Wednesday, August 26, 2009

UMNO/BN Sakit H1N1

Tahniah diucapkan kepada PAS/PR atas kemenangan dengan majoriti yang besar di DUN N11 Permatang Pasir. Tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Salleh Man dan juga tahniah kepada seluruh petugas-petugas pilihanraya PAS dan juga petugas jentera pilihanraya Pakatan Rakyat (PKR & DAP) yang bertungkus lumus membantu calon PAS.

Dengan kemenangan PAS ini macam2 alasan yang dikeluarkan oleh pemimpinUMNO/BN untuk menutup malu mereka atas kekalahan mereka sebanyak 2 kali berturut-turut kepada PAS/PR dalam tempoh 2 bulan. Kalau dalam perlawanan bola,apabila pasukan itu kalah 2 kali berturut-turut dengan pasukan yang sama maka panas bontot lah pengurus pasukan bola tersebut. Panas miang silap2 kena buang dari menjadi pengurus pasukan.

Walaupun seluruh jentera agensi kerajaan digunakan oleh UMNO/BN untuk menentang PAS/PR tetapi pengundi Permatang Pasir tidak termakan dengan pujuk rayu mereka itu yang ternyata hanya manis dibibir tetapi sebenarnya hanya palsu belaka. Dato Rais Yatim berkata jika parti yang menang pilihanraya itu banyak mengeluarkan tohmah sewaktu bertanding pilihanraya maka sebenarnya parti itu tidak menang pilihanraya tetapi sebenarnya menang tohmah. Pak lawak betul si Tok Rais ni bila PR dah menang dikatakannya menang tohmah. Dato Hishamuddin pula menyatakan kekecewaan beliau atas kekalahan BN namun ia tidak melemahkan jentera BN katanya lagi.

Cakap lah apa pun yang korang nak cakap tetapi pada hakikat yang sebenarnya rakyat telah secara terang-terang menolak kepimpinan UMNO/BN di Malaysia ini. Dari mula pilihanraya kecil yang diadakan Parlimen Kuala Terengganu, DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang, DUN Manik Urai dan DUN Permatang Pasir semuanya di menangi oleh Pakatan Rakyat yang menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat telah menolak UMNO/BN. Hanya DUN Batang Ai di Ulu Sarawak yang dimenangi oleh BN. Itupun sebab penerangan yang sebenar dari Pakatan Rakyat tidak sampai kepada seluruh pengundi.

Sebenarnya pada hakikat nya seluruh jentera UMNO/BN telah kecewa dan lemah. Mereka masih cuba berdiri lagi tetapi selsema dah meleleh-leleh keluar dari hidung mereka. Batuk mereka pun dah macam orang kena batuk kering berdengking-dengking bunyi nya. H1N1 telah merebak dan menjangkiti UMNO/BN. Mereka hanya tunggu untuk dikuburkan sahaja oleh rakyat.

Kalau tak percaya dan nak cepat lagi dikuburkan, BUBAR kan aje DUN Perak. Mari kita tengok siapa pilihan rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Itu baru anak jantan namanya.Tak payah nak menunggu-nunggu keputusan mahkamah dan tak payah nak berebut-rebut jawatan speaker DUN hingga berlaku kejadian angkat-mengangkat dan usung-mengusung

Tuesday, June 16, 2009

1 MALAYSIA HAPRAK!

1 Malaysia haprak! Apa tidaknya apabila penyatuan, perpaduan dan persatuan dalam 1 Malaysia hanya lah satu gimik politik untuk meraih sokongan dan simpati kepada Najib sahaja.

1 Malaysia haprak! kerana pembelajaran Sains dan Matematik masih lagi mengguna pakai Bahasa Inggeris iaitu Bahasa penjajah. Kalau di Indonesia, bahasa kebangsaan nya adalah Bahasa Indonesia,rakyat Indonesia mereka bangga dengan Bahasa Indonesia mereka. Bahasa ini diguna pakai di sekolah,universiti,pejabat kerajaan/swasta malah di mana sahaja di bumi Indonesia bahasa Indonesia ini sahaja lah yang di pertuturkan. Saya terperanjat pada satu hari bertemu dengan seorang pelancong Jepun yang menggunakan Bahasa Indonesia untuk berkomunikasi dengan saya. Orang Jepun yang terkenal mengagungkan bahasa ibunda mereka terpaksa menggunakan Bahasa Indonesia untuk berkomunikasi. Agongnya bahasa Jepun sehingga dalam kereta mereka juga Bahasa Jepun digunakan.Kalau tak percaya beli Toyota Alphard, suara yang menyuruh kita memakai tali pinggang adalah dalam bahasa Jepun begitu juga kalau kita memandu laju. Semua gajet dan radio dalam kereta semua dalam Bahasa Jepun.

1 Malaysia haprak! kerana Bahasa Inggeris di agongkan, di mana kemungkinan akan dijadikan satu matapelajaran yang wajib lulus dalam SPM. Jika tak lulus Bahasa Inggeris maka SPM gagal, sama macam kalau tak lulus Bahasa Malaysia.Maka banyak lah budak2 kampung dan felda yang bakal tak lulus SPM sebab Bahasa Inggeris nya gagal. Apa punya mangkuk hayun lah... Tak kesian ke dengan anak bangsa sendiri. Maka anak bangsa sendiri juga yang akan ketinggalan tak merasa lah mereka belajar di menara gading sebab tak lulus SPM sebab tak lulus Bahasa Inggeris.

1 Malaysia haprak! kerana suara rakyat tak boleh lagi kedengaran di Parlimen. Apa tidak nya Dato' Sri Nizar yang melaungkan "HIDUP RAKYAT, BUBAR DUN" sejurus selepas perasmian perlantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang telah digantung 2 hari oleh Speaker Pandikar Amin. Ini semua gara2 nak ambil hati Najib yang baru hari pertama melangkah masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Kalau di Parlimen sendiri sudah tak boleh nak bawa suara rakyat ke mana lagi suara rakyat boleh kedengaran??? SYABAS Dato' Sri Nizar teruskan, RAKYAT TETAP BERSAMA MU....

1 Malaysia haprak! kerana ramai pemimpin yang menjadi pemimpin adalah masih tidak bersih. Masing-masing masih belum Mandi Junub lagi. Tak kira lah pemimpin negara atau pemimpin parti samada parti kerajaan atau parti pembangkang. Ada yang ingin mencampurkan air dengan minyak. Perpaduan dan penyatuan ini adalah untuk kepentingan peribadi dan kepentingan politik suku sakat bukan untuk kepentingan rakyat seluruhnya....

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2009

UMNO/BN HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG


Kesian sungguh dengan UMNO/BN kerana telah gagal memporak porandakan PAS sewaktu Muktamar Agong PAS Pusat yang ke-55 berjalan.Semua projek UMNO/BN hendak melaga-lagakan pemimpin PAS telah berkubur begitu sahaja.Begitu juga projek mereka untuk menghasut para perwakilan PAS Kawasan2,semua nya telah gagal.Projek melagakan kumpulan ulama dan kumpulan profesional telah gagal kerana Tuan Guru Haji Hadi telah menyatakan tidak ada profesional dan ulamak dalam PAS.Semuanya adalah ahli PAS tanpa mengira mereka profesional,ulamak,petani,nelayan,buruh atau pekerja kilang dan sebagainya semuanya sama iaitu ahli PAS.


Perwakilan PAS Kawasan Jelebu dari kiri Tuan Syed Alias, YDP Haji Kateran,

Haji Jamalus dan saya. Sdra Nor Anif tiada dalam gambar.


Walaupun dalam Muktamar ke-55 terdapat pertandingan jawatan tetapi ia berjalan dengan sungguh baik, harmoni serta sikap setia kawan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS Pusat dan Perwakilan telah terserlah.Tak lah macam UMNO apabila Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda terdapat pulak pengikut dan penyokong Mukriz dan Khir Toyo yang bertempik di belakang dan hampir bergaduh pulak tu….Sungguh memalukan.


Sekarang ini bila semua projek itu sudah gagal timbul pula kisah Kerajaan Perpaduan.Siapa sebenarnya yang hendak kepada Kerajaan Perpaduan ni??? Saya yang mengikuti muktamar ini dari mula hingga akhir sebagai Perwakilan PAS Kawasan Jelebu, telah jelas dengan sikap dan prinsip yang dipegang oleh kedua-dua TOK GURU yang menjadi pemimpin tertinggi PAS.Kedua-dua nya dengan keras telah menolak konsep atau inspirasi Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO ini.


Hari akhir muktamar sedang mendengar uapan penangguhan Presiden


Apa yang jelas kedua-dua TOK GURU menyatakan dalam konsep dakwah PAS, dalam usaha untuk mengajak orang ramai dan rakyat mengikuti dan menghayati ajaran Islam maka orang UMNO/BN janganlah ditinggalkan kerana mereka juga manusia makhluk ALLAH dari keturunan Nabi Adam.Maka sudah sewajar lah mereka juga didakwahkan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya dengan harapan mereka akan sedar akan kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan untuk menerima Islam yang sebenarnya, dengan menjalankan segala hukum2 yang ada di dalam Al-Quran.ITU SAHAJA…


Kalau ini lah yang dikata oleh UMNO/BN Kerajaan Perpaduan mako GOLAK BOSAR LAH DEN TU... Bangang bonar lah orang UMNO ni..

Thursday, June 4, 2009

RM 300 JUTA RUNTUH SEKELIP MATA


Baru 2 hari lepas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu tu runtuh. Sayang betul habis ranap duit kerajaan sebanyak RM 300 juta yang telah dibelanjakan untuk membina stadium tersebut.Dalam sekelip mata aje RM 300 juta ranap.Baru dapat di gunakan sekali dua aje stadium tu habis dah hancur dah tak boleh pakai lagi dah stadium tersebut.Nak membaiki nya semula perlukan wang berjuta-juta ringgit pula baru boleh digunakan semula.SAYANG BETUL BERAPA PUNYA PEMBAZIRAN NI!!!

Apa perasaan kerajaan UMNO/BN Terenganu khas nya,dan kerajaan UMNO/BN Malaysia ini amnya dalam menangani perkara stadium runtuh ni? RM 300 juta bukan nya sikit2 duit.Kalau digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan yang bergaji RM 2,000 sebulan boleh membayar gaji seramai 150,000 orang pegawai kerajaan.Kalau stadium Sultan Mizan boleh memuatkan 50,000 orang sekali masuk maka orang seramai 3X stadium yang penuh tu boleh dapat RM 2,000 seorang.berapa punya banyak duit lah tu???

Bukan kah ini satu pembaziran yang besar? Kalau NAJIB boleh kata masuk pilihanraya DUN Penanti satu pembaziran wang rakyat maka meranapkan dan meruntuhkan wang rakyat di Stadium Sultan Mizan ini apa?

Nasib baik tidak ada korban jiwa yang melayang.Kalau ada memang sungguh malang sekali.Kami dengan ini sebagai rakyat Malaysia berharap satu penyiasatan yang bebas dan telus dilakukan demi untuk mengetahui punca keruntuhan tersebut dan pihak atau individu yang terbabit dan cuai yang menyebabkan keruntuhan ini mestilah diambil tindakan yang tegas dan jangan di selindung2 atau di sorokkan.

BUBAR KAN DUN PERAK. RAKYAT HAKIM NEGARA.


http://orangklawang.blogspot.com


PKR & PR Menang di Penanti

Pada 31 Mei 2009 (Ahad) yang lepas Dr Mansor Othman telah di nobatkan oleh rakyat sebagai Wakil Rakyat DUN Penanti yang baru. TAHNIAH kepada Dr Mansor Othman dan TAHNIAH kepada jentera PKR dan Pakatan Rakyat yang telah bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan Dr Mansor dengan majoriti yang lebih besar.

Disebalik berbagai-bagai usaha yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk mensabotaj DUN Penanti dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka supaya rakyat Penanti tidak keluar mengundi tetapi telah dinafikan sebaliknya oleh pengundi Penanti. SYABAS pengundi Penanti kerana telah bertindak bijak dan waras.

Adalah dicadangkan supaya UMNO/BN selepas ini tak perlulah meletakkan calon di mana-mana pilihanraya lagi di Malaysia ini kerana ini semua adalah kerja membazirkan wang rakyat. Begitu lah yang dikatakan oleh Najib untuk mengelak daripada dituduh sebagai bacul dan penakut dengan kuasa rakyat.

BUBARKAN DUN PERAK. RAKYAT HAKIM NEGARA.

http://orangklawang.blogspot.com

Tuesday, May 19, 2009

APO NAK DI KATO

Hari ini sah bahawa UMNO/BN tidak akan bertanding di DUN Penanti menentang calon PR/PKR Dr Mansor Othman. Pengumuman Najib itu memeranjatkan banyak pihak tetapi yang paling terperanjat adalah penyokong dan ahli-ahli UMNO akar umbi.Aku saja ambil cuti hari ini untuk pergi minum kat warung teh depan rumah nak dengar cerita kawan-kawan UMNO pasal perkara ni.Rata-rata orang-orang UMNO ini tak puas hati dengan keputusan ini walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib.


Apo Nak Di Kato apabila yang memegang tampuk UMNO adalah orang yang tak biasa susah atau kalah. Dari kecil dah biasa jadi anak PM maka dah tentu lah kaya dan sentiasa ada orang yang menjaga (pengawal peribadi). Maka siapa yang nak usik atau mengejek. Tak macam Presiden UMNO yang dulu-dulu semua nya berjuang dari bawah sebelum dapat menjadi Presiden parti.


Apo pun APO NAK DI KATO nasi dah jadi bubur.Tak kan Najib nak tarik balik pulak keputusan nya. Buat ahli UMNO kampong dan bawahan TOLAN AJO LAH. Kami Pakatan Rakyat tetap bertanding.


BUBAR KAN DUN PERAK.


http://orangklawang.blogspot.com/

http://pasjelebu.blogspot.com/

Sunday, April 19, 2009

Bukan PENANTI Sahaja Yang Sedang Menanti

Macam-macam cerita yang didengar dan dibaca dalam akhbar arus perdana, blog-blog dan akhbar-akhbar pro pakatan rakyat seperti Harakah dan Suara KeAdilan. Pertamanya saya nak mengucapkan tahniah kepada DSAI kerana berani bertindak dan membuat satu keputusan yang sukar iaitu mengosongkan DUN Penanti. Seterusnya juga suka saya mengucapkan SYABAS dan Selamat Maju Jaya kepada mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin kerana berani meletakkan jawatan demi untuk menjaga maruah dan integriti PKR dan diri sendiri. Kalau kita lihat di Jepun dan Korea Selatan Perdana Menteri nya sendiri dan Menteri-menteri kanan nya pun akan meletakkan jawatan jika terdapat usul undi tidak percaya akibat dari perbuatan rasuah atau salah laku politik atau salah guna kuasa. Maka perbuatan meletak jawatan oleh Fairus ini tidak ada salahnya MALAH perbuatan dan tindakan ini lah yang tidak dapat dibuat dan tak sanggup ditiru oleh UMNO/BN kerana kebanyakan pemimpin mereka takut hilang jawatan dan kehilangan kuasa.

Kita sedia maklum berapa ramai pemimpin UMNO/BN yang telah terbukti rasuah masih mengekalkan jawatan yang disandang oleh mereka. Malah parti mereka sendiri UMNO pula yang mengisytiharkan bahawa jawatan tersebut adalah tetap disandang oleh individu tersebut walaupun jawatankuasa disiplin UMNO sendiri telah mengesahkan penggunaan politik wang (rasuah) oleh individu terbabit. Di sinilah dapat kita lihat betapa buruknya UMNO yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa tetapi masih kekal ingin berkuasa dan memegang jawatan-jawatan penting dalam negara.

Disinilah perbezaan ketara antara UMNO dengan PAS dan PKR. PKR dibawah DSAI cuba mengekalkan parti yang bersih dan berintegriti, bebas dari rasuah dan salah guna kuasa. Sementara PAS pula telah berkali-kali menawarkan kepada SPRM (BPR) untuk membuat penyiasatan kepada ADUN atau Ahli Parlimen nya yang di dakwa atau dituduh rasuah. Malah TGNA menyatakan membuka pintu seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat kerajaan Negeri Kelantan beserta dengan ADUN-ADUN nya sekali jika ada lapuran rasuah. Disinilah menunjukkan kebersihan dan berintegri nya kerajaan negeri dan parti-parti di dalam PR.

Dalam akhbar berapa ramai pemimpin UMNO yang mencaci dan mengutuk tindakan Fairus ini. Datuk Najib sendiri mengatakan perletakan jawatan ini adalah permainan politik DSAI dan PR sendiri. Tetapi di sini sebenarnya menunjukkan betapa takut nya UMNO/BN itu sendiri melihat sikap pemimpin-pemimpin PR yang telus dan berterus terang yang sanggup meletakkan jawatan yang penting demi untuk menyelamatkan parti dan menjaga maruah diri sendiri dari tuduhan-tuduhan liar. UMNO/BN juga begitu takut untuk menghadapi PR sekali lagi di dalam satu lagi pilihanraya kecil kerana dengan PRK ini segala tembelang mereka akan pecah.

Sekiranya mereka (UMNO/BN) takut dengan situasi ini mengapakah sebelum ini mereka begitu ghairah mengacau dan mengugut ADUN atau ahli Parlimen PR dengan tujuan agar mereka melepaskan jawatan. Nampaknya senjata UMNO/BN sendiri telah makan tuan nya. PRK Bkt Selambau terjadi kerana bekas ADUN nya tidak tahan ugutan dan di kacau lalu meletakkan jawatan. Kes Elizabeth Wong di Selangor siapa punya angkara? Siapa kah dalang disebalik perkara tersebut? Kes merampas kuasa MB di Perak siapa punya angkara? Perlembagaan DUN Perak dicabar dan di persoalkan! Siapa punya angkara? Jika benar selama ini UMNO/BN itu benar, segalanya benar dan tiada yang benar selain dari yang benar sahaja maka mengapa tidak di bolehkan atau di benarkan pembubaran DUN Perak untuk membenarkan rakyat Perak mengundi memilih kerajaan negeri yang sebenar-benarnya mereka kehendaki??? Jika benar UMNO/BN berani mengapa tidak bertindak demikian?

Bukan rakyat Penanti sahaja yang sedang menanti tetapi rakyat Perak juga sedang menanti dan seluruh rakyat Malaysia juga sedang menanti seperti rakyat Penanti. Buktikan lah wahai UMNO/BN.....