Thursday, April 20, 2017

By Malaysian News Channel April 18, 2017  No comments



PAS ditubuh oleh ulama Umno yang kecewa kerana sebab-sebab tertentu. Nama asalnya ialah Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Sejak PMIP sebagai PAS bertanding dalam pilihanraya, parti itu tidak pernah menang besar di peringkat nasional.

Apabila bertanding bersendirian pencapaiannya amat rendah. Hanya pada 1959, pilihan raya umum (PRU) pertama, PAS menang 13 kerusi. Pada PRU-2, 8 kerusi dan PRU-3, 11 kerusi. Apabila menjadi komponen dalam BN pada 1974, PAS menang 14 kerusi. Kemudian pada 1978, 1982, 1986, setelah berpisah dari BN dan bertanding bersendirian PAS menang 5, 5, 1 sahaja.

Sebaliknya apabila bersama dengan Semangat 46 dan secara tidak langsung dengan DAP, PAS menang 7 kerusi pada 1990 dan 1995.Hanya apabila bersama PKR dan DAP dalam Barisan Alternatif pada 1999 barulah PAS dapat kemenangan tertinggi iaitu 27 kerusi.

Tiada harapan di pusat

Pencapaian PAS menurun dengan teruk apabila DAP tidak menyertai Barisan Alternatif pada 2004, dengan memenangi hanya 7 kerusi. Kemudian PAS menyertai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR. Prestasi PAS meningkat semula dengan memenangi 23 kerusi pada 2008 dan 21 kerusi pada 2013.

Dari pencapaian PAS selama ia ditubuh, harapan untuk memerintah di peringkat pusat tidak ada sama sekali. Hanya di waktu menyertai BN sahaja yang PAS menjadi parti kecil dalam kerajaan pusat. Perjuangannya sebagai parti Islam, jika ada, tidak sedikitpun berhasil. Kejayaannya terhad kepada memecah-belah orang Melayu sehingga pengaruh dan kuasa mereka berkurangan dalam politik negara.

Sekarang PAS akan sekali lagi bertanding bersendirian. Mengikut rekod PAS yang tertera di atas, jika PAS bertanding sebanyak 80 kawasan Parlimen, pencapaian mungkin tidak lebih dari 15 kerusi. Kebanyakan dari 80 kawasan ini, PAS tahu PAS akan kalah. Tetapi mengikut adat PAS, di kawasan yang PAS tidak ada harapan langsung pun, PAS akan bertanding.

PAS Hadi sokong Najib

Secara teknikal PAS melawan Umno BN, selain dari melawan parti-parti lain yang meletak calon.Dengan PAS bertanding dan menjadikan pertandingan tiga atau lebih penjuru, kesannya ialah memecah-belah musuh-musuh BN (Umno). PAS akan kalah dan mengheret turun parti pembangkang lain. Umno akan menang, kerana penyokong parti lawan berpecah.

Secara langsung PAS berusaha, membelanja wang yang tidak sedikit untuk memberi kemenangan kepada BN dan Datuk Seri Najib Razak.Jika dikatakan PAS di bawah pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong kepimpinan Najib, ia bukanlah keterlaluan. Ia memang benar.

Bagi orang Melayu penubuhan PAS adalah satu malapetaka. Ia memecah-belah perpaduan Melayu dalam Umno yang berjaya menumpaskan Malayan Union. Walaupun orang Melayu menjadi majoriti di Malaysia, tetapi dengan adanya PAS orang Melayu tidak menjadi majoriti lagi.

Gejala sosial akibat PAS

Lebih dari IMP (Independent of Malaya Party) pimpinan Datuk Onn Jaafar, penubuhan PAS sebagai serpihan dari Umno melemahkan kuasa politik Melayu dan menghalang kemajuan mereka.

Oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan PAS bukan sahaja memecah-belah orang Melayu tetapi juga memecah-belah orang Islam. Demikianlah dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS.

Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama.

Keputusan PAS menolak kerjasama dengan parti-parti pembangkang dan meletak calon di dalam kawasan yang PAS tidak mungkin menang bermakna PAS menyokong Umno dan Najib dengan memecah undi pembangkang.
Sejak PAS ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulih lagi.


Tun Dr Mahathir

Tuesday, April 18, 2017

BENAM KAN KERA JAAN UMNO BN PRU 14 INI

Image may contain: one or more people, text and outdoor


PENDEDAHAN RAFIZI - KASI BUNGKEH

~WALAU PUN DINAFIKAN OLEH PUAK2 umnoHARAMJADAH..SEKURANG2NYA RAKYAT TAHU ISU PENYELEWENGAN WANG 1MDB ADALAH BENAR,TIADA YG TIDAK BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA~
17 Individu Terima Dana Berkaitan SRC Bakal Didedah Rafizi
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan siapa 17 individu yang didakwa menerima dana berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Katanya, dakwaannya itu berdasarkan dokumen yang dipaparkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika beliau ‘membersihkan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.
Berhubung dengan dana SRC International, Mohamed Apandi telah pun membersihkan Najib atas alasan bahawa perdana menteri tidak mempunyai pengetahuan bahawa dana itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Menurut peguam negara, tidak ada bukti yang menunjukkan yang Najib memberikan sebarang kelulusan mengarahkan pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Berdasarkan carta aliran dana yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media, sekurang-kurangnya RM32 juta dana daripada SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Carta itu turut menunjukkan bahawa RM23,520,010 diagihkan kepada 17 penerima.
Najib telah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Rafizi berkata beliau akan memberi tumpuan bagi mendapatkan jawapan berhubung perkara ini.
“Saya akan memberi tumpuan dalam masa seminggu dua ini untuk mendapatkan jawapan dari Najib dan pihak berkuasa berkenaan pemindahan-pemindahan wang ini.
“Oleh itu, saya akan membuat beberapa pendedahan bersiri mengenai skandal ini dan diakhiri dengan satu laporan polis baru terhadap Najib dalam tempoh seminggu dari sekarang agar siasatan dibuka kembali terhadap penglibatannya,” kata Rafizi.