Friday, September 18, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran PAS MTD Klawang bersama dengan PAS Kawasan Jelebu akan diadakan pada ketetapan yang berikut :-

Tarikh : 27 September 2009 / 8 Syawal 1430 (AHAD)

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Pusat Tarbiyah MTD Klawang
Lot 415, Kg Larong, Kuala Klawang.

Tetamu Khas :-
  1. Tuan Haji Mohamad Sabu (AJK PAS Pusat)
  2. Sdra Badrul Hisham Saharin/Cikgu Bard (AMT PKR)
  3. Dr Rosli Yaakop (Mantan PJ PAS N9)
***Semua di jemput hadir***

Yang benar,

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
Setiausaha
MTD Klawang & PAS Kawasan Jelebu

2 comments:

orang lamo said...

Shaiful,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak Pas Jelebu khasnya untuk bermuasabah diri. Sebagai ahli lama yg pernah melibatkan diri di BPPNS dan Jelebu 1995-1999, saya merasakan perkembangan kawasan jelebu masih lemah berbanding dahulu. Byk cawangan tidak berfungsi dan kehilangan tokoh/petugas. Saya kira ini semua adalah disebabkan beberapa faktor dalaman iaitu kepimpinan yang lemah, pelapis baru yang tidak berpengalaman dan AJK yg tidak peka kepada kerja-kerja organisasi.

Jika perkara ini tidak diatasi segera, saya percaya byk cawangan, dewan dan keyakinan ahli akan pupus begitu sahaja. Sdr perlu bertindak menggerakkan golongan muda-belia untuk bersama Pas, usahakan dgn gigih utk menghidupkan semula cawangan2 dan paling utama (maaf) usaha menggantikan pucuk pimpinan kawasan perlu dilaksanakan sebelum praya ke 13!! kita perlukan pemimpin yang ada kewibawaan dan pendidikan untuk membuat anjakan pradigma baru. Kalau masih ditakuk lama dan lemah, bgm orang luar nampak keupayaan Pas untuk mengganti UMNO? Kita orang muda perlu berani membuat perubahan dan memandu jamaah ke arah kecemerlangan. Kita tidak menafikan sumbangan orang lama tetapi zaman telah berubah dan jika kita tidak peka maka sifat kejumudan itu akan terus diwarisi. Saya menyarankan agar sdr menziarahi kepimpinan lama spt Hj Abu Bakar Petaseh, Hj Shamsuddin Borhan, ahli lama di Sg Lui, Lui Timur, Lui Selatan, Lui Muda, barat dan Pasoh 2 & 3 untuk pemulihan.

Saiful Bahri Jaaman said...

Saya harap orang lamo dapat bersama dalam kepimpinan PAS Jelebu untuk menguatkan saf kepimpinan PAS Jelebu.Semoga dengan kehadiran tuan nanti dapat memberikan satu suntikan kepada PAS Jelebu dan idea-idea yang baru dapat ditimbulkan untuk menggerakkannya.
Seperkara lagi PAS Jelebu masih kekurangan dana.Diharap tuan dapat bersama menyumbang ke dana PAS Jelebu.No akaun ada dalam http://pasjelebu.blogspot.com