Tuesday, June 26, 2012

Selasa, 26 Jun 2012

SATU LAGI SKANDAL TUAN HAJI LEBAI EXPRESS




TUAN HAJI LEBAI EXPRESS




SKANDAL KONTRAK PEMBINAAN PROJEK TAMBAHAN SISTEM LRT AMPANG MELIBATKAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).

KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.
Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012 


(di copy paste dari blog Tukar Tiub - angahcipoi)

Sunday, June 24, 2012

Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA)

Pusat Tarbiyah Al Amin (PTA) telah di tubuhkan pada 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011 di Kampong Larong, Kuala Klawang. Dalam mesyuarat pertama penubuhannya pada 17 Ramadhan tersebut yang dihadiri oleh seramai 16 orang ahli-ahli PAS MTD Klawang, maka satu persetujuan sebulat suara telah diambil untuk menubuhkan satu Pusat Tarbiyah di Jelebu dengan tujuan untuk menjalankan dakwah dan memberikan tarbiyah yang berterusan kepada ahli-ahli PAS dan orang ramai.


AJK PTA depan dari kiri Pn Nasipah,Hj Zainuddin,En Saiful Bahri,
Hj Jaaman,En Zulkifli,En Jawa & Pn Sappiah. Belakang dari kiri 
En Samsudin,Pn Zainon,Hj Razak & En Omar

Dalam mesyuarat itu juga diputuskan satu bangunan 2 tingkat akan dibina diatas tapak tanah yang diberikan oleh Cikgu Jaaman dan keluarganya di Kampong Larong, Kuala Klawang. Bangunan 2 tingkat yang dicadangkan itu terdiri dari tingkat bawah adalah Surau Al Amin dan tingkat atas pula adalah pejabat, bilik mesyuarat dan bilik serbaguna.

 Ayahanda Hj Jaaman Bin Hj Abu
Pengerusi Pusat Tarbiyah Al Amin


Tiga akaun bank telah dibuka dengan tujuan untuk mengutip derma dan mengumpulkan dana dari ahli-ahli PAS dan juga orang ramai. 2 akaun bank telah dibuka atas nama "BANGUNAN PAS MTD KLAWANG" iaitu akaun di bank :-

1) Public Bank, Kuala Klawang. No Akaun :  4749876500
2) Bank Simpanan Nasional, Cawangan Seremban. No Akaun 05100-41-00019562-2

Satu lagi akaun telah dibuka atas nama "PUSAT TARBIYAH AL AMIN" di Bank Simpanan Nasional Cawangan Seremban. Nombor Akaun : 05100-41-00020895-4 Semua akaun ini dijaga oleh 3 orang pemegang amanah iaitu Hj Jaaman Abu (Pengerusi) , Saudara Zulkifli Zainuddin (Bendahari) dan Saudara Saiful Bahri (Setiausaha). Sehingga kini sejumlah RM 38,000 telah dikumpulkan dan kami masih mengharap lagi derma-derma dari orangramai demi untuk merealisasikan pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin tersebut.

 Tapak PTA dari hadapan


Pihak kami masih memerlukan sumbangan dari orang ramai dan ahli-ahli PAS sehubungan dengan itu kami masih mengharapkan agar orang ramai dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat dapat membantu dengan memasukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun-akaun yang dinyatakan di atas. Sumbangan dari Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. Semoga ALLAH menempatkan Tuan/Puan dalam golongan yang dirahmati NYA.


 Tapak PTA dari belakang
 

Sunday, June 17, 2012

BERSIH 3.0



Gambar di ambil dari atas stesen LRT Masjid Jame' masa
baru sampai - Lautan Manusia.

Pada 28 April 2012 yang lalu saya dan Omar telah menghadiri himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Kami bergerak dari Seremban lebih kurang jam 11 pagi dan sampai di Stesen LRT Masjid Jame' dalam jam 1.30 petang. Sampai di stesen LRT Masjid Jame' orang telah pun ramai dan memenuhi seluruh ruang di situ.Seluruh Jalan Tun Perak telah dipenuhi oleh ribuan manusia. Kami terus ke dalam masjid dan bersolat zohor dahulu.

 Jalan Tun Perak di penuhi oleh lautan manusia peserta Bersih 3.0
 

Berbanding dengan Bersih 2.0 dahulu kali ini orang lebih ramai dan semua orang lebih berterang-terangan memakai baju kuning Bersih 3.0. LRT yang kami naiki dari Bukit Jalil pun di penuhi dengan peserta Bersih 3.0 dan rata-ratanya semua orang memakai baju kuning.

 Bersama Omar di tengah-tengah lautan manusia di luar Masjid Jame'



Yang paling menghairankan saya ialah walaupun jam dah pukul 1.30 tapi aku masih dapat turun di stesen Masjid Jame'. Tak seperti himpunan Bersih 2.0 yang dahulu stesen LRT ini awal2 lagi dah tutup. Saya telah mengikuti himpunan Bersih ini sejak Bersih 1 lagi hinggalah Bersih 3.0 ini. Walaupun dah 3 kali himpunan Bersih diadakan dan 3 kali tuntutan telah dibuat tapi nampaknya kerajaan UMNO/BN ini masih lagi pekak badak dan tidak mempedulikan tuntutan rakyat.

 Bersama Ustaz Nazri (Unit Amal) dan Omar. Masa ni dah jam
5.00 ptg orang dah mula bersurai & bergerak balik.



 
 Bersama peserta Bersih yang lain bergerak kehadapan menuju
Dataran Merdeka sambil melaungkan BERSIH...BERSIH


Kalau kerajaan yang pekak badak dan tidak menghiraukan tuntutan rakyat ini masih di kekalkan juga pada PRU 13 ini maka apalah harapan rakyat untuk mendapat layanan dan pembelaan yang setimpal sebagai seorang rakyat Malaysia. Maka sudah sewajarnyalah seluruh rakyat Malaysia menolak kerajaan UMNO/BN yang ada ini kerana mereka sudah tidak dapat berfungsi dengan betul kerana mereka PEKAK BADAK.





Dah letih lepak kat restoran mamak ni sambil ngeteh & kena aiskrim
 


Hafiz dengan baju Bersih 3.0 beli dengan Azizi. Sedih tak dapat
ikut serta walaupan dah ada baju sebab ada kelas gitar 
pulak tengahari tu.
 

Wednesday, June 6, 2012

Ceramah Maulidur Rasul


PAS Cawangan Bandar Klawang telah mengadakan satu ceramah Maulidur Rasul pada 3 Mac 2012 yang lalu. Penceramah yang di jemput adalah Ustaz Azman Syapawi dan Ustaz Khairil Anwar Wafa (Ketua Pemuda PAS NS). Sambutan dari penduduk setempat sangat menggalakkan.


 Ustaz Azman menyampaikam ceramah beliau



Ustaz Azman Syapawi dalam ceramah beliau menyatakan Islam ini bukanlah hanya sekadar sambutan peringkat tahunan, bulanan atau mingguan sahaja tetapi Islam adalah satu cara hidup sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut beliau lagi PAS memperjuangkan Islam secara keseluruhan dan para ahli PAS mestilah mangamalkan yang maa'ruf dan mencegah kemungkaran.



Ustaz Khairil Anwar Wafa
 

Monday, June 4, 2012

901 Anwar Bebas Tanpa Syarat

Hari tu masa pembebasan DSAI di Mahkamah Jalan Duta sempat jugak aku pergi dengan Omar.Cuma aku lambat update dalam blog ni, SORI LA...Tak ada masa la..sibuk kerja.


Saya & Omar depan bangunan mahkamah




Orang kerajaan pun semua sibuk nak tahu samada DSAI di bebaskan




Jalan sibuk & jem orangramai menuju ke bangunan mahkamah



Sofwan Anang bersama grup mahasiswa

Lawatan Tuan Guru Presiden

  
YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS telah datang melawat Negeri Sembilan pada 19 Februari yang lepas.Tuan Guru telah menyampaikan amanat kepada seluruh pemimpin PAS NS dan juga para petugas pilihanraya PAS NS di Hotel Melang In Kuala Pilah.

 Presiden menyampaikan amanat beliau

Tuan Guru Presiden dalam amanat beliau mahu semua ahli dan pemimpin PAS NS memberikan komitmen yang sepenuhnya pada PRU 13 ini untuk menentukan kemenangan PAS di NS. Menurut Tuan Guru Presiden Pakatan Rakyat amat diperlukan oleh rakyat sekarang ini untuk menjatuhkan kerajaan BN yang zalim dan menindas rakyat.

 Sebahagian ahli PAS yang hadir tekun mendengar amanat Presiden

Tuan Guru Presiden mahu semua ahli PAS mencari dan menambah ilmu agama untuk memantapkan perjuangan.Pejuang Islam mestilah berilmu, tidak meninggalkan solat serta terus dan sentiasa menjadikan solat malam sebagai satu kewajipan untuk diri sendiri, kata beliau.

 Dr Rosli bersama Ayahanda Cikgu Jaaman


 Presiden & pemimpin PAS NS tekun dengar soalan dari wartawan

 Tuan Guru Presiden sempat men TAHNIK seorang bayi