Pada 10 Mei 2008 baru-baru ini PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan mesyuarat Agong kali ke-19 mereka di markas PAS MTD Klawang. PAS MTD Klawang merasa amat berbesar hati kerana PAS Kawasan Jelebu telah meletakkan kepercayaan pada MTD Klawang untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Agong tersebut. Seluruh ahli MTD telah bergotong royong sejak pagi untuk menyiapkan tempat bagi menjalankan mesyuarat Agong tersebut. Bekalan makanan atau minuman petang telah disediakan oleh Tuan Hj Ismail Akup AJK Perbekalan MTD. Tuan Hj Hassan (Pengarah MTD) telah bermurah hati menyediakan bihun goreng untuk perwakilan dan pemerhati yang hadir. PAS MTD Klawang ingin mengucapkan terimakasih kepada semua tenaga MTD yang telah menyumbangkan tenaga dan memberikan kerjasama untuk menjayakan mesyuarat Agong tersebut.