Hari ini sah bahawa UMNO/BN tidak akan bertanding di DUN Penanti menentang calon PR/PKR Dr Mansor Othman. Pengumuman Najib itu memeranjatkan banyak pihak tetapi yang paling terperanjat adalah penyokong dan ahli-ahli UMNO akar umbi.Aku saja ambil cuti hari ini untuk pergi minum kat warung teh depan rumah nak dengar cerita kawan-kawan UMNO pasal perkara ni.Rata-rata orang-orang UMNO ini tak puas hati dengan keputusan ini walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib.
Apo Nak Di Kato apabila yang memegang tampuk UMNO adalah orang yang tak biasa susah atau kalah. Dari kecil dah biasa jadi anak PM maka dah tentu lah kaya dan sentiasa ada orang yang menjaga (pengawal peribadi). Maka siapa yang nak usik atau mengejek. Tak macam Presiden UMNO yang dulu-dulu semua nya berjuang dari bawah sebelum dapat menjadi Presiden parti.
Apo pun APO NAK DI KATO nasi dah jadi bubur.Tak kan Najib nak tarik balik pulak keputusan nya. Buat ahli UMNO kampong dan bawahan TOLAN AJO LAH. Kami Pakatan Rakyat tetap bertanding.
Macam-macam cerita yang didengar dan dibaca dalam akhbar arus perdana, blog-blog dan akhbar-akhbar pro pakatan rakyat seperti Harakah dan Suara KeAdilan. Pertamanya saya nak mengucapkan tahniah kepada DSAI kerana berani bertindak dan membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengosongkan DUN Penanti. Seterusnya juga suka saya mengucapkan SYABAS dan Selamat Maju Jaya kepada mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin kerana berani meletakkan jawatan demi untuk menjaga maruah dan integriti PKR dan diri sendiri. Kalau kita lihat di Jepun dan Korea Selatan Perdana Menteri nya sendiri dan Menteri-menteri kanan nya pun akan meletakkan jawatan jika terdapat usul undi tidak percaya akibat dari perbuatan rasuah atau salah laku politik atau salah guna kuasa. Maka perbuatan meletak jawatan oleh Fairus ini tidak ada salahnya MALAH perbuatan dan tindakan ini lah yang tidak dapat dibuat dan tak sanggup ditiru oleh UMNO/BN kerana kebanyakan pemimpin mereka takut hilang jawatan dan kehilangan kuasa.
Kita sedia maklum berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang telah terbukti rasuah masih mengekalkan jawatan yang disandang oleh mereka. Malah parti mereka sendiri UMNO pula yang mengisytiharkan bahawa jawatan tersebut adalah tetap disandang oleh individu tersebut walaupun jawatankuasa disiplin UMNO sendiri telah mengesahkan penggunaan politik wang (rasuah) oleh individu terbabit. Di sinilah dapat kita lihat betapa buruknya UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa tetapi masih kekal ingin berkuasa dan memegang jawatan-jawatan penting dalam negara.
Disinilah perbezaan ketara antara UMNO dengan PAS dan PKR. PKR dibawah DSAI cuba mengekalkan parti yang bersih dan berintegriti, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Sementara PAS pula telah berkali-kali menawarkan kepada SPRM (BPR) untuk membuat penyiasatan kepada ADUN atau Ahli Parlimen nya yang di dakwa atau dituduh rasuah. Malah TGNA menyatakan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat kerajaan Negeri Kelantan beserta dengan ADUN-ADUN nya sekali jika ada lapuran rasuah. Disinilah menunjukkan kebersihan dan berintegri nya kerajaan negeri dan parti-parti di dalam PR.
Dalam akhbar berapa ramai pemimpin UMNO yang mencaci dan mengutuk tindakan Fairus ini. Datuk Najib sendiri mengatakan perletakan jawatan ini adalah permainan politik DSAI dan PR sendiri. Tetapi di sini sebenarnya menunjukkan betapa takut nya UMNO/BN itu sendiri melihat sikap pemimpin-pemimpin PR yang telus dan berterus terang yang sanggup meletakkan jawatan yang penting demi untuk menyelamatkan parti dan menjaga maruah diri sendiri dari tuduhan-tuduhan liar. UMNO/BN juga begitu takut untuk menghadapi PR sekali lagi di dalam satu lagi pilihanraya kecil kerana dengan PRK ini segala tembelang mereka akan pecah.
Sekiranya mereka (UMNO/BN) takut dengan situasi ini mengapakah sebelum ini mereka begitu ghairah mengacau dan mengugut ADUN atau ahli Parlimen PR dengan tujuan agar mereka melepaskan jawatan. Nampaknya senjata UMNO/BN sendiri telah makan tuan nya. PRK Bkt Selambau terjadi kerana bekas ADUN nya tidak tahan ugutan dan di kacau lalu meletakkan jawatan. Kes Elizabeth Wong di Selangor siapa punya angkara? Siapa kah dalang disebalik perkara tersebut? Kes merampas kuasa MB di Perak siapa punya angkara? Perlembagaan DUN Perak dicabar dan di persoalkan! Siapa punya angkara? Jika benar selama ini UMNO/BN itu benar, segalanya benar dan tiada yang benar selain dari yang benar sahaja maka mengapa tidak di bolehkan atau di benarkan pembubaran DUN Perak untuk membenarkan rakyat Perak mengundi memilih kerajaan negeri yang sebenar-benarnya mereka kehendaki??? Jika benar UMNO/BN berani mengapa tidak bertindak demikian?
Bukan rakyat Penanti sahaja yang sedang menanti tetapi rakyat Perak juga sedang menanti dan seluruh rakyat Malaysia juga sedang menanti seperti rakyat Penanti. Buktikan lah wahai UMNO/BN.....
Malam tadi 18/4/09 PAS MTD Klawang telah mengadakan usrah mingguan di rumah Hj Hassan (Pengarah MTD) di Petaling, Kuala KLawang. Alhamdulillah usrah MTD Klawang masih terus berjalan lagi. Usrah MTD Klawang telah di mulakan sejak tahun 2003 oleh ayahanda Hj Jaaman semasa beliau memegang jawatan YDP PAS Kawasan Jelebu dan sehingga sekarang sudah 3 orang Naqib yang mengendalikan usrah. Antara Naqib yang pernah mengendalikan usrah MTD Klawang adalah Ustaz Shaifuddin Maulup dan Ustaz Mohd Esa Jaafar. Sejak akhir tahun 2007 Naqib Usrah MTD Klawang adalah Ustaz Suhaimi Kassim.
Sekarang ini Ustaz Suhaimi Kassim hanya menjalankan kerja-kerja dakwah dan mengajar ugama sepenuh masa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS. Pada pemilihan tahun ini beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban. Sejak pertengahan tahun 2008 Usrah MTD Klawang menggunakan kitab "Muqaddimah Aqidah Muslimin" karangan Tuan Guru Hj Hadi sebagai kitab usrah. Sebelumnya selama setahun Ustaz Suhaimi menerangkan dan mengupas tentang surah Al-Fatihah. Usrah MTD Klawang yang seterusnya akan diadakan pada :-
7 Jamadil Awal 1430 bersamaan 2hb Mei 2009 (Sabtu) jam 7.00 malam di rumah En Samsudin Bin Mohamad di Kg Ulu Jelebu.
Semua warga PAS MTD Klawang dan warga PAS Kawasan Jelebu adalah di jemput hadir.
Assalamualaikum, Dah lama tak dapat nak berkarya dalam blog ni.Buat kawan2 dan sahabat2 bloggers dan seanteronya aku minta maaf lah kalau kau orang semua tercari-cari mana pergi nya Orang Klawang selama ini. Itu hari semua sumber aku tersekat dan aku kena terangkan dulu belukar dan semak yang menghalang jalan. Sekarang ni lap top aku dah ada balik dan aku baru beli broadband maka rasa nya tak ada masalah untuk aku nak blogging semula. Untuk Klawangi maaf sebab dah lama tak berhubung! Ustaz kat mana sekarang ni? Insyallah blog aku ni akan aktif semula selepas ini, terutamanya selepasa DS Najib pegang jadi PM ni. Kalau dulu Pak Lah sekarang zaman Najib yang mana pada firasat aku zaman ni akan menjadi sama atau lebih kurang sama macam zaman Mahathir dulu. Buat sahabat-sahabat lama dalam PAS esok 5/4 lepas mesyuarat AJK Kawasan Jelebu aku turun ke Parlimen Bukit Gantang dengan Wak Kateran dan Tn Syed untuk membantu jentera di sana. Jumpa...DI sana... sana...
Pada 21 dan 22 hb September yang lalu PAS MTD Klawang telah menjelajah di sekitar DUN Klawang untuk menyampaikan sumbangan derma berupa wang ringgit dan makanan asas kepada warga emas dan OKU yang menetap di sekitar DUN Klawang. Rombongan menjelajah ini di ketuai oleh Tuan Hj Jaaman Abu. Antara yang turut serta dalam jelajah tersebut adalah H j Zainuddin Hassan (Timb Pengarah 1 MTD), En Jawa (Bendahari PAS Jelebu), Sdra Saiful Bahri (S/U MTD Klawang), Hj Razak, Angah Rohan, Puan Zainon serta lain2 AJK MTD.
Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Abu Bakar Baginda di Kg Pianggu.
Dalam ekspedisi tersebut sebanyak 22 sumbangan telah dapat di sampaikan demi untuk membantu memberikan sedikit sinar keceriaan kepada warga emas dan golongan OKU untuk merayakan bulan Syawal yang kian menjelang. Dalam keadaan yang serba dhaif dan tiada daya upaya golongan ini masih dapat mengukirkan senyuman menerima sumbangan daripada PAS MTD Klawang. PAS MTD Klawang berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan perbelanjaan yang ditanggung oleh golongan ini dalam merayakan Syawal.
Puan Zainon Bendahari HELWA MTD Klawang menyampaikan sumbangan pada Puan Roziah Halim di Kg Bukit, Ulu Jelebu.
Cikgu Jaaman & Pakcik Jawa sedang berbual dan bertanya kan khabar dengan En Abu Bakar Baginda.
Sdra Saiful menyampaikan sumbangan kepada Puan Ariah di Bandar Tinggi.
Angah Rohan, Nazri dan Saiful bersama seorang warga tua di Kg Kuala Pah.
Hj Razak (kanan) bersama dengan ayah adik Norhanim ketika menyampaikan sumbangan kepada adik Norhanim di Kg Purun.
Adik Norhanim yang berusia 12 tahun bersama nenek beliau Puan Saodah Rashid. Adik Norhanim cacat setelah mengidap demam panas.
20 September 2008, Kuala Klawang : PAS MTD Klawang dengan kerjasama AJK dan ahli-ahli PAS di DUN Klawang telah bergotong royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk di Bazar Ramadhan Pekan Kuala Klawang pada hari Sabtu 20 Ramadhan 1429 yang lalu. Program memasak bubur lambuk ini telah di adakan di Markaz MTD Klawang di Kg. Larong.
AJK MTD dari kiri Nazri, Wak Hassan, Hj Ismail, Hj Mat Tan dan Hj Razak sedang bergotong royong membungkus bubur lambuk untuk di edarkan.
Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah berjaya diedarkan. Respon dari orang ramai sangat menggalakkan dan dalam masa 15 minit sahaja seluruh bubur lambuk telah dibahagi-bahagikan kepada orang ramai di situ.
Sdra Saiful (S/U MTD) memberikan bubur lambuk kepada seorang pengunjung Bazar Ramadhan tersebut
Menurut Tuan Hj Zainuddin (NYDP PAS Kawasan Jelebu) ini lah kali pertama program seperti ini di adakan oleh PAS di Daerah Jelebu ini. Program seperti ini patut di adakan oleh MTD-MTD PAS yang lain dalam Kawasan Jelebu ini kata beliau. Dengan adanya program seperti ini PAS akan berada lebih dekat di hati masyarakat menurut beliau lagi.
Masyarakat Tionghua juga tidak ketinggalan, turut di berikan bubur lambuk.
Hj Zainuddin (NYDP PAS Jelebu) turut datang membantu membungkus bubur lambuk di Markaz MTD Klawang.
Sdra Mazlan dan AH LENG (Kelab Penyokong PAS Jelebu) memberikan bubur lambuk kepada 2 orang peniaga yang berniaga di Bazar Ramadhan tersebut.
Sedih hendak dikatakan Harakah sekarang ini yang keluar 2x seminggu sudah tidak menyengat lagi berita-berita nya seperti dahulu. Boleh lah di katakan jika dibandingkan dengan akhbar Suara KeAdilan walaupun masih baru, menampakkan Suara KeAdilan lebih menyengat dan berbisa. Bisa nya Suara KeAdilan sehingga memaksa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berlakon dan panggil wartawan akhbar untuk menunjukkan bahawa beliau boleh berjalan tidak lumpuh dan adalah normal walaupun beliau baru lepas menghadapi pembedahan jantung yang merbahaya. Musa Hassan terpaksa berbuat begini demi untuk menafikan berita dalam Suara KeAdilan yang mengatakan beliau lumpuh walaupun berita tersebut adalah benar. Kalau berita tersebut tidak benar mesti lah beliau telah menyaman akhbar Suara KeAdilan tersebut.
Perlu diingat bahawa Harakah adalah akhbar parti dan bertugas untuk menjalankan propaganda atau memprojekkan Parti PAS supaya nampak berjaya dan relevan di mata masyarakat Malaysia. Nampak nya Harakah sekarang ini gagal menjalankan fungsi tersebut. Contohnya dalam Harakah keluaran terbaru ini menyiarkan artikel YB Taufek yang pandai memasak sehingga boleh memikat isteri beliau sendiri dengan masakannya itu. Sepatutnya artikel begini tidak perlu di keluarkan oleh Harakah kerana ia tidak relevan dengan perjuangan YB Taufek yang berjuang untuk menonjolkan PAS di mata masyarakat di DUN Paroi dan di Negeri Sembilan. Macam dah tak ada cerita lain tentang YB Taufek!
BERITA :-
Sepatutnya Harakah mengeluarkan berita-berita tentang aktiviti-aktiviti YB Taufek di DUN Paroi atau di Negeri Sembilan yang menunjukkan beliau bergerak bersama masyarakat atau sedang membantu rakyat. Ini akan dapat membantu YB Taufek memikat hati rakyat NSkepada PAS dan bukan hanya untuk memikat isteri beliau sahaja. Baru-baru ini YB Taufek ada menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang mampu dan ibu-ibu tunggal di DUN Paroi, maka berita seperti ini yang sepatutnya di keluarkan oleh Harakah. Sudahlah wakil-wakil rakyat PAS di nafikan hak mereka untuk mengeluarkan kenyataan atau artikel di dalam akhbar-akhbar arus perdana, malah Harakah pun turut sama tidak membantu YB-YB PAS yang telah menang di DUN atau Parlimen masing-masing. Kalau Harakah sendiri tidak membantu YB-YB ini mempromosikan aktiviti2 dan program2 mereka maka akhbar mana lagi yang hendak membantu mereka.
Berapa banyakkah program Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah dikeluarkan atau di war-warkan oleh Harakah? Sepatutnya Harakah membantu PAS Kedah dalam mempromosikan program2 MB atau EXCO2 PAS Kedah malah ADUN2 di Kedah itu sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kedah dalam PRU-13 nanti. Berapa kali kah program YB Mohd Nor Hamzah N.18 DUN Bukit Payong dalam Parlimen Marang di Terengganu yang dikeluarkan oleh Harakah. Silap-silap orang PAS sendiri tidak kenal dengan YB tersebut malah tidak tahu pun bahawa PAS menang di DUN N.18 Bukit Payong tersebut. Berapa kali kah program Dato’ Dr Hassan Ali dan Dr Zulkefli Ahmad yang keluar dalam Harakah. Atau adakah mereka ini langsung tak ada program dengan masyarakat setempat? Mustahil....
Sepatutnya Harakah telah menyediakan satu muka surat untuk satu negeri bagi menyiarkan berita-berita semasa dalam negeri tersebut ataupun aktiviti-aktiviti PAS dalam negeri tersebut. Berapa kali atau berapa banyak kah berita tentang aktiviti-aktiviti PAS Negeri Sabah dan Negeri Sarawak yang di keluarkan oleh Harakah. Tak kan lah PAS Sabah dan PAS Sarawak tiada aktiviti? Jika tiada berita tentang aktiviti PAS di Sabah dan Sarawak bagaimana mungkin PAS hendak menang walaupun satu kerusi dalam pilihanraya di Sabah atau di Sarawak? Harakah perlu mempromosikan PAS Sabah dan Sarawak supaya masyarakat terutamanya di Sabah dan Sarawak tahu akan keujudan dan keperluan adanya parti PAS di Sabah dan Sarawak. Itu belum di soal tentang edaran Harakah di Sabah dan Sarawak!!!
PENGEDARAN :-
Dari segi pengedarannya Harakah juga perlu menambahkan dan memperluaskan edarannya. Sebagai contoh semasa di Permatang Pauh baru-baru ini akhbar Suara KeAdilan dan Siasah ada di jual di kedai mamak dalam stesen keretapi Bukit Mertajam tetapi Harakah tidak ada di jual. Begitu juga di Seremban ini akhbar Suara KeAdilan, Siasah dan Wasilah ada di jual di kedai mamak di dalam GIANT Senawang tetapi Harakah tidak ada di jual. Apabila di tanya dengan mamak tersebut mengapa tidak dijual Harakah jawapan beliau adalah TIDAK ADA SESIAPA YANG HANTAR???
PENGURUSAN :-
Dulu Harakah terbit 2X seminggu juga sebelum ditukar syarat permit nya dan hanya di benarkan terbit 2X sahaja dalam sebulan. Sekarang ia telah pun di benarkan untuk terbit 2X seminggu semula. Adakah sekarang ini pengurusan Harakah telah biasa relaks dengan terbitan sebanyak 2X sebulan dahulu sehingga tidak dapat bersaing atau mencapai tahap kerja untuk menerbitkan berita-berita dalam Harakah sesuai dengan kehendak terbitan 2X seminggu semula? Bagaimana pula jika Malaysia berjaya diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan Harakah perlu terbit tiap-tiap hari? Boleh kah Harakah melakukannya dengan budaya kerja yang ada sekarang ini? Saya suka mencadangkan supaya pengurusan dan ahli lembaga Pengarah Harakah di kendalikan sepenuhnya oleh orang akhbar yang berpemikiran politik dan bukan oleh orang politik sepenuh masa iaitu YB Ahli Parlimen mahu pun ADUN. Mungkin PAS cuma perlu meletakkan seorang dua sahaja pemimpin kanan nya di dalam ALP Harakah sebagai contohnya Saudara Mazlan Aliman atau Saudara Annuar Tahir yang belum menang sebagai ADUN atau ahli Parlimen yang mana mungkin mereka akan dapat memberikan tumpuan dan masa yang sepenuhnya kepada Harakah.
AKHIR KALAM :-
Banyak lah lagi kalau hendak di sebut di sini. Tetapi apa pun di harap Harakah yang terbit 2X seminggu mesti lah membuat dan membawa perubahan. Jangan lah hanya perubahan pada imej dan muka surat depan Harakah sahaja. Harakah mestilah lebih membantu dan lebih memprojekkan imej PAS dan kebaikan PAS di mata masyarakat, seperti mana Suara KeAdilan berjaya memprojekkan imej dan ketrampilan DSAI di mata rakyat Malaysia. Jangan lah Harakah hanya sekadar hendak terbit sahaja dan menjalankan kerja seperti melepas kan batuk di tangga. Seperti dalam muktamar baru-baru ini seorang perwakilan menyatakan Harakah adalah lebih kepada tempat untuk mencari atau merujuk kepada ubat-ubat kuat sahaja.....