Monday, April 18, 2011

Tok Rais Tak Peduli pun Jelebu

Rombongan PAS MTD Klawang terpaksa melalui jambatan gantung yang
uzur dan hampir roboh untuk menyampaikan sumbangan kepada Pn Zainab


Jelebu 17 April 2011 - Percaya atau tidak kemiskinan tara macam ni pun masih wujud lagi di Malaysia ni terutamanya dalam sibuknya United Malays National Organisation (UMNO) / BN melaung-laungkan program pembangunan dan juga begitu ghairah dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemiskinan dan kedhaifan ini pula wujud di daerah Jelebu yang diwakili oleh Dato Rais Yatim yang sibuk dengan program WIFI nya yang konon-kononya Malaysia ni dah maju sangat. Nampak tak kat Tok Rais ni, yang orang kampung nya susah dan miskin dan tolonglah orang kampung awak dahulu daripada sibuk dengan WIFI tu.


Naib YDP Jelebu Sdra Anif memegang besi jambatan gantung yang sudah
patah dan bengkok.


Untuk nak pergi ke rumah Puan Zainab Bte Abdul Rahman yang berumur 77 tahun ini rombongan PAS terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang telah uzur dan kayunya telah pecah-pecah. Jambatan gantung itu juga bergoyang-goyang (dah tak kuat) jika ramai orang melaluinya sekaligus. Salah satu besi yang memegang jambatan gantung telah patah dan senget. Pada hakikatnya jambatan gantung ini sedang menunggu harinya untuk roboh menyembam bumi. Jika hal ini berlaku sewaktu tidak ada sesiapa melaluinya syukurlah tetapi apa pula jika pada masa itu ada orang sedang melaluinya. Siapakah yang harus bertanggugjawab??? Adakah Majlis Daerah Jelebu atau kerajaan NS atau Tok Rais sendiri sebab tak prihatin akan masalah orang kampungnya atau siapa???

Sdra Anif menunjukkan sebahagian kayu jambatan yang telah patah


Tolonglah sikit...Dah lebih 50 tahun dah kita merdeka. Kalau taraf hidup penduduk Malaysia yng merdeka ini sama aje dengan sebelum merdeka, maka apa ertinya kemerdekaan. Mana dia United Malays National Organisation (UMNO) yang kononnya membela Melayu. Cakap aje berdegar-degar. Negeri Sembilan ni semenjak merdeka sampailah hari ini dah 50 tahun dah diperintah oleh United Malays National Organisation (UMNO) / BN dah tak pernah sekalipun dapat diperintah oleh PAS. Tolonglah sikit tengok... dan pandang apa keperitan dan kejerihan hidup rakyat. Tok Rais tengoklah sikit...macam ni ke dah jadi Menteri Kanan ni???

Air yang dipam dari dalam tanah masih digunakan!!! Macam ni pun ada,
tapi dah merdeka lebih 50 tahun

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Masih Ada Yang Sayang Siri 2

Jelebu 17 April - PAS MTD Klawang meneruskan lagi program "Masih Ada Yang Sayang" untuk menyantuni dan membantu warga tua, OKU dan rakyat termiskin di kawasan DUN N.04 Klawang. Para petugas PAS MTD Klawang telah berusaha dengan dibantu oleh orang ramai mencari kedudukan dimana tempat tinggal mereka ini. Pada minggu ini kami sempat menyerahkan bantuan di kawasan Ulu Klawang.

Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Kalsom Bte Mat Rop yang
mempunyai anak yang ramai dan telah kematian suami


Kami juga telah singgah melawat En Ikhsan Bin Tamyes (Wak Hassan) seorang aktivis PAS MTD Klawang yang telah diserang angin ahmar/stroke sebanyak 2 kali dan telah lumpuh. Sekarang ini beliau hanya duduk dirumah sahaja dan menjalankan aktiviti fisioterapi secara sendiri. Wak Hassan semasa beliau sihat adalah seorang aktivis yang gigih dan rajin. Beliau telah bekerja keras membantu calon-calon PAS yang bertanding di DUN N.04 Klawang dalam 2 pilihanraya yag lalu iaitu pada tahun 2004 (PRU 11) dan 2008 (PRU 12).


Sdra Saiful (Setiausaha MTD) menyampaikan sumbangan kepada Wak Hassan
aktivis PAS yang lumpuh kerana stroke



Pn Wan Nabighah (Setiausaha DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Pn Zainab Bt Abd Rahman warga emas yang miskin


Hj Razak menyampaikan sumbangan kepada En Hasnizariat Bin Haron (Ham)
yang miskin dan mempunyai anak yang ramai dan tidak mempunyai pekerjaan tetap



Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Zarimah Bte Ishak yang
menderita sakit barah dan juga miskin. Pn Zarimah baru lepas menjalani pembedahan

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Mengedar Risalah di Pekan Klawang

Jelebu Ahad 17 April - PAS MTD Klawang telah mengadakan program mengedar risalah di Pasar Minggu Pekan Kuala Klawang. Tujuan diadakan program adalah untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk Jelebu khasnya penduduk Kuala Klawang berkenaan beberapa isu yang menyentuh soal masyarakat.

Saudara Anif dan Samsul (Dewan Pemuda) sedang memberikan risalah kepada
seorang pengunjung Pasar Minggu, Pekan Klawang


Pada minggu ini risalah "Kami Tak Nak Saman Ekor" yang dikeluarkan oleh YB Mahfuz Omar telah diedarkan. Tujuan risalah ini dipilih untuk diedarkan adalah supaya penduduk Jelebu sedar akan kedudukan undang-undang tentang saman kenderaan dan juga memberi maklumat kepada orang ramai tentang hak-hak mereka jika mereka di saman ekor.


Puan Osnidah (Ketua Muslimat Jelebu) dan Puan Wan Nabighah (Setiausaha
DMP Jelebu) turut sama dalam program edar risalah ini.

Kempen mengedar risalah "Kami Tak Nak Saman Ekor" ini juga adalah lanjutan dari kunjungan YB Mahfuz yang berceramah di rumah Arwah Tuan Hj Hassan di Kg Petaling, Kuala Klawang pada bulan lepas. Secara keseluruhannya rogram ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung-pengunjung Pasar Minggu tersebut.

Align LeftSeorang warga Tionghua yang mengayuh basikalnya berhenti dan
bertanyakan sesuatu dengan Anif


http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Tuesday, April 12, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Pada hari ahad 10 April baru2 ini PAS MTD Klawang telah mengadakan program "Masih Ada Yang Sayang". Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat di DUN Klawang yang OKU dan yang miskin. Program telah disertai oleh Saudara Nor Anif (Naib YDP PAS Jelebu),Cikgu Jaaman (Timbalan Pengarah MTD), Saudara Yusry Mohamad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS NS) dan juga Puan Osnidah Othman (Ketua Dewan Muslimat PAS Jelebu).

Naib YDP Jelebu/Pengarah MTD Klawang Saudara Anif menyampaikan
sumbangan pada Pn Siti Aisyah Bte Idris yang buta disebabkan oleh penyakit
kencing manis dan sakit buah pinggang


Sebelum itu pada sebelah paginya mereka semua telah mengedar risalah buku jingga di kawasan Pasar Minggu di pekan Kuala Klawang. Menurut Saudara Anif program "Masih Ada Yang Sayang" ini akan dijalankan sebulan sekali. Pihak MTD Klawang akan mendapatkan nama dan mengenal pasti keluarga atau individu yang layak untuk menerima sumbangan.


Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Ishak Ismail
yang menjaga abangnya Samat Bin Ismail (OKU)


Saudara Anif yang juga merupakan Pengarah MTD Klawang menyatakan kepada mana2 individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan atau memberikan sumbangan kepada OKU atau rakyat miskin boleh juga menyalurkan melalui MTD Klawang dengan menghubungi beliau atau Setiausaha MTD. Setakat ini ada seorang ahli perniagaan yang menyalurkan sumbangan bulanan melalui MTD Klawang kepada seorang ibu yang buta disebabkan oleh penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang.


Pn Osnidah (Ketua DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Puan Salina Said di Kg Purun



Hj Abdul Razak menyampaikan sumbangan kepada Sdra Malik Radzuan
yang mempunyai anak yang sakit dan beliau juga kurang kemampuan




Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada keluarga
Pn Faziah Bte Manap yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak
yang ramai.Salah seorang anak Pn Faziah sekarang ini sedang menuntut di
Kolej Tunku Kurshiah Seremban.

Monday, April 11, 2011

KABARE?

Pe..e..h punya lah lama tak memblogging.Rindu dan gian rasanya.Buat kawan2 yang sentiasa nak tahu maklumat tentang PAS Jelebu atau MTD Klawang saya minta maaf banyak2.Ada sahabat kat Majlis Daerah Jelebu tu tanya saya samada saya dah bersara dan tak nak posting lagi.Sebenarnya bukan begitu.Sekarang ni masa terhad dan itu hari komputer banyak lak ragam nya.
Alhamdulillah semalam dapt pergi ke Low Yat Plaza dan format semula serta upgrade komputer ni balik.Maklum lah komputer lama.Habis gaklah RM255 tapi takpe demi untuk PAS dan PR apa pun boleh...No Hal.
Orang Sarawak Kabare? Buat Mahmud Sabli, Justi Amban, Abdillah Besar, Hayaton Nissa Awangku Yusof, Dayang Faridah, Moeng, Jujuk, kali ni dah lah tu, cukup2 lah kau orang undi BN tu.Tukar lah pulak kepada PR (Pakatan Rakyat-PAS, PKR & DAP). Dah cukup kaya atau terlampau kaya Taib Mahmud tu dah...kali ini kau orang kaya kan lah diri kau orang sendiri pulak.Kali ni kau orang semua MESTI pangkah PR pulak.Orang Sarawak kena dan wajib berubah.Sebuah Negeri yang kaya macam Sarawak kesian...apa pun tak ada.Jalanraya teruk, sekolah tak cukup, hospital pun tak cukup...Kesian lah kat diri kau orang sendiri pulak.
Jangan asyik kesian kat BN sampai kau orang lupa nak kesian kat diri sendiri.
Tengok Selangor air pun dapat free 20 meter cubic padu, anak masuk U dapat RM1000, orang2 tua dapat duit belanja,guru kafa naik gaji,guru pondok dapat bantuan.Kalau Tan Sri Khalid dapat beli SYABAS itu hari seluruh rumah2 di Selangor dapat air percuma, yang kena bayar cuma premis perniagaan dan kilang dan lain2 aje.Kau orang Sarawak tak nak ke???
Ernest kat Universiti Malaysia Sarawak tu please change for a better future.Ok..

Monday, July 26, 2010

Orang Melayu Belum Tentu Islam Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu

Hairan aku sekarang ni dah sibuk balik dijaja hal “perpaduan antara UMNO – PAS”. Tapi yang sibuk sangat nak berpadu atau bergabung ni UMNO. Bagi pihak PAS tak ada apa-apa reaksi nampaknya, kerana PAS mengikut keputusan muktamar-muktamar yang telah lepas iaitu TIADA penggabungan atau perpaduan denganUMNO akan diwujudkan. Ini telah dipersetujui dari peringkat pemimpin atasan hinggalah kepada ahli bawahan PAS. Sibuknya UMNO nak bergabung dengan PAS ini sehingga keluar dalam Berita Harian artikel bertajuk “Roh Perpaduan Melayu” oleh Saudara Mior Kamarul Shahid. Rupa-rupanya ada roh benda yang bernama perpaduan ni ye!

Yang jadi tandatanya sekarang ini sejak bila pula perpaduan ni ada roh. Ada ke jasadnya yang tiba-tiba wujudnya roh ini. Dalam betul pengajiannya, sampai nampak akan dia roh benda yang bernama perpaduan ini. Tok Guru Nik Aziz dah banyak kali bercakap menegaskan bahawa UMNO ni kalau nak bergabung dengan PAS maka WAJIB UMNO tukar dasar partinya daripada sekular kepada Islam. Kalau dasar parti UMNO itu Islam maka baru boleh bergabung dengan PAS. Kalau selagi dasar UMNO sekular dan perjuangan hanya untuk bangsa Melayu maka TAK BOLEH BERGABUNG.

Bukan kah orang UMNO tu Melayu dan PAS juga Melayu? Habis kalau dah sebangsa tak kan tak boleh bergabung??? Memang betul, rata-rata orang UMNO adalah orang Melayu dan orang PAS juga Melayu, walaupun ramai juga orang Cina Islam dan India Islam menjadi ahli PAS. Di Malaysia ni apabila disebut sahaja orang Melayu maka ia adalah Islam! Betul ke? Betul ke orang Melayu ini Islam? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam tidak solat 5 waktu sehari semalam, minum arak, berjudi, berzina, jadi bapa ayam dan macam-macam lagi perkara maksiat yang dilakukan sebagai rutin harian maka inikah orang ISLAM? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam mengamalkan rasuah, kronisma serta menzalimi dan menindas bangsa sendiri dan bangsa-bangsa yang lain, maka inikah orang Islam? Orang Islam ciri-cirinya adalah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,menjauhkan diri dari perbuatan maksiat serta tidak mengamalkan cara hidup maksiat, rasuah dan sebagainya. Orang Islam juga perwatakannya lemah lembut, merendah diri dan jika menjadi pemimpin adil kepada semua kaum.

Cuba lihat pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Sudah 20 tahun kerajaan PAS di Kelantan di perintah menurut cara Islam dengan temanya “Membangun Bersama Islam”. Kita lihat tiada setitik rasuah pun yang berlaku malah kerajaan PAS Kelantan berlaku adil lagi kepada semua kaum, bangsa dan agama. Berapa kali SPRM cuba nak menyiasat kononnya ada berlaku rasuah dalam Kerajaan PAS di Kelantan tetapi tidak berjaya. Ini barulah “Islam Adil Untuk Semua”.

Balik kepada orang Melayu yang dikatakan Islam tadi maka jika benar orang Melayu ini Islam dimana akad mereka masuk Islam. Jika jual beli ada akad, nikah kahwin ada akad, bayar zakat ada akad, maka di mana akad orang Melayu masuk Islam. Orang Cina atau India masuk Islam ada kadi atau Tok Imam yang mengislamkannya dan mendengar pengucapan 2 kalimah syahadah mereka beserta dengan saksi. Habis orang Melayu beranak je atau terberanak (tak sengaja mendapat anak / zina) terus dikira Islam. Maka benarlah orang Melayu ni islam baka atau keturunan.

Bila disebut baka ni ada banyak jenis baka jugak, iaitu jenis baka yang baik, baka yang tidak baik, baka yang rosak dan baka yang elok. Cuba lihat berapa ramai orang Melayu, muka Melayu bercakap Bahasa Melayu tapi ugama Kristian atau Hindu dan ada sebahagiannya pula tak berugama atau tak percaya pada wujudnya tuhan (Atheis). Di Pulau Bali orang Melayu rata-ratanya beragama Hindu. Jual mee ayam, sate atau bakso pakai songkok dan berkain pelikat lagi tapi ugamanya Hindu. Maka di mana nak diletakkan kedudukan ayat yang mengatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam dan orang Islam itu Melayu.

Itu lah sebabnya bila sahaja dikatakan UMNO nak bergabung dengan PAS maka Tok Guru dan kepimpinan PAS peringkat atasan dan bawahan serta ahli-ahli PAS sebulat suara mengatakan tidak boleh selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam. Ini jika dikaji dalam maksudnya, sebab kita tidak mahu orang Islam terpalit dengan tohmahan dan fitnah oleh bangsa Melayu sendiri serta bangsa-bangsa yang lain atau oleh penganut-penganut agama yang lain. Kerana seperti tajuk diatas “Orang Melayu Belum Tentu Islam, Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu”. ADA FAHAM???

Friday, July 23, 2010

Jumaat

Hari ni hari jumaat. Alhamdulillah berbondong-bondong orang Islam pergi masjid menunaikan solat fardhu jumaat dan mendengar khutbah jumaat. Masa ini lah boleh dikatakan semua masjid penuh. Tak macam solat fardhu yang lain. Nak penuhkan 1 saf pun payah. Kalau solat suboh lagi lah tak payah.

Sepatutnya masa Solat Jumaat ini lah peluang yang sebaik-baiknya digunakan untuk melebarkan dakwah dan syariat islam kerana yang mendengar khutbah jumaat tu ramai. Tetapi sayang kerana khutbah jumaat tidak digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan kepada umat, tentang Islam, tentang syurga dan neraka, tentang dosa dan pahala, tentang dosa zina dan anak luar nikah, tentang bahayanya maksiat, tentang azab kubur. Pada hari jumaat ini lah banyak Kutu, Mat Pet, Mat Rempit, Gay dan orang yang solat seminggu sekali datang bersolat jumaat dan mendengar khutbah. Peluang ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh khatib dan Majlis Agama Islam untuk memperingatkan umat tentang Islam dan ALLAH tuhan Rabbul Jalil.

Tapi sayang seribu kali sayang kerana masa ni lah pulak khatib nak jadi Pak Menteri atau Pegawai Penguasa Alam Sekitar atau Pakar Ekonomi. Apa tidaknya tajuk Khutbah jumaat yang dibaca oleh khatib “Kitar Semula Menjana Ekonomi Negara” dan ada pula baru-baru ni khutbah jumaat tu khatib menceritakan tentang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MATEN). Khatib tu menyuruh orang Melayu merebut peluang ekonomi dan jangan ketinggalan. Tak cukupkah TV dan Radio, kerajaan jadikan saluran untuk mengajar penduduk Malaysia cara nak buang sampah, tin dan botol serta plastik sampai terpaksa menggunakan khatib untuk berkhutbah tentang perkara ni. Di luar masjid orang sibuk bercerita tentang ekonomi, macamana nak buat duit atau macamana nak jadi kaya, takkan lah sampai ke dalam masjid dan khutbah jumaat pun nak cerita tentang Ekonomi dan macamana cara nak buat duit lagi. Patut lah orang Islam sekarang ramai yang dah bertuhankan DUIT dan bukan bertuhankan ALLAH lagi.

Cuba pergi curi-curi dengar khutbah di Gereja Kristian pada hari ahad atau paling senang boleh buka YouTube dan boleh dengar khutbah mereka. Apa Paderi Kristian tu cerita atau beritahu pada pengikut agama Kristian tersebut. Paderi tu bercerita tentang berbuat baik sesama insan, sentiasa tolong menolong atau jangan menipu atau menganiaya orang lain, jangan buat maksiat dan lain-lain lagi. Paderi kristian tu bercerita tentang dosa pahala. NAMPAK TAK? Pergi ke kuil BUDDHA pulak, apa sami Buddha tu akan cakap. Sami akan beritahu jangan menganiaya binatang, pokok2 dan jangan berbunuhan antara satu sama lain dan macam-macam lagi. Begitu juga Sami Hindu akan menyuruh penganut Hindu berbaik-baik dan tolong menolong. Contoh yang paling baik adalah Mahatma Gandhi.

Semua agama akan menyeru pengikut agamanya kepada kebaikan dan mengingatkan mereka tentang dosa dan pahala bila mereka dapat berkumpul sesama mereka. Tapi mengapa khatib kita tidak dapat bercerita tentang ugama Islam yang syumul ini kepada seluruh umat sebaliknya khutbah jumaat tersebut telah diselewengkan tajuk nya kepada yang lain contohnya "Makanlah Buah-Buahan Tempatan" dan sebagainya. Itu lah sebab umat islam hari ini telah rosak dan kejadian maksiat seperti buang anak dan sebagainya telah berleluasa.

Masa aku dengar khutbah tentang MATEN tu aku lihat hampir separuh yang hadir mendengar khutbah itu telah tertidur, mungkin kerana tak faham atau bosan mendengar khatib itu tergagap-gagap menyebut kadar index dan lain-lain lagi bahasa ekonomi yang hanya orang ekonomi sahaja akan faham......