Wednesday, July 9, 2008

PROTES Di STADIUM KELANA JAYA

6 Julai 2008, Kelana Jaya : Aku, Hafiz (anak aku) dan Ustaz Suhaimi bersama ribuan lagi rakyat marhaen penyokong Pakatan Rakyat telah pergi ke Stadium Kelana Jaya untuk bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat membantah kenaikan harga minyak.


Aku sampai Stadium lebih kurang jam 10.15 pagi dari Seremban.Tak ada road-blok polis di Selangor.Cuma sebelum masuk plaza tol Senawang ada satu road-block polis.Semua orang yang pakai baju warna merah kena tahan dan disuruh berhenti.Macam-macam pertanyaan di ajukan oleh polis tu menyebabkan jalan tu jem lah sedikit walaupun hari ahad.


Sampai stadium pergi cari gerai along dulu sebab Ustaz Suhaimi nak beli baju PROTES.Dia belum ada lagi.Aku pula dah siap pakai baju PROTES yang ada kolar.Awal2 lagi dah beli dengan Along.Yang ada kolar harga cuma RM20 tapi stok terhad dan awal2 lagi dah habis.


Masuk je stadium hafiz dah ikut suara Cikgu Bad menjerit "Reformasi".Ramai gak lah jumpa sahabat2 dalam stadium tu.Rasa macam perjumpaan old boys sekolah lak sebab ramai yang dah lama tak jumpa pun dapat jumpa.Aku jumpa dengan Haji Ghazali Seremban, Orang Jempol.Tuan Syed dari Rembau, Anif dari Simpang Pertang dan juga ahli usrah MTD Klawang Haji Ismail dan Haji Razak yang datang dari Kuala Klawang, naik komuter di Seremban.Ramai gak kaki2 demo dari Seremban yang tak datang macam brother Bakar,Mahat dan Kamaruddin Teratai.Sori mungkin korang ada datang tapi aku tak jumpa pulak masa aku di Stadium itu.Mungkin jugak tak datang sebab dia orang ada kenduri atau mungkin tak "kow" sebab buat kat stadium maka tak nampak abang topi merah..


Aku kat stadium sehingga jam 12.30 tengahari sahaja.Aku kena balik sebab malam ni ada mesyuarat Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu lagi pun Ustaz Suhaimi nak pergi mengajar malam ni.Lalu lagi sekali kat depan gerai Along wah bukan main sibuk lagi Along makan besar dia hari ni.Baju semua habis NGAH kato Along den nak kono poi ambik lai ni....OK lah Along apa-apa hal jangan lupa perjuangan OK...

Dari kiri Ustaz Suhaimi, Hafiz, Anif, Hj Razak dan Hj Ismail

Budak kecil ni pun PROTES gak sebab kerajaan UMNO/BN dah rampas duit susu dia.

http://orangklawang.blogspot.com

Tuesday, July 8, 2008

Usrah MTD Klawang

5/7/08 Kuala Klawang : PAS MTD Klawang telah mengadakan usrah bulanan nya malam ini di rumah En Zulkifli Bin Zainuddin di Kg Durian Gasing, Triang, Kuala Klawang. Usrah ini di adakan setiap 2 minggu sekali dan Naqib usrah adalah Ustaz Suhaimi Bin Kassim Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Seremban.


Usrah PAS MTD Klawang ini telah bermula semenjak tahun 2002 oleh Cikgu Jaaman dan alhamdulillah telah dapat bertahan sehingga kini. Naqib usrah telah bersilih ganti dari Ustaz Bakhtiar, Ustaz Shaifuddin Maulup, Ustaz Mohd Esa dan akhir nya sekarang ini Ustaz Suhaimi. Dengan adanya usrah ini aktiviti MTD Klawang berjalan terus sepanjang tahun. Diharap usrah MTD ini akan terus berkekalan untuk memastikan perjuangan Parti Islam di Klawang akan terus berkembang.

Untuk sesiapa atau individu yang ingin menyumbang untk tabung PAS MTD Klawang boleh lah masukkan RM$$ anda ke dalam akaun MTD Klawang : Public Bank Cawangan Kuala Klawang nombor akaun 4-9001941-10.

Usrah yang akan datang akan diadakan pada 19 Julai 2008 di rumah HJ MAT TAN Kg Tembun, Kuala Klawang.

Sunday, July 6, 2008

Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu

2 Julai 2008, Simpang Pertang : Pada hari Rabu 2hb Julai 2008 yang lalu PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan satu ceramah umum sempena dengan Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu. YB Dr Zulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor telah dijemput sebagai tetamu khas untuk merasmikan pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu dan seterusnya menyampaikan ceramah.

Dalam ceramah beliau YB Dr berkali-kali menegaskan bahawa kenaikan harga minyak ini akan membawa bencana inflasi iaitu kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lebih parah kepada Malaysia. Selain dari inflasi, kenaikan harga minyak ini juga membawa kepada unjuran stagflasi iaitu di mana syarikat-syarikat tidak dapat menanggung kenaikan bebanan kos operasi yang melambung tinggi yang menyebabkan akhirnya sebilangan besar pekerja syarikat terpaksa diberhentikan kerja demi untuk menyelamatkan kedudukan perniagaan. Ini akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak mempunyai pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan maka ini akan mengundang bala iaitu bertambahnya masalah jenayah seperti ragut, curi dan rompakan menurut YB Dr Zulkifli lagi.

YB Dr Zulkifli melihat "bunting" Pelancaran Tabung Bangunan PAS Kawasan Jelebu setelah memotong riben simbolik perasmian pelancaran tersebut sambil diperhatikan oleh Pemangku YDP Jelebu dan PJ NS.

YB Dr Zulkifli menegaskan bahawa harga minyak di Malaysia tidak sepatutnya naik kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan bukan negara pengimpot minyak seperti Thailand dan Singapura. Jika kerajaan Nigeria sebuah negara di benua Afrika yang terkenal dengan kemiskinan boleh menawarkan harga minyak serendah RM 0.75 sen seliter kepada rakyatnya mengapa Malaysia yang dikatakan aman,makmur dan kaya raya dengan hasil bumi yang lain tidak boleh menawarkan harga minyakyang serendah itu kepada rakyatnya. Disini lah terbuktinya kezaliman dan ketidak prihatinan kerajaan UMNO/BN kepada masalah dan rintihan rakyat, tambah beliau lagi.

Majlis pelancaran tabung bangunan PAS Kawasan Jelebu pada malam itu juga turut dihadiri oleh Sdra Zulkifli Omar Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani Ketua Pemuda PAS NS yang juga ADUN Paroi dan Tuan Hj Abdul Majid Timbalan YDP PAS Kawasan Jempol.

Tuan Haji Kateran Pemangku YDP PAS Jelebu dalam ucapan aluan beliau menyatakan betapa perlunya PAS Kawasan Jelebu mempunyai bangunan sendiri yang boleh menempatkan pejabat PAS Kawasan Jelebu. Sehubungan dengan itu kata beliau satu akaun khas telah dibuka di Agro Bank Cawangan Kuala Klawang di atas nama TABUNG BANGUNAN PAS KAWASAN JELEBU dan nombor akaunnya adalah :1-00-5681-00003914-5 untuk tujuan tersebut. Haji Kateran berharap ahli-ahli PAS Jelebu, aktivis PAS, penyokong PAS dan anak-anak kelahiran Jelebu yang berada atau tinggal di luar Jelebu dapat bersama-sama menyumbang kepada tabung ini dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun yang tersebut. Ini akan dapat merealisasikan kewujudan sebuah bangunan untuk PAS Jelebu sebelum 2012 iaitu jangkaan PRU-13 yang akan datang tambah Hj Kateran lagi.

Sebahagian dari hadirin yang hadir sedang khusyuk mendengar ceramah

Gerak gempur DUN Paroi turut hadir bersama pada malam tersebut.Kanan sekali YB Hj Taufek.

http://pasjelebu.blogspot.com