Wednesday, July 9, 2008

PROTES Di STADIUM KELANA JAYA

6 Julai 2008, Kelana Jaya : Aku, Hafiz (anak aku) dan Ustaz Suhaimi bersama ribuan lagi rakyat marhaen penyokong Pakatan Rakyat telah pergi ke Stadium Kelana Jaya untuk bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat membantah kenaikan harga minyak.


Aku sampai Stadium lebih kurang jam 10.15 pagi dari Seremban.Tak ada road-blok polis di Selangor.Cuma sebelum masuk plaza tol Senawang ada satu road-block polis.Semua orang yang pakai baju warna merah kena tahan dan disuruh berhenti.Macam-macam pertanyaan di ajukan oleh polis tu menyebabkan jalan tu jem lah sedikit walaupun hari ahad.


Sampai stadium pergi cari gerai along dulu sebab Ustaz Suhaimi nak beli baju PROTES.Dia belum ada lagi.Aku pula dah siap pakai baju PROTES yang ada kolar.Awal2 lagi dah beli dengan Along.Yang ada kolar harga cuma RM20 tapi stok terhad dan awal2 lagi dah habis.


Masuk je stadium hafiz dah ikut suara Cikgu Bad menjerit "Reformasi".Ramai gak lah jumpa sahabat2 dalam stadium tu.Rasa macam perjumpaan old boys sekolah lak sebab ramai yang dah lama tak jumpa pun dapat jumpa.Aku jumpa dengan Haji Ghazali Seremban, Orang Jempol.Tuan Syed dari Rembau, Anif dari Simpang Pertang dan juga ahli usrah MTD Klawang Haji Ismail dan Haji Razak yang datang dari Kuala Klawang, naik komuter di Seremban.Ramai gak kaki2 demo dari Seremban yang tak datang macam brother Bakar,Mahat dan Kamaruddin Teratai.Sori mungkin korang ada datang tapi aku tak jumpa pulak masa aku di Stadium itu.Mungkin jugak tak datang sebab dia orang ada kenduri atau mungkin tak "kow" sebab buat kat stadium maka tak nampak abang topi merah..


Aku kat stadium sehingga jam 12.30 tengahari sahaja.Aku kena balik sebab malam ni ada mesyuarat Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu lagi pun Ustaz Suhaimi nak pergi mengajar malam ni.Lalu lagi sekali kat depan gerai Along wah bukan main sibuk lagi Along makan besar dia hari ni.Baju semua habis NGAH kato Along den nak kono poi ambik lai ni....OK lah Along apa-apa hal jangan lupa perjuangan OK...

Dari kiri Ustaz Suhaimi, Hafiz, Anif, Hj Razak dan Hj Ismail

Budak kecil ni pun PROTES gak sebab kerajaan UMNO/BN dah rampas duit susu dia.

http://orangklawang.blogspot.com

Tuesday, July 8, 2008

Usrah MTD Klawang

5/7/08 Kuala Klawang : PAS MTD Klawang telah mengadakan usrah bulanan nya malam ini di rumah En Zulkifli Bin Zainuddin di Kg Durian Gasing, Triang, Kuala Klawang. Usrah ini di adakan setiap 2 minggu sekali dan Naqib usrah adalah Ustaz Suhaimi Bin Kassim Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.


Usrah PAS MTD Klawang ini telah bermula semenjak tahun 2002 oleh Cikgu Jaaman dan alhamdulillah telah dapat bertahan sehingga kini. Naqib usrah telah bersilih ganti dari Ustaz Bakhtiar, Ustaz Shaifuddin Maulup, Ustaz Mohd Esa dan akhir nya sekarang ini Ustaz Suhaimi. Dengan adanya usrah ini aktiviti MTD Klawang berjalan terus sepanjang tahun. Diharap usrah MTD ini akan terus berkekalan untuk memastikan perjuangan Parti Islam di Klawang akan terus berkembang.

Untuk sesiapa atau individu yang ingin menyumbang untk tabung PAS MTD Klawang boleh lah masukkan RM$$ anda ke dalam akaun MTD Klawang : Public Bank Cawangan Kuala Klawang nombor akaun 4-9001941-10.

Usrah yang akan datang akan diadakan pada 19 Julai 2008 di rumah HJ MAT TAN Kg Tembun, Kuala Klawang.

Sunday, July 6, 2008

Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu

2 Julai 2008, Simpang Pertang : Pada hari Rabu 2hb Julai 2008 yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah umum sempena dengan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu. YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor telah dijemput sebagai tetamu khas untuk merasmikan pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu dan seterusnya menyampaikan ceramah.

Dalam ceramah beliau YB Dr berkali-kali menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini akan membawa bencana inflasi iaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lebih parah kepada Malaysia. Selain dari inflasi, kenaikan harga minyak ini juga membawa kepada unjuran stagflasi iaitu di mana syarikat-syarikat tidak dapat menanggung kenaikan bebanan kos operasi yang melambung tinggi yang menyebabkan akhirnya sebilangan besar pekerja syarikat terpaksa diberhentikan kerja demi untuk menyelamatkan kedudukan perniagaan. Ini akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan maka ini akan mengundang bala iaitu bertambahnya masalah jenayah seperti ragut, curi dan rompakan menurut YB Dr Zulkifli lagi.

YB Dr Zulkifli melihat "bunting" Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu setelah memotong riben simbolik perasmian pelancaran tersebut sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP Jelebu dan PJ NS.

YB Dr Zulkifli menegaskan bahawa harga minyak di Malaysia tidak sepatutnya naik kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan bukan negara pengimpot minyak seperti Thailand dan Singapura. Jika kerajaan Nigeria sebuah negara di benua Afrika yang terkenal dengan kemiskinan boleh menawarkan harga minyak serendah RM 0.75 sen seliter kepada rakyatnya mengapa Malaysia yang dikatakan aman,makmur dan kaya raya dengan hasil bumi yang lain tidak boleh menawarkan harga minyakyang serendah itu kepada rakyatnya. Disini lah terbuktinya kezaliman dan ketidak prihatinan kerajaan UMNO/BN kepada masalah dan rintihan rakyat, tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu pada malam itu juga turut dihadiri oleh Sdra Zulkifli Omar Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani Ketua Pemuda PAS NS yang juga ADUN Paroi dan Tuan Hj Abdul Majid Timbalan YDP PAS Kawasan Jempol.

Tuan Haji Kateran Pemangku YDP PAS Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan betapa perlunya PAS Kawasan Jelebu mempunyai bangunan sendiri yang boleh menempatkan pejabat PAS Kawasan Jelebu. Sehubungan dengan itu kata beliau satu akaun khas telah dibuka di Agro Bank Cawangan Kuala Klawang di atas nama TABUNG BANGUNAN PAS KAWASAN JELEBU dan nombor akaunnya adalah :1-00-5681-00003914-5 untuk tujuan tersebut. Haji Kateran berharap ahli-ahli PAS Jelebu, aktivis PAS, penyokong PAS dan anak-anak kelahiran Jelebu yang berada atau tinggal di luar Jelebu dapat bersama-sama menyumbang kepada tabung ini dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang tersebut. Ini akan dapat merealisasikan kewujudan sebuah bangunan untuk PAS Jelebu sebelum 2012 iaitu jangkaan PRU-13 yang akan datang tambah Hj Kateran lagi.

Sebahagian dari hadirin yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah

Gerak gempur DUN Paroi turut hadir bersama pada malam tersebut.Kanan sekali YB Hj Taufek.

http://pasjelebu.blogspot.com

Thursday, June 19, 2008

First Come, First Serve


Itu ucapan Mat Saleh yang selalu kedengaran untuk meraikan orang yang sedang berebut-rebut sesuatu. Begitu juga ucapan ini boleh lah ditujukan kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan keluar dari BN samada masuk Pakatan Rakyat atau pun jadi Ahli Parlimen bebas. Bilangan 30 menjadi penentu untuk meranapkan keangkuhan kerajaan BN di Malaysia ini. 30 juga adalah angka keramat sempena 30 tahun duit Petronas telah di balun oleh UMNO/BN yang menyebabkan rakyat sengsara kini dengan kenaikan harga minyak yang melampau.

Apabila Pakatan Rakyat telah mendapat 30 orang Ahli Parlimen yang bersetuju mengikut Pakatan Rakyat seperti yang dicanangkan oleh DSAI maka bilangan ahli Parlimen yang ke-31 sudah tidak termasuk dalam perkiraan lagi. Maka ahli Parlimen yang ke-31 dan seterusnya boleh lah dianggap sebagai orang yang di tepi atau di luar pagar Pakatan Rakyat. Ini kerana masuk atau tidak nya mereka tidak jadi soal lagi kerana Pakatan Rakyat telah pun boleh membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Hanya 30 orang ahli Parlimen ini lah yang betul-betul mempunyai hati dan fikiran untuk memperjuangkan hak dan melepaskan kesengsaraan rakyat. Maka hanya yang 30 orang ini sahajalah yang betul-betul boleh diraikan sebagai PEJUANG RAKYAT. Selebihnya yang ke-31 dan seterusnya hanya boleh dikira sebagai pejuang untuk tempolok atau kepentingan diri sendiri.

APA TIDAK NYA mereka yang ke-31 dan selebihnya inilah apabila Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan akan berduyun-duyun meninggalkan BN/UMNO kerana semasa itu mereka telah nampak kelebihan atau peluang yang ada pada Pakatan Rakyat. Semasa Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan maka orang yang Ke-31 dan seterusnya ini akan memulakan kenyataan-kenyataan yang berunsurkan pembelaan rakyat dan mulalah nak senyum-senyum dengan Pakatan Rakyat dengan tujuan supaya mereka diterima ke dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan berunsur pembelaan rakyat yang dikeluarkan oleh orang ke-31 dan seterusnya ini bukan lah sebenarnya kenyataan yang ikhlas untuk membela rakyat tetapi sebaliknya ia hanya lah lebih kepada kenyataan membela diri mereka sendiri yang terlambat atau tidak termasuk ke dalam golongan ahli Parlimen dari nombor 1-30 seperti yang dicanangkan oleh DSAI itu dahulu.

Ahli Parlimen ke-31 hingga seterus nya inilah sebenarnya pelakon-pelakon dalam politik Malaysia. Mereka tidak mempunyai perjuangan rakyat dan hanya memikirkan perjuangan untuk diri sendiri. Maka seharusnya orang yang ke-31 dan seterusnya ini nanti tidak diterima ke dalam Pakatan Rakyat kerana jika diterima pun mereka ini akan menyusahkan Pakatan Rakyat dan lebih kepada membawa bala bencana. Apa tidaknya apabila telah terlalu ramai maka akan bermacam-macam cerita dan banyak kepala yang terpaksa di layan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru dari Pakatan Rakyat nanti. Maka sudah sewajarnya mereka diletakkan sebagai orang di sebelah sana sahaja kerana lagipun mereka suka menjadi orang BN/UMNO sebelum ini......

Sunday, June 15, 2008

Ceramah PROTES di Taman Jasmin di ganggu polis

Polis memasuki rumah tempat ceramah diadakan dan mengarahkan ceramah dihentikan

Seremban 14 Jun 2008 : Ceramah PROTES Minyak yang sepatutnya di adakan di Taman Jasmin Senawang telah diganggu oleh pasukan polis dari IPD Seremban dan juga pasukan FRU. Menurut Timbalan OCPD Seremban pihak polis telah membatalkan permit ceramah tersebut pada petang itu dan tidak membenarkan ceramah di adakan. Apabila ditanya kenapa permit yang telah diluluskan tiba-tiba sahaja dibatalkan beliau hanya menjawab beliau mendapat arahan dari pihak atasan. Bila ditanya siapakah pihak atasan yang mengarahkan supaya permit tersebut dibatalkan beliau hanya menggelengkan kepala.

Walaubagaimana pun PROTES dan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat telah berjaya juga mengadakan ceramah tersebut setelah dialihkan lokasi ceramah di Surau Hitam. Beribu-ribu orang rakyat marhaen telah hadir mendengar ceramah tersebut. Seluruh pemimpin PROTES dan parti pakatan rakyat telah hadir ke ceramah tersebut.


Polis mendesak orang ramai bersurai.

http://orangklawang.blogspot.com

Perhimpunan Aman PROTES Minyak di Seremban

Seremban : Sabtu 14 Jun 2008

Tepat jam 11.30 pagi seperti yang dijanjikan PROTES dan gabungan parti-parti Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perhimpunan aman di perkarangan Terminal One Shopping Complex membantah kenaikan harga minyak secara melampau yang membebankan rakyat. Pemimpin PROTES seperti YB Dr Hatta Ramly dan Cikgu Badrul telah hadir. Pimpinan parti-parti pakatan rakyat telah dihadiri oleh YB Loke Siew Fook (Ketua Pembangkang / Pengerusi DAP NS), Saudara Zulkefly Mohamad Omar (Pesuruhjaya PAS NS), En Sabaruddin (Setiausaha PKR NS), YB P.Guna (Timbalan Pengerusi DAP) dan YB Hj Taufek Ghani (Ketua DPPNS / ADUN Paroi).

YB Dr Hatta Pengerusi PROTES Malaysia sedang memberikan ucapan

Pemimpin terakhir yang memberikan ucapan adalah YB Dr Hatta. Beliau mengucapkan terima kasih pada semua yang telah hadir beramai-ramai untuk menunjukkan bantahan kenaikan harga minyak ini kepada kerajaan BN khususnya Pak Lah. YB Dr Hatta juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberikan kerjasama dan telah memberikan ruang kepada RAKYAT untuk menyuarakan bantahan secara aman.

Selepas itu YB Dr Hatta telah mengetuai perarakan RAKYAT yang berarak dari Terminal One Shopping Complex ke hadapan Bangunan UMNO NS untuk menyatakan bantahan dan rasa tidak puas hati kerana UMNO/BN tidak prihatin dengan masalah rakyat. Dalam isu minyak yang nyata dan terang telah menghimpit dan menyusahkan rakyat UMNO hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri tanpa suara dan langsung tidak mahu atau tidak ingin membela rakyat.

Cikgu Bard AMT PKR & AJK PROTES Pusat sedang menyampaikan ucapan yang berapi-api.

Dari Bangunan UMNO perarakan rakyat diteruskan sehingga ke stesen minyak Shell dan perarakan tersebut telah ditamatkan disitu. Seterusnya para pemimpin dan demonstran telah bersurai dengan aman tepat pada jam 12.30 seperti yang dijadualkan.

Saudara Zulkefly Omar Pegerusi PROTES NS dan juga Pesuruhjaya PAS NS


YB Loke Ketua Pembangkang NS dan juga Pengerusi DAP NS sedang berucap.


Thursday, June 12, 2008

"AMUK" - Sembang Kedai Kopi

Jam 11.00 pagi baru sahaja lepas balik minum pagi kat kedai depan rumah bersama-sama dengan saudara sepupu saya Hisyam dari Johor (asal NS) dan 2 orang kawannya juga dari Johor (memang berasal dari Johor). Hisyam datang ke rumah dan mengajak saya keluar minum. Sudah lama tak jumpa beliau dan semasa saya bertanding baru-baru ini pun beliau tidak balik kerana kesibukan kerja. Hisyam seorang kontraktor dan kawannya itu juga seorang kontraktor dan yang seorang lagi pemandu lori kontena. Macam-macam cerita keluar semasa kami sedang minum tetapi cerita yang paling menarik adalah cerita “AMUK”.

Cerita amuk ini terbit ekoran dari cerita kenaikan harga minyak. Kawan Hisyam yang kontraktor itu menyatakan kenaikan melampau harga minyak sekarang ini menyebabkan perniagaannya terjejas teruk. Dia menceritakan tentang arwah adiknya Bob dahulu bekerja dengan Petronas dibahagian “Procurement”. Menurutnya, arwah adiknya pernah bercerita dengan beliau bagaimana pembaziran berlaku dalam Petronas dimana skru atau nat yang berharga RM 1.50 yang dijual di kedai-kedai “hardware” telah dijual dengan harga RM 35.00 kepada Petronas. Masalahnya Petronas mengarahkan pula bahagian beliau (arwah) membeli dari pembekal tersebut.

Seorang lagi kawan Hisyam yang menjadi pemandu lori kontena itu juga menceritakan bagaimana masalah kenaikan harga minyak ini telah menyebabkan cita-cita beliau untuk menjalankan perniagaan sendiri telah terbantut. Beliau telah berhenti kerja pada penghujung tahun lepas dan berniat untuk membeli sebiji lori dan mengangkut sendiri barang-barang kargo dari Johor Baru ke Kuantan. Menurut beliau dahulu satu trip minyaknya RM 600 tetapi sekarang satu trip minyaknya telah pun mencecah RM 1000. Jadi kena tangguh dahulu dan fikir masak-masak semula kerana perbezaan RM 400 itu sangat besar, lagi pun banyak lagi kos yang lain seperti tayar, minyak hitam, kerosakan dan harimau-harimau yang menanti di tengah jalan, kata beliau lagi. Jadi sekarang ini beliau mula lah mencari kerja semula sebagai pemandu lori.

Selanjutnya kawan Hisyam si pemandu lori ini, berceritalah bagaimana dia sekarang ini cukup menyampah menengok muka Pak Lah di dalam TV. Bila keluar je muka Pak Lah kata beliau “aku akan tukar rangkaian”, “tak boleh tengok lah brother”, kata beliau lagi. Hati panas dan meruap-ruap bila tengok muka Pak Lah. Lagi satu sekarang saya sudah malas nak dengar berita atau membaca suratkhabar, lagi kalau suratkhabar tu cerita tentang hal minyak, kata beliau lagi. Sampai anak-anak beliau pun hairan kenapa ayah tak nak tengok berita lagi, sedangkan dahulu bergaduh dengan anak-anak pasal kes nak tengok berita, menurut beliau.

Sengaja saya menjolok suasana dengan mengatakan bahawa orang Johor kan semua nya ahli UMNO dan Johor adalah kubu kuat UMNO. Lebih panas lagi apabila saya mengatakan Dato’ Shahrir Samad Ahli Parlimen Johor Baru yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun menyokong Pak Lah tak kan orang Johor lain nak menderhaka dan menentang arahan UMNO atau pun Dato’ Shahrir. “UMNO tu UMNO juga bang” kata beliau, tapi kalau dah nak cari makan untuk diri sendiri dan anak-anak pun susah tak kan kita nak mempertahankan pemimpin macam Pak Lah lagi, kata beliau yang masih juga nampaknya mempertahankan UMNO dan cuma menyalahkan Pak Lah dalam perkara isu minyak ini.

Orang Melayu ini masih boleh bersabar lagi bang, kalau orang Melayu ni sudah hilang sabarnya nanti buruk jadi nya, mengamuk orang Melayu nanti,kata beliau lagi. Lagi pun dalam kamus orang puteh hanya ada satu sahaja perkataan orang Melayu yang diguna pakai oleh mat-mat saleh itu iaitu “AMUK”atau “Ran-Amuk”, tambah si pemandu lori ini lagi dengan muka marah. Saya pun diam mendengarkan kata-kata beliau tersebut sambil berfikir boleh tahan juga brother ni tahu juga perkataan yang ada dalam kamus Oxford mat saleh tu.

Saya juga terdiam dan terfikir kalau seorang rakyat marhaen seperti seorang pemandu lori kontena ini yang sudah jelas orangnya berpartikan UMNO boleh terfikir sehingga ke tahap itu jika ditimpa kesusahan yang melampau, maka persoalannya adakah pemimpin-pemimpin UMNO dan juak-juak UMNO yang ada di atas sana (Menara UMNO/PWTC) tidak terfikir seperti apa yang difikirkan oleh brother si pemandu lori kontena itu tadi.

Fikir-fikirkanlah hai UMNO! Bak kata orang tua-tua “Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal kemudian tiada gunanya”.

http://orangklawang.blogspot.com