menjual berbagai jenis barangan. Hujan lebat bersama ribut petir juga turun pada petang itu menyambut kami di Stadium tersebut.

Perwakilan Jelebu dari kiri Nor Anif, Hj Jamlus, Hj Zainuddin, Hj Kateran & Saiful Bahri.

Pada pagi ini awal-awal lagi perwakilan Jelebu telah bersiap sedia untuk mengikuti muktamar. Ucapan perasmian Presiden dan muktamar penuh pada sebelah petang juga diikuti dengan penuh perhatian oleh perwakilan Jelebu. Kontigen PAS Jelebu juga dihadiri oleh Haji Razak, Haji Ismail dan Saudara Mazlan dari MTD Klawang, Saudara Raziman dari Kg Gelang Pertang, En Yunus Yahya dari MTD Sg Lui dan Saudara Khairul Azidi, Saudara Hanif serta Saudara Afif dari PAS Cawangan Pasoh 2 yang hadir sebagai pemerhati.

Mengikuti perasmian muktamar oleh Tuan Guru Presiden

Besok pagi mereka ini akan pergi ke Permatang Pauh untuk hadir bersama-sama pada penamaan calon DSAI untuk Parlimen P.44 Permatang Pauh.

Bersama Saudara Mazlan yang bertugas Unit Amal semasa Muktamar


AJK PAS Pusat dan tetamu muktamar

Pelancaran Harakah 2 kali seminggu. Unik nya harakah di hantar dengan menaiki motor Honda cub C70 yang lama.


Perwakilan dari Jempol khusyuk mendengar perbahasan muktamar


Perwakilan Jelebu Hj Jamlus dan Anif pada sidang petang muktamar


Bersama Ustaz Ahmad Awang dan Hj Jamlus selepas tamat sidang petang


Bersama Sdra Yau Con Seng dan Sdra Hishamuddin Sulaiman (Mantan Ketua Pemuda PAS N9) semasa jamuan di rumah YAB Menteri Besar Perak

http:/orangklawang.blogspot.com