Friday, May 16, 2008

Gambar-gambar Mesyuarat Agong


Haji Jamalus Mansor Ketua Penerangan PAS Jelebu merangkap Pengerusi
Tetap memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah



Haji Kateran (Pemangku YDP Jelebu) menyampai ucapan alu-aluan

Zulkefly (PJ N9) dan Hj Kateran Marman


Haji Ismail, Hj Razak dan Hj Mat Tan sedang membaca buku mesyuarat
Agong. Haji Ismail pandang belakang tu apahal?

Mesyuarat Agong PAS Jelebu

Pada 10 Mei 2008 baru-baru ini PAS Kawasan Jelebu telah mengadakan mesyuarat Agong kali ke-19 mereka di markas PAS MTD Klawang.
PAS MTD Klawang merasa amat berbesar hati kerana PAS Kawasan Jelebu telah meletakkan kepercayaan pada MTD Klawang untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Agong tersebut. Seluruh ahli MTD telah bergotong royong sejak pagi untuk menyiapkan tempat bagi menjalankan mesyuarat Agong tersebut. Bekalan makanan atau minuman petang telah disediakan oleh Tuan Hj Ismail Akup AJK Perbekalan MTD. Tuan Hj Hassan (Pengarah MTD) telah bermurah hati menyediakan bihun goreng untuk perwakilan dan pemerhati yang hadir.
PAS MTD Klawang ingin mengucapkan terimakasih kepada semua tenaga MTD yang telah menyumbangkan tenaga dan memberikan kerjasama untuk menjayakan mesyuarat Agong tersebut.


Friday, May 9, 2008

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu

Mesyuarat Agong PAS Kawasan Jelebu akan di adakan pada ketetapan yang
berikut :-

Tarikh : 10 Mei 2008 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Markaz MTD Klawang, Kg Larong

Perasmi : Saudara Zulkefly Mohamad Bin Omar (PJ NS)

Semua perwakilan dan pemerhati dari cawangan-cawangan PAS diseluruh kawasan Jelebu adalah dijemput hadir.