Wednesday, July 18, 2012

Ceramah Isra' Mikraj



Pada 16 Jun 2012 yang lepas Pusat Tarbiyah Al Amin dengan kerjasama Pondok Desa Taqwa, Jeram telah mengadakan sambutan majlis memperingati peristiwa Isra’ wal Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW. Satu ceramah telah diadakan. Jemputan penceramah adalah Al-Fadhil Kiyai Ustaz Luqman Anuar iaitu Mudir Pondok Desa Taqwa, Jeram, Selangor.



 Al-Fadhil Kiyai Ustaz Luqman Annuar (kiri) menyampaikan ceramah


Dalam ceramah beliau Ustaz Luqman menekankan bahawa sebesar-besar nikmat dan yang paling berharga kita perolehi sekarang ialah nikmat ISLAM,iaitu nikmat kita dijadikan oleh ALLAH sebagai orang Islam ditambah pula dengan nikmat Iman. Ramai orang Islam di muka bumi ini seperti buih di lautan katanya tetapi yang beriman dengan sebenar-benar iman kepada ALLAH hanya sebahagian sahaja. Tambah Ustaz orang yang beriman mendapat SAKINAH atau ketenangan. Pak Kiyai menyeru kepada semua agar sentiasa ingat kepada ALLAH selalu dan sentiasa menyebut SUBHANALLAH kerana menurut beliau jika kita ingat pada ALLAH maka ALLAH SWT akan sentiasa ingat dan memberi rahmatnya kepada kita.

 Sebahagian jemaah tekun mendengar ceramah Pak Kiyai

Al Fadhil Ustaz juga menyokong usaha Pusat Tarbiyah Al Amin untuk mendirikan bangunan sendiri yang terdiri di dalamnya surau dan juga pejabat. Menurut beliau lagi pengurusan yang baik serta tersusun dengan sistematik akan lebih memudahkan dan melancarkan kerja-kerja dakwah di jalankan. Semoga seluruh penduduk kampong Larong ini akan menyokong kerja-kerja murni ini demi untuk menegakkan syiar Islam katanya lagi.

 Menikmati jamuan selepas ceramah


 Muslimat beratur mengambil makanan. Juadah makanan di bawa secara
gotong royong dari rumah para jemaah.


  Jemaah muslimat tekun mendengar ceramah

No comments: