Wednesday, August 26, 2009

UMNO/BN Sakit H1N1

Tahniah diucapkan kepada PAS/PR atas kemenangan dengan majoriti yang besar di DUN N11 Permatang Pasir. Tahniah diucapkan kepada YB Ustaz Salleh Man dan juga tahniah kepada seluruh petugas-petugas pilihanraya PAS dan juga petugas jentera pilihanraya Pakatan Rakyat (PKR & DAP) yang bertungkus lumus membantu calon PAS.

Dengan kemenangan PAS ini macam2 alasan yang dikeluarkan oleh pemimpinUMNO/BN untuk menutup malu mereka atas kekalahan mereka sebanyak 2 kali berturut-turut kepada PAS/PR dalam tempoh 2 bulan. Kalau dalam perlawanan bola,apabila pasukan itu kalah 2 kali berturut-turut dengan pasukan yang sama maka panas bontot lah pengurus pasukan bola tersebut. Panas miang silap2 kena buang dari menjadi pengurus pasukan.

Walaupun seluruh jentera agensi kerajaan digunakan oleh UMNO/BN untuk menentang PAS/PR tetapi pengundi Permatang Pasir tidak termakan dengan pujuk rayu mereka itu yang ternyata hanya manis dibibir tetapi sebenarnya hanya palsu belaka. Dato Rais Yatim berkata jika parti yang menang pilihanraya itu banyak mengeluarkan tohmah sewaktu bertanding pilihanraya maka sebenarnya parti itu tidak menang pilihanraya tetapi sebenarnya menang tohmah. Pak lawak betul si Tok Rais ni bila PR dah menang dikatakannya menang tohmah. Dato Hishamuddin pula menyatakan kekecewaan beliau atas kekalahan BN namun ia tidak melemahkan jentera BN katanya lagi.

Cakap lah apa pun yang korang nak cakap tetapi pada hakikat yang sebenarnya rakyat telah secara terang-terang menolak kepimpinan UMNO/BN di Malaysia ini. Dari mula pilihanraya kecil yang diadakan Parlimen Kuala Terengganu, DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang, DUN Manik Urai dan DUN Permatang Pasir semuanya di menangi oleh Pakatan Rakyat yang menunjukkan isyarat jelas bahawa rakyat telah menolak UMNO/BN. Hanya DUN Batang Ai di Ulu Sarawak yang dimenangi oleh BN. Itupun sebab penerangan yang sebenar dari Pakatan Rakyat tidak sampai kepada seluruh pengundi.

Sebenarnya pada hakikat nya seluruh jentera UMNO/BN telah kecewa dan lemah. Mereka masih cuba berdiri lagi tetapi selsema dah meleleh-leleh keluar dari hidung mereka. Batuk mereka pun dah macam orang kena batuk kering berdengking-dengking bunyi nya. H1N1 telah merebak dan menjangkiti UMNO/BN. Mereka hanya tunggu untuk dikuburkan sahaja oleh rakyat.

Kalau tak percaya dan nak cepat lagi dikuburkan, BUBAR kan aje DUN Perak. Mari kita tengok siapa pilihan rakyat, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional? Itu baru anak jantan namanya.Tak payah nak menunggu-nunggu keputusan mahkamah dan tak payah nak berebut-rebut jawatan speaker DUN hingga berlaku kejadian angkat-mengangkat dan usung-mengusung