Monday, July 26, 2010

Orang Melayu Belum Tentu Islam Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu

Hairan aku sekarang ni dah sibuk balik dijaja hal “perpaduan antara UMNO – PAS”. Tapi yang sibuk sangat nak berpadu atau bergabung ni UMNO. Bagi pihak PAS tak ada apa-apa reaksi nampaknya, kerana PAS mengikut keputusan muktamar-muktamar yang telah lepas iaitu TIADA penggabungan atau perpaduan denganUMNO akan diwujudkan. Ini telah dipersetujui dari peringkat pemimpin atasan hinggalah kepada ahli bawahan PAS. Sibuknya UMNO nak bergabung dengan PAS ini sehingga keluar dalam Berita Harian artikel bertajuk “Roh Perpaduan Melayu” oleh Saudara Mior Kamarul Shahid. Rupa-rupanya ada roh benda yang bernama perpaduan ni ye!

Yang jadi tandatanya sekarang ini sejak bila pula perpaduan ni ada roh. Ada ke jasadnya yang tiba-tiba wujudnya roh ini. Dalam betul pengajiannya, sampai nampak akan dia roh benda yang bernama perpaduan ini. Tok Guru Nik Aziz dah banyak kali bercakap menegaskan bahawa UMNO ni kalau nak bergabung dengan PAS maka WAJIB UMNO tukar dasar partinya daripada sekular kepada Islam. Kalau dasar parti UMNO itu Islam maka baru boleh bergabung dengan PAS. Kalau selagi dasar UMNO sekular dan perjuangan hanya untuk bangsa Melayu maka TAK BOLEH BERGABUNG.

Bukan kah orang UMNO tu Melayu dan PAS juga Melayu? Habis kalau dah sebangsa tak kan tak boleh bergabung??? Memang betul, rata-rata orang UMNO adalah orang Melayu dan orang PAS juga Melayu, walaupun ramai juga orang Cina Islam dan India Islam menjadi ahli PAS. Di Malaysia ni apabila disebut sahaja orang Melayu maka ia adalah Islam! Betul ke? Betul ke orang Melayu ini Islam? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam tidak solat 5 waktu sehari semalam, minum arak, berjudi, berzina, jadi bapa ayam dan macam-macam lagi perkara maksiat yang dilakukan sebagai rutin harian maka inikah orang ISLAM? Kalau orang Melayu yang dikatakan Islam mengamalkan rasuah, kronisma serta menzalimi dan menindas bangsa sendiri dan bangsa-bangsa yang lain, maka inikah orang Islam? Orang Islam ciri-cirinya adalah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam,menjauhkan diri dari perbuatan maksiat serta tidak mengamalkan cara hidup maksiat, rasuah dan sebagainya. Orang Islam juga perwatakannya lemah lembut, merendah diri dan jika menjadi pemimpin adil kepada semua kaum.

Cuba lihat pemerintahan kerajaan PAS di Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Sudah 20 tahun kerajaan PAS di Kelantan di perintah menurut cara Islam dengan temanya “Membangun Bersama Islam”. Kita lihat tiada setitik rasuah pun yang berlaku malah kerajaan PAS Kelantan berlaku adil lagi kepada semua kaum, bangsa dan agama. Berapa kali SPRM cuba nak menyiasat kononnya ada berlaku rasuah dalam Kerajaan PAS di Kelantan tetapi tidak berjaya. Ini barulah “Islam Adil Untuk Semua”.

Balik kepada orang Melayu yang dikatakan Islam tadi maka jika benar orang Melayu ini Islam dimana akad mereka masuk Islam. Jika jual beli ada akad, nikah kahwin ada akad, bayar zakat ada akad, maka di mana akad orang Melayu masuk Islam. Orang Cina atau India masuk Islam ada kadi atau Tok Imam yang mengislamkannya dan mendengar pengucapan 2 kalimah syahadah mereka beserta dengan saksi. Habis orang Melayu beranak je atau terberanak (tak sengaja mendapat anak / zina) terus dikira Islam. Maka benarlah orang Melayu ni islam baka atau keturunan.

Bila disebut baka ni ada banyak jenis baka jugak, iaitu jenis baka yang baik, baka yang tidak baik, baka yang rosak dan baka yang elok. Cuba lihat berapa ramai orang Melayu, muka Melayu bercakap Bahasa Melayu tapi ugama Kristian atau Hindu dan ada sebahagiannya pula tak berugama atau tak percaya pada wujudnya tuhan (Atheis). Di Pulau Bali orang Melayu rata-ratanya beragama Hindu. Jual mee ayam, sate atau bakso pakai songkok dan berkain pelikat lagi tapi ugamanya Hindu. Maka di mana nak diletakkan kedudukan ayat yang mengatakan orang Melayu itu mesti beragama Islam dan orang Islam itu Melayu.

Itu lah sebabnya bila sahaja dikatakan UMNO nak bergabung dengan PAS maka Tok Guru dan kepimpinan PAS peringkat atasan dan bawahan serta ahli-ahli PAS sebulat suara mengatakan tidak boleh selagi UMNO tak ubah dasarnya kepada Islam. Ini jika dikaji dalam maksudnya, sebab kita tidak mahu orang Islam terpalit dengan tohmahan dan fitnah oleh bangsa Melayu sendiri serta bangsa-bangsa yang lain atau oleh penganut-penganut agama yang lain. Kerana seperti tajuk diatas “Orang Melayu Belum Tentu Islam, Dan Orang Islam Tak Semestinya Melayu”. ADA FAHAM???

4 comments:

kalawangi said...

assalamualaikum wrwb...

cubo cipoi risik2 dgn habibullah ali(calon ketua pemuda UMNO jolobu) ttg isu perpaduan melayu nie(isu hampeh!!!)

UMNO PARTI PENJARA said...

Sepatutnya Orang Melayu Orang Islam :-)













'Kejutan Besar' Untuk Generasi Muda Sabah Dan Sarawak:-)
>>>Tolong Klik Di Sini<<< ^_^

lobai said...

assalamualaikum tuan tanah..
ni la yang den tak berapo bekonan ni.. org maso ni tak paham melayu tu apo..
sumo org ingat melayu tu UMNO.. bukan camtu jang.. MELAYU TU MOSTI ISLAM.. ISLAM BOLUM TONTU MELAYU..
cam tu baru boto..
jgn dikiro org melayu yang menolak islam tu.. kalau ikut definasi MELAYU yang sebonar.. MELAYU TU MESTI BERAGAMA ISLAM, DAMN MEGAMALKAN CARA HIDUP ISLAM..
kalau takdo ciri camtu.. walaupun namo eh macam melayu, mak bapak eh melayu.. tapi anak eh tolak hudud ko conto eh.. dio tu bukan melayu lagi dah.. dia tu kono golarkan org asli.. Bezo org asli dgn melayu pasal melayu tu islam.. org asli tu kapir.. tu yo..

cubo baco kek sini
http://lobaipas.blogspot.com/2009/06/asal-usul-melayu.html

http://lobaipas.blogspot.com/2009/06/perlembagaan-negara-melayu-islam-islam.html

bukan den heghan bona dongan perlembagaan negaro tu doh.. tapi NAMO MELAYU tu perlu dijago..
MELAYU BUKAN UMNO, MELAYU ADALAH ORANG ISLAM DI NUSANTARA.

Anonymous said...

Cipoi.. apo lak ekau bungkuih tika bantal tinggalkan jamaah kau. Ckp kok tak soghupo bikin bang? Bolum apo2 dh ninggalkan ghumah bilo tak pueh ati dan tersinggung. Camno nk jadi pemimpin ni... tulang belikek tak kogheh mudah dipeletok.

Bilo jumpo blog ekau ni.. sayu pun ado dan nk muntah pun ado. Ingat balik amanah yg dipogang dan kok akhirat nanti kok buek kojo tak sudah.. nilah akibat ngaji tak abih.