Pada 16 Julai bersamaan 28 Syaaban yang lepas Ustaz Suhaimi
telah di jemput oleh AJK Surau Kg Melayu, Pertang untuk mengadakan ceramah di
Ambang Ramadhan. Ramai penduduk kampong yang telah hadir.
Dalam ceramah tersebut Ustaz Suhaimi menyarankan agar semua jemaah pada bulan
puasa ini lebih banyak beribadat kepada Allah dan berdiam diri. Jangan banyak
bercakap dan tidak perlu bercakap tentang perkara-perkara yang tidak perlu. Pada bulan Ramadhan ini elakkan lah dan jauhkan lah dari perbuatan mengata-ngata atau memfitnah orang, dengan itu lebih baik lah berdiam diri, kata beliau lagi.