Tuesday, June 16, 2009

1 MALAYSIA HAPRAK!

1 Malaysia haprak! Apa tidaknya apabila penyatuan, perpaduan dan persatuan dalam 1 Malaysia hanya lah satu gimik politik untuk meraih sokongan dan simpati kepada Najib sahaja.

1 Malaysia haprak! kerana pembelajaran Sains dan Matematik masih lagi mengguna pakai Bahasa Inggeris iaitu Bahasa penjajah. Kalau di Indonesia, bahasa kebangsaan nya adalah Bahasa Indonesia,rakyat Indonesia mereka bangga dengan Bahasa Indonesia mereka. Bahasa ini diguna pakai di sekolah,universiti,pejabat kerajaan/swasta malah di mana sahaja di bumi Indonesia bahasa Indonesia ini sahaja lah yang di pertuturkan. Saya terperanjat pada satu hari bertemu dengan seorang pelancong Jepun yang menggunakan Bahasa Indonesia untuk berkomunikasi dengan saya. Orang Jepun yang terkenal mengagungkan bahasa ibunda mereka terpaksa menggunakan Bahasa Indonesia untuk berkomunikasi. Agongnya bahasa Jepun sehingga dalam kereta mereka juga Bahasa Jepun digunakan.Kalau tak percaya beli Toyota Alphard, suara yang menyuruh kita memakai tali pinggang adalah dalam bahasa Jepun begitu juga kalau kita memandu laju. Semua gajet dan radio dalam kereta semua dalam Bahasa Jepun.

1 Malaysia haprak! kerana Bahasa Inggeris di agongkan, di mana kemungkinan akan dijadikan satu matapelajaran yang wajib lulus dalam SPM. Jika tak lulus Bahasa Inggeris maka SPM gagal, sama macam kalau tak lulus Bahasa Malaysia.Maka banyak lah budak2 kampung dan felda yang bakal tak lulus SPM sebab Bahasa Inggeris nya gagal. Apa punya mangkuk hayun lah... Tak kesian ke dengan anak bangsa sendiri. Maka anak bangsa sendiri juga yang akan ketinggalan tak merasa lah mereka belajar di menara gading sebab tak lulus SPM sebab tak lulus Bahasa Inggeris.

1 Malaysia haprak! kerana suara rakyat tak boleh lagi kedengaran di Parlimen. Apa tidak nya Dato' Sri Nizar yang melaungkan "HIDUP RAKYAT, BUBAR DUN" sejurus selepas perasmian perlantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang telah digantung 2 hari oleh Speaker Pandikar Amin. Ini semua gara2 nak ambil hati Najib yang baru hari pertama melangkah masuk ke Parlimen sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Kalau di Parlimen sendiri sudah tak boleh nak bawa suara rakyat ke mana lagi suara rakyat boleh kedengaran??? SYABAS Dato' Sri Nizar teruskan, RAKYAT TETAP BERSAMA MU....

1 Malaysia haprak! kerana ramai pemimpin yang menjadi pemimpin adalah masih tidak bersih. Masing-masing masih belum Mandi Junub lagi. Tak kira lah pemimpin negara atau pemimpin parti samada parti kerajaan atau parti pembangkang. Ada yang ingin mencampurkan air dengan minyak. Perpaduan dan penyatuan ini adalah untuk kepentingan peribadi dan kepentingan politik suku sakat bukan untuk kepentingan rakyat seluruhnya....

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Tuesday, June 9, 2009

UMNO/BN HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG


Kesian sungguh dengan UMNO/BN kerana telah gagal memporak porandakan PAS sewaktu Muktamar Agong PAS Pusat yang ke-55 berjalan.Semua projek UMNO/BN hendak melaga-lagakan pemimpin PAS telah berkubur begitu sahaja.Begitu juga projek mereka untuk menghasut para perwakilan PAS Kawasan2,semua nya telah gagal.Projek melagakan kumpulan ulama dan kumpulan profesional telah gagal kerana Tuan Guru Haji Hadi telah menyatakan tidak ada profesional dan ulamak dalam PAS.Semuanya adalah ahli PAS tanpa mengira mereka profesional,ulamak,petani,nelayan,buruh atau pekerja kilang dan sebagainya semuanya sama iaitu ahli PAS.


Perwakilan PAS Kawasan Jelebu dari kiri Tuan Syed Alias, YDP Haji Kateran,

Haji Jamalus dan saya. Sdra Nor Anif tiada dalam gambar.


Walaupun dalam Muktamar ke-55 terdapat pertandingan jawatan tetapi ia berjalan dengan sungguh baik, harmoni serta sikap setia kawan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS Pusat dan Perwakilan telah terserlah.Tak lah macam UMNO apabila Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda terdapat pulak pengikut dan penyokong Mukriz dan Khir Toyo yang bertempik di belakang dan hampir bergaduh pulak tu….Sungguh memalukan.


Sekarang ini bila semua projek itu sudah gagal timbul pula kisah Kerajaan Perpaduan.Siapa sebenarnya yang hendak kepada Kerajaan Perpaduan ni??? Saya yang mengikuti muktamar ini dari mula hingga akhir sebagai Perwakilan PAS Kawasan Jelebu, telah jelas dengan sikap dan prinsip yang dipegang oleh kedua-dua TOK GURU yang menjadi pemimpin tertinggi PAS.Kedua-dua nya dengan keras telah menolak konsep atau inspirasi Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO ini.


Hari akhir muktamar sedang mendengar uapan penangguhan Presiden


Apa yang jelas kedua-dua TOK GURU menyatakan dalam konsep dakwah PAS, dalam usaha untuk mengajak orang ramai dan rakyat mengikuti dan menghayati ajaran Islam maka orang UMNO/BN janganlah ditinggalkan kerana mereka juga manusia makhluk ALLAH dari keturunan Nabi Adam.Maka sudah sewajar lah mereka juga didakwahkan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya dengan harapan mereka akan sedar akan kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan untuk menerima Islam yang sebenarnya, dengan menjalankan segala hukum2 yang ada di dalam Al-Quran.ITU SAHAJA…


Kalau ini lah yang dikata oleh UMNO/BN Kerajaan Perpaduan mako GOLAK BOSAR LAH DEN TU... Bangang bonar lah orang UMNO ni..

Thursday, June 4, 2009

RM 300 JUTA RUNTUH SEKELIP MATA


Baru 2 hari lepas Stadium Sultan Mizan di Gong Badak Kuala Terengganu tu runtuh. Sayang betul habis ranap duit kerajaan sebanyak RM 300 juta yang telah dibelanjakan untuk membina stadium tersebut.Dalam sekelip mata aje RM 300 juta ranap.Baru dapat di gunakan sekali dua aje stadium tu habis dah hancur dah tak boleh pakai lagi dah stadium tersebut.Nak membaiki nya semula perlukan wang berjuta-juta ringgit pula baru boleh digunakan semula.SAYANG BETUL BERAPA PUNYA PEMBAZIRAN NI!!!

Apa perasaan kerajaan UMNO/BN Terenganu khas nya,dan kerajaan UMNO/BN Malaysia ini amnya dalam menangani perkara stadium runtuh ni? RM 300 juta bukan nya sikit2 duit.Kalau digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan yang bergaji RM 2,000 sebulan boleh membayar gaji seramai 150,000 orang pegawai kerajaan.Kalau stadium Sultan Mizan boleh memuatkan 50,000 orang sekali masuk maka orang seramai 3X stadium yang penuh tu boleh dapat RM 2,000 seorang.berapa punya banyak duit lah tu???

Bukan kah ini satu pembaziran yang besar? Kalau NAJIB boleh kata masuk pilihanraya DUN Penanti satu pembaziran wang rakyat maka meranapkan dan meruntuhkan wang rakyat di Stadium Sultan Mizan ini apa?

Nasib baik tidak ada korban jiwa yang melayang.Kalau ada memang sungguh malang sekali.Kami dengan ini sebagai rakyat Malaysia berharap satu penyiasatan yang bebas dan telus dilakukan demi untuk mengetahui punca keruntuhan tersebut dan pihak atau individu yang terbabit dan cuai yang menyebabkan keruntuhan ini mestilah diambil tindakan yang tegas dan jangan di selindung2 atau di sorokkan.

BUBAR KAN DUN PERAK. RAKYAT HAKIM NEGARA.


http://orangklawang.blogspot.com


PKR & PR Menang di Penanti

Pada 31 Mei 2009 (Ahad) yang lepas Dr Mansor Othman telah di nobatkan oleh rakyat sebagai Wakil Rakyat DUN Penanti yang baru. TAHNIAH kepada Dr Mansor Othman dan TAHNIAH kepada jentera PKR dan Pakatan Rakyat yang telah bekerja bertungkus lumus untuk memenangkan Dr Mansor dengan majoriti yang lebih besar.

Disebalik berbagai-bagai usaha yang dilakukan oleh UMNO/BN untuk mensabotaj DUN Penanti dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka supaya rakyat Penanti tidak keluar mengundi tetapi telah dinafikan sebaliknya oleh pengundi Penanti. SYABAS pengundi Penanti kerana telah bertindak bijak dan waras.

Adalah dicadangkan supaya UMNO/BN selepas ini tak perlulah meletakkan calon di mana-mana pilihanraya lagi di Malaysia ini kerana ini semua adalah kerja membazirkan wang rakyat. Begitu lah yang dikatakan oleh Najib untuk mengelak daripada dituduh sebagai bacul dan penakut dengan kuasa rakyat.

BUBARKAN DUN PERAK. RAKYAT HAKIM NEGARA.

http://orangklawang.blogspot.com