Thursday, November 15, 2012

Lawatan PGS ke UPU Klawang Bandar



Baru-baru ini PGS PAS Pusat dan PGS N9 telah melawat UPU PAS Cawangan Klawang Bandar.Ahli-ahli PAS dari Cawangan Klawang Bandar dan Cawangan Batu Serambai dalam DUN Klawang telah hadir beramai-ramai untuk mendengar taklimat yang di sampaikan oleh En Azizan dari Pusat dan Haji Mazlan Pengarah PGS N9. Banyak soalan tentang kemusykilan ahli-ahli PAS di Klawang telah terjawab. PAS Cawangan Klawang Bandar dan Cawangan Batu Serambai merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Azizan dan Haji Mazlan kerana sudi datang ke Kuala Klawang.

Bilboard Tawaran PR di Klawang

Ahli usrah PAS di Klawang telah bergotong royong menaikkan bilboard Tawaran Pakatan Rakyat pada PRU 13 kepada rakyat jelata jika dapat mengambil alih Putra Jaya. Bilboard tersebut telah di beli oleh ahli-ahli usrah PAS Klawang daripada Jabatan Pilihanraya PAS N9.

Wednesday, August 1, 2012

Surau Kg Melayu Pertang


Pada 16 Julai bersamaan 28 Syaaban yang lepas Ustaz Suhaimi telah di jemput oleh AJK Surau Kg Melayu, Pertang untuk mengadakan ceramah di Ambang Ramadhan. Ramai penduduk kampong yang telah hadir.


Dalam ceramah tersebut Ustaz Suhaimi  menyarankan agar semua jemaah pada bulan puasa ini lebih banyak beribadat kepada Allah dan berdiam diri. Jangan banyak bercakap dan tidak perlu bercakap tentang perkara-perkara yang tidak perlu. Pada bulan Ramadhan ini elakkan lah dan jauhkan lah dari perbuatan mengata-ngata atau memfitnah orang, dengan itu lebih baik lah berdiam diri, kata beliau lagi.




Wednesday, July 25, 2012

MB Khalid Bagus - BN Tak Suka


Macam biasa Selangor sentiasa mencetuskan kontroversi. Ini semua gara-gara MB Selangor Tan Sri Khalid yang berjiwa rakyat. Tak lama dulu kes sampah kat Selangor. Sampai berlonggok-longgok sampah kat tepi jalan di bumi Selangor tak ada siapa nak ambil untuk pergi buang. Kat Jeram tempat orang tua aku tinggal sampai busuk kat tepi jalan. Alhamdulillah selesai apabila Kerajaan Negeri Selangor ambil alih pengurusan sampah dan bagi kontrak terus pada syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk mengutip sampah di setiap daerah dalam Negeri Selangor. Sekarang ni dah kecoh pasal air pulak dah.

Dah lebih 50 tahun UMNO/BN perintah Malaysia tak pernah sekali pun terlintas kat benak fikiran mereka nak beri air percuma pada rakyat. Tiba-tiba bila Pakatan Rakyat menang di Selangor, Tan Sri Khalid di lantik jadi MB dan dia umum beri air percuma kepada seluruh rakyat Selangor sebanyak 20 cubic padu maka terperanjat beruk lah seluruh pemimpin UMNO/BN. Macam satu bom dah meletup, maka seluruh pemimpin UMNO/BN fikir habis lah riwayat mereka di Selangor. Memang tak dapatlah UMNO/BN nak tawan balik Selangor. Jadi isu air dan SYABAS ini adalah talian hayat terakhir UMNO/BN untuk tawan semula Selangor dari Pakatan Rakyat.

Orang yang bijak, baik dan bagus macam MB Khalid ni memang ramai orang terutamanya orang-orang UMNO/BN tak suka. Sebab bagi mereka orang macam ni menyusahkan mereka. Tapi orang UMNO/BN ni orang yang baik sesama mereka pun, mereka tak suka jugak. Dulu Selangor ada MB Datuk Harun Idris. Datuk Harun Idris baik serta bagus dan berjiwa rakyat. Datuk Harun dari UMNO berjiwa Melayu jadi dia beri tanah pada orang Melayu, Kg Cheras Baru, Kg Malaysia Tambahan, Kg Baru, Kg Dato’ Keramat, Kg Kongo (Bandar Tun Razak) sekarang ini, semua usaha Datuk Harun untuk bagi tanah pada orang Melayu di Kuala Lumpur. Tapi ramai jugak orang UMNO/BN yang tak suka dengan Datuk Harun walaupun rakyat terutama orang Melayu suka dengan Datuk Harun. Mereka fitnah dan bantai Datuk Harun macam-macam sampai Datuk Harun jatuh. Ramai orang Melayu terutamanya rakyat Selangor yang kecewa.

Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan orang nya baik hati, bagus,warak dan berjiwa rakyat. Orang UMNO/BN tak suka jugak. Mati kutu puak-puak UMNO/BN kat Kelantan sebab mereka tak boleh nak buat apa-apa dan nak celok apa-apa yang patut pun mereka tak dapat. Tapi rakyat Kelantan suka dengan Tok Guru malahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum suka dengan Tok Guru. Orang yang berjiwa rakyat memang lah rakyat suka.
Kesimpulannya UMNO/BN ni memang tak suka dengan orang yang bagus, baik hati dan berjiwa rakyat kerana bagi UMNO/BN orang spesies ini semua nya menyusahkan mereka. Bagi UMNO/BN mereka lebih suka dan terlebih gemar dengan orang yang jahat, zalim dan suka menyusahkan orang kerana orang-orang macam ni senang mereka nak pegang dan kawal. Kalau nak apa-apa pun senang sebab mereka sehaluan dan dah sama-sama jahat.

Tapi aku percaya dan seluruh rakyat Selangor pun percaya MB Khalid, Insyallah akan berjaya juga selesaikan isu air kat Selangor ni. MB Khalid ni aku tengok dia ikhlas berjuang untuk rakyat dan tak nak apa-apa imbuhan sebab dia pun rasanya semua dah ada dan dah cukup. Macam Tok Guru Nik Aziz dia tak nak apa-apa kat dunia ni dan bagi Tok Guru semua nya dah cukup untuk dia dan keluarga nya di dunia ini. Mereka ni lah pemimpin yang sentiasa bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Tak lah macam pemimpin UMNO/BN yang sentiasa tak pernah cukup. Akhir sekali aku cadangkan MB Khalid anjurkan solat hajat peringkat Negeri mohon pada ALLAH terutamanya pada bulan Ramadhan ini supaya air Selangor, ALLAH bagi pada rakyat Selangor bukan pada UMNO/BN dan kroninya.

Wednesday, July 18, 2012

Ceramah Isra' Mikraj



Pada 16 Jun 2012 yang lepas Pusat Tarbiyah Al Amin dengan kerjasama Pondok Desa Taqwa, Jeram telah mengadakan sambutan majlis memperingati peristiwa Isra’ wal Mikraj junjungan Nabi Muhammad SAW. Satu ceramah telah diadakan. Jemputan penceramah adalah Al-Fadhil Kiyai Ustaz Luqman Anuar iaitu Mudir Pondok Desa Taqwa, Jeram, Selangor.



 Al-Fadhil Kiyai Ustaz Luqman Annuar (kiri) menyampaikan ceramah


Dalam ceramah beliau Ustaz Luqman menekankan bahawa sebesar-besar nikmat dan yang paling berharga kita perolehi sekarang ialah nikmat ISLAM,iaitu nikmat kita dijadikan oleh ALLAH sebagai orang Islam ditambah pula dengan nikmat Iman. Ramai orang Islam di muka bumi ini seperti buih di lautan katanya tetapi yang beriman dengan sebenar-benar iman kepada ALLAH hanya sebahagian sahaja. Tambah Ustaz orang yang beriman mendapat SAKINAH atau ketenangan. Pak Kiyai menyeru kepada semua agar sentiasa ingat kepada ALLAH selalu dan sentiasa menyebut SUBHANALLAH kerana menurut beliau jika kita ingat pada ALLAH maka ALLAH SWT akan sentiasa ingat dan memberi rahmatnya kepada kita.

 Sebahagian jemaah tekun mendengar ceramah Pak Kiyai

Al Fadhil Ustaz juga menyokong usaha Pusat Tarbiyah Al Amin untuk mendirikan bangunan sendiri yang terdiri di dalamnya surau dan juga pejabat. Menurut beliau lagi pengurusan yang baik serta tersusun dengan sistematik akan lebih memudahkan dan melancarkan kerja-kerja dakwah di jalankan. Semoga seluruh penduduk kampong Larong ini akan menyokong kerja-kerja murni ini demi untuk menegakkan syiar Islam katanya lagi.

 Menikmati jamuan selepas ceramah


 Muslimat beratur mengambil makanan. Juadah makanan di bawa secara
gotong royong dari rumah para jemaah.


  Jemaah muslimat tekun mendengar ceramah

Sunday, July 15, 2012

Amuk + Gila @ Malaysia Dah Gila !!!


Kecoh baru-baru ni seorang lelaki dan seorang perempuan mengamuk di pejabat PM Najib di Jabatan Perdana Menteri. Nama Khalil Affandi dan Muhdalina Ahmad meniti di bibir orangramai yang membaca berita tersebut. Apa hal pulak 2 orang insan makhluk ALLAH ni nak mengamuk??? Ini persoalannya. Tak kan pulak orang nak mengamuk tak tentu pasal aje.


Sinonim bila dikatakan amuk maka automatik orang itu dikatakan gila. Yang aku pelik berapa ramai pulak orang gila kat luar sana tapi tak pulak mereka mengamuk. Kalau orang mengamuk mesti gila atau gila isim mengapa pulak orang-orang gila di luar sana tak mengamuk. Yang tambah hairan bin ajaib mengapa pulak si Khalil dan Muhdalina ni nak pilih tempat macam pejabat Najib di Jabatan Perdana Menteri untuk mengamuk. Orang gila pandai ke nak memilih-milih tempat. Dulu Prebet Adam mengamuk tapi tak pilih pulak JPM sebaliknya kat Chow Kit dia mengamuk. ATAU adakah kes Janji Tak Di Tepati NAJIB dengan Khalil tu sebab dia si Khalil mengamuk kat pejabat Najib.

       
Gila pulak, apa yang mereka tahu pasal gila. Bila ada orang mengamuk cakap orang tu Gila Isim sebab amalkan ajaran sesat. Apa ajaran yang sesat ni atau mana ajaran yang betul sangat ni? Apa itu gila isim sebenarnya. Orang pandai2 aje cakap Gila Isim. Orang gila isim tak akan mengamuk sebab dia FANA’. Buat apa nak mengamuk atau marah2 sebab dia FANA’ dengan Keagungan, Kebesaran dan Keindahan ALLAH. Dia suka dan dia asyik mahsyuk dengan Kehebatan ALLAH. Dia suka dan gembira, buat apa nak mengamuk. Kesukaan, Kegembiraan dan Kegilaan itu hanya dia aje yang tahu dan orang lain tak perlu tahu. Itu nikmat antara hambanya dan ALLAH.

Kalau Khalil Affandi gila dan Muhdalina gila maka orang yang tuduh mereka gila tu lah yang lagi gila, GILA tahap gaban dari mereka ni. PM Najib pun GILA gak. Dia tengah GILA MEMBERI. Tu sebab Khalil mengamuk di pejabat Najib di JPM sebab mungkin dia tak dapat apa yang Najib bagi. Kalau orang lain semua dapat, mungkin dia Khalil tak dapat tu yang dia mengamuk tuh…Najib Gila bagi BRIM, bagi Imbuhan FELDA, bagi Tayar pada teksi, bagi duit pada pelajar semua dia nak bagi dengan tujuan untuk dapat sokongan rakyat. Jadi dia naik satu tahap lagi iaitu Gila Sokongan.

Bagi aku sebenarnya semua kat Malaysia ni dah gila sebab Malaysia di pimpin oleh pemimpin yang GILA. Pemimpin UMNO/BN yang ada ni dah GILA KUASA, GILA SOKONGAN, GILA HARTA jadi tak hairan kalau orang menggila kat luar sana. Orang macam Khalil dan Muhdalina sebenarnya tak Gila Cuma mereka TAK PUAS HATI tu aje. Tapi oleh sebab dia pilih pejabat Najib untuk mengamuk jadi orang kata lah mereka berdua gila. Kalau mereka berdua mengamuk kat Chow Kit macam Prebet Adam dulu maka tak lah di kata kan mereka gila. SOBONAR EH SAPO GILO???

Saturday, July 14, 2012

MCA - TALAM Dua Muka

Nuffnang Ads

CUKONG TIPU GEROMBOLAN - GEROMBOLAN TIPU MELAYU


INI KES TIPU



KERAJAAN UMNO/BN PINDAHKAN TANAH KEPADA TALAM:
MCA PERLU AMBIL TANGGUNGJAWAB


Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.




Oleh itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang rakyat hangus begitu sahaja.

Talam Corporation adalah anak emas Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah, Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.



Maka tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:

1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung

2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung

Tidak cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.

Oleh sebab kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank. Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.



Pada masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada Talam Corporation.

Akibat dari pelbagai projek usahasama dan tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.
Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ini bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684 juta.

Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa hadapan.

Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi, sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.

Hasil bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.



Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.

Saya memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 JULAI 2012











PENGUMUMAN UNTUK PENDENGAR RABU

hari sabtu ini
radio bangsar utama
akan membuat dua laporan terus menerus

satu laporan demo menyokong warga felda
satu lagi konsert pesta jalanan

untuk kaum kerabat reformasi
untuk penyokong rakyat tertindas
untuk mereka yang benci gerombolan
untuk mereka yang hendak tumbangkan kerajaan
sila layari radio bansar utama


www.radiobangsarutama.spot.com
www.radiobangsarutama.com






(Artikel ini di ambil dari blog Tukar Tiub)

Monday, July 2, 2012

Aku di Himpunan Hijau Stadium Darul Aman

Pada hari Jumaat 1hb Jun 2012 bersamaan 11 Rejab 1433H yang lepas aku, hafiz, hazim, omar dan lan telah menyertai ratusan ribu ahli-ahli PAS dari seluruh Malaysia untuk sama-sama berada di Stadium Darul Aman Alor Setar, Kedah dengan satu tujuan iaitu untuk menyertai Himpunan Hijau Menuju ke Putrajaya. Tak dapat cakap ramainya orang ...memang ramai sugguh.



Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang.Hujan tengah lebat. Alhamdulillah kami dapat letak kereta kat KFC sebelah Stadium Darul Aman. Jadi tak lah jauh berjalan kaki. Payung ada 1 aje, Nak tak nak beli lah lagi satu payung. Masa sampai tu kami masih kenyang lagi sebab baru lepas makan Nasi Kandar kat Seberang Perai. Jadi kita orang makan ringan-ringan aje. Tapi malang bila malam masih di Stadium dan bila perut kami lapar makanan pulak semua dah habis. Nampaknya balun habis orang yang makan dan peniaga makanan kat situ itu hari.

Air minum pun habis tapi dapat lah kami beli oren bangla.Budak yang jual tu cakap sedap.tapi memang sedap pun bila dah haus. Habis semua kami balun. Walaupun kami belum makan tapi kami memang berpuas hati sungguh kerana dapat berada di Stadium Darul Aman tersebut. Malam tu pukul dekat pukul 2 pagi baru kami dapat makan nasi.Itu pun kat gerai jauh dari Stadium.Kat Stadium tu Hang jangan tanya lah lagi....








Syabas PAS Kedah dan Syabas Dato' Mahfuz kerana berjaya menganjurkan satu program yang besar dengan di hadiri oleh manusia yang begitu ramai. Cuma saranan aku lain kali kalau nak buat himpunan macam ni kena siapkan air minum SATU TRAILER PANJANG. Hangpa jual 3 ringgit pun aku beli....kah..kah..kah...

Gotong Royong Bersihkan Tapak PTA

 

Pada bulan Mei yang lepas AJK Pusat Tarbiyah Al Amin telah mengadakan satu gotong royong untuk membersihkan tapak bangunan PTA dan juga kawasan PTA. 5 batang pokok kelapa dan 2 batang pokok durian terpaksa ditebang. Seluruh AJK PTA dan kaum keluarga Cikgu Jaaman juga telah turun membantu menjalankan gotong royong tersebut. Semua batang-batang dan daun pokok telah dibakar. Terdapat juga penduduk tempatan yang mengambil batang durian yang telah dipotong-potong untuk dijadikan tempat duduk.

 Hj Kamarulzaman (SIAK) turut membantu


 Berat tuh batang pokok kelapa nih! Belakang tu LOBO sedang angkat 
daun kelapa aje....



Bangunan lama yang kecil yang mana dahulu digunakan sebagai pejabat MTD terpaksa juga di robohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin. Sekarang bahagian depan lot 415 yang bakal didirikan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin telah pun lapang. Beberapa lori tanah telah di masukkan untuk meratakan bahagian yang bekas bangunan kecil pejabat lama MTD.



Bekas bangunan pejabat MTD Klawang yang lama terpaksa di robohkan.
Dulu pejabat insuran Cikgu Jaaman ni.








Tuesday, June 26, 2012

Selasa, 26 Jun 2012

SATU LAGI SKANDAL TUAN HAJI LEBAI EXPRESS




TUAN HAJI LEBAI EXPRESS




SKANDAL KONTRAK PEMBINAAN PROJEK TAMBAHAN SISTEM LRT AMPANG MELIBATKAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.
Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012 


(di copy paste dari blog Tukar Tiub - angahcipoi)

Sunday, June 24, 2012

Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA)

Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) telah di tubuhkan pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011 di Kampong Larong, Kuala Klawang. Dalam mesyuarat pertama penubuhannya pada 17 Ramadhan tersebut yang dihadiri oleh seramai 16 orang ahli-ahli PAS MTD Klawang, maka satu persetujuan sebulat suara telah diambil untuk menubuhkan satu Pusat Tarbiyah di Jelebu dengan tujuan untuk menjalankan dakwah dan memberikan tarbiyah yang berterusan kepada ahli-ahli PAS dan orang ramai.


AJK PTA depan dari kiri Pn Nasipah,Hj Zainuddin,En Saiful Bahri,
Hj Jaaman,En Zulkifli,En Jawa & Pn Sappiah. Belakang dari kiri 
En Samsudin,Pn Zainon,Hj Razak & En Omar

Dalam mesyuarat itu juga diputuskan satu bangunan 2 tingkat akan dibina diatas tapak tanah yang diberikan oleh Cikgu Jaaman dan keluarganya di Kampong Larong, Kuala Klawang. Bangunan 2 tingkat yang dicadangkan itu terdiri dari tingkat bawah adalah Surau Al Amin dan tingkat atas pula adalah pejabat, bilik mesyuarat dan bilik serbaguna.

 Ayahanda Hj Jaaman Bin Hj Abu
Pengerusi Pusat Tarbiyah Al Amin


Tiga akaun bank telah dibuka dengan tujuan untuk mengutip derma dan mengumpulkan dana dari ahli-ahli PAS dan juga orang ramai. 2 akaun bank telah dibuka atas nama "BANGUNAN PAS MTD KLAWANG" iaitu akaun di bank :-

1) Public Bank, Kuala Klawang. No Akaun :  4749876500
2) Bank Simpanan Nasional, Cawangan Seremban. No Akaun 05100-41-00019562-2

Satu lagi akaun telah dibuka atas nama "PUSAT TARBIYAH AL AMIN" di Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban. Nombor Akaun : 05100-41-00020895-4 Semua akaun ini dijaga oleh 3 orang pemegang amanah iaitu Hj Jaaman Abu (Pengerusi) , Saudara Zulkifli Zainuddin (Bendahari) dan Saudara Saiful Bahri (Setiausaha). Sehingga kini sejumlah RM 38,000 telah dikumpulkan dan kami masih mengharap lagi derma-derma dari orangramai demi untuk merealisasikan pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin tersebut.

 Tapak PTA dari hadapan


Pihak kami masih memerlukan sumbangan dari orang ramai dan ahli-ahli PAS sehubungan dengan itu kami masih mengharapkan agar orang ramai dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat dapat membantu dengan memasukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun-akaun yang dinyatakan di atas. Sumbangan dari Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. Semoga ALLAH menempatkan Tuan/Puan dalam golongan yang dirahmati NYA.


 Tapak PTA dari belakang
 

Sunday, June 17, 2012

BERSIH 3.0



Gambar di ambil dari atas stesen LRT Masjid Jame' masa
baru sampai - Lautan Manusia.

Pada 28 April 2012 yang lalu saya dan Omar telah menghadiri himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Kami bergerak dari Seremban lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di Stesen LRT Masjid Jame' dalam jam 1.30 petang. Sampai di stesen LRT Masjid Jame' orang telah pun ramai dan memenuhi seluruh ruang di situ.Seluruh Jalan Tun Perak telah dipenuhi oleh ribuan manusia. Kami terus ke dalam masjid dan bersolat zohor dahulu.

 Jalan Tun Perak di penuhi oleh lautan manusia peserta Bersih 3.0
 

Berbanding dengan Bersih 2.0 dahulu kali ini orang lebih ramai dan semua orang lebih berterang-terangan memakai baju kuning Bersih 3.0. LRT yang kami naiki dari Bukit Jalil pun di penuhi dengan peserta Bersih 3.0 dan rata-ratanya semua orang memakai baju kuning.

 Bersama Omar di tengah-tengah lautan manusia di luar Masjid Jame'



Yang paling menghairankan saya ialah walaupun jam dah pukul 1.30 tapi aku masih dapat turun di stesen Masjid Jame'. Tak seperti himpunan Bersih 2.0 yang dahulu stesen LRT ini awal2 lagi dah tutup. Saya telah mengikuti himpunan Bersih ini sejak Bersih 1 lagi hinggalah Bersih 3.0 ini. Walaupun dah 3 kali himpunan Bersih diadakan dan 3 kali tuntutan telah dibuat tapi nampaknya kerajaan UMNO/BN ini masih lagi pekak badak dan tidak mempedulikan tuntutan rakyat.

 Bersama Ustaz Nazri (Unit Amal) dan Omar. Masa ni dah jam
5.00 ptg orang dah mula bersurai & bergerak balik.



 
 Bersama peserta Bersih yang lain bergerak kehadapan menuju
Dataran Merdeka sambil melaungkan BERSIH...BERSIH


Kalau kerajaan yang pekak badak dan tidak menghiraukan tuntutan rakyat ini masih di kekalkan juga pada PRU 13 ini maka apalah harapan rakyat untuk mendapat layanan dan pembelaan yang setimpal sebagai seorang rakyat Malaysia. Maka sudah sewajarnyalah seluruh rakyat Malaysia menolak kerajaan UMNO/BN yang ada ini kerana mereka sudah tidak dapat berfungsi dengan betul kerana mereka PEKAK BADAK.





Dah letih lepak kat restoran mamak ni sambil ngeteh & kena aiskrim
 


Hafiz dengan baju Bersih 3.0 beli dengan Azizi. Sedih tak dapat
ikut serta walaupan dah ada baju sebab ada kelas gitar 
pulak tengahari tu.
 

Wednesday, June 6, 2012

Ceramah Maulidur Rasul


PAS Cawangan Bandar Klawang telah mengadakan satu ceramah Maulidur Rasul pada 3 Mac 2012 yang lalu. Penceramah yang di jemput adalah Ustaz Azman Syapawi dan Ustaz Khairil Anwar Wafa (Ketua Pemuda PAS NS). Sambutan dari penduduk setempat sangat menggalakkan.


 Ustaz Azman menyampaikam ceramah beliau



Ustaz Azman Syapawi dalam ceramah beliau menyatakan Islam ini bukanlah hanya sekadar sambutan peringkat tahunan, bulanan atau mingguan sahaja tetapi Islam adalah satu cara hidup sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut beliau lagi PAS memperjuangkan Islam secara keseluruhan dan para ahli PAS mestilah mangamalkan yang maa'ruf dan mencegah kemungkaran.



Ustaz Khairil Anwar Wafa
 

Monday, June 4, 2012

901 Anwar Bebas Tanpa Syarat

Hari tu masa pembebasan DSAI di Mahkamah Jalan Duta sempat jugak aku pergi dengan Omar.Cuma aku lambat update dalam blog ni, SORI LA...Tak ada masa la..sibuk kerja.


Saya & Omar depan bangunan mahkamah




Orang kerajaan pun semua sibuk nak tahu samada DSAI di bebaskan




Jalan sibuk & jem orangramai menuju ke bangunan mahkamah



Sofwan Anang bersama grup mahasiswa