Thursday, March 28, 2013

Malaysia Mundur 2020



Hairan Bin ajaib dalam kesibukan negara kita Malaysia mengejar wawasan 2020, Negara kita bukannya menjadi semakin maju sebaliknya menjadi semakin mundur. Nampaknya usaha Mahathir untuk menjadikan rakyat dan Negara Malaysia ini maju telah  gagal. Sebaliknya Malaysia dan rakyatnya menjadi semakin mundur hasil dari pemikiran Mahathir dan tindakan Najib yang semakin undur ke belakang.

Apa tak mundurnya kalau sebuah Negara yang telah diperintah oleh BN selama 55 tahun dan bercita-cita menjadi Negara maju menjelang 2020 tetapi perkara seperti  menetapkan tarikh dan masa untuk pilihanraya dan pembubaran parlimen pun tak dapat nak dirancang dan diatur dengan awal untuk kebaikan rakyat. Macamana nak dikatakan maju kalau tarikh pilihanraya pun perlu dirahsiakan daripada rakyat jelata. Malu aku dengan orang Pakistan yang walaupun dikatakan Negara miskin dan mundur tapi telah dapat menentukan tarikh pilihanraya mereka lebih awal. Aku terdengar dari siaran berita dicorong radio baru-baru ini bahawa tarikh pilihanraya di Pakistan adalah sekitar bulan Mei tahun ini.

Kemajuan apa yang nak dikejar oleh Malaysia kalau segala perkara dan tindakan pemerintahnya tak dirancang dan dibuat secara  ad-hoc dan menyusahkan rakyat sendiri. Mana tak aku kata menyusahkan rakyat kerana tanpa mengetahui tarikh awal pilihanraya rakyat pun tak dapat nak merancang. Contohnya orang yang nak buat kenduri kahwin. Tanpa mengetahui tarikh pilihanraya mereka terpaksa tetapkan tarikh kenduri mengikut firasat dan telahan mereka sendiri. Bagaimana pula kalau tiba-tiba tarikh yang mereka telah tetapkan itu bertembung dengan tarikh pilihanraya yang tiba-tiba sahaja diumumkan oleh kerajaan gila UMNO/BN ini. Siapa yang nak datang ke kenduri mereka? Bagaimana pula dengan saudara mara yang jauh, boleh ke mereka datang? Saudara mara yang bertugas dalam pilihanraya sebagai petugas SPR ataupun petugas parti dapat ke mereka datang? Atau ada ke masa untuk mereka datang?

Contoh kedua aku nak bawa bagaimana kerajaan Najib ni menyusahkan rakyat adalah bagaimana dengan orang Sabah dan Sarawak yang nak balik mengundi kalau tarikh pilihanraya ditentukan tiba-tiba aje. Baru-baru ini aku dapat bersembang dengan orang Sarawak di LCCT. Dia kata kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih awal senanglah sikit untuk orang Sabah dan Sarawak yang duduk di Semenanjung untuk balik mengundi kerana mereka boleh beli tiket kapal terbang awal-awal lagi dan harganya jauh lebih murah daripada harga tiket kapal terbang yang dibeli secara tiba-tiba. Dia semasa pilihanraya 2008 tak dapat balik Sarawak katanya lagi kerana tiket kapal terbang dah habis. Lagipun katanya kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih awal senanglah mereka untuk merancang mengambil cuti jadi dapatlah balik lama sikit, sambil tu dapat melawat kaum keluarga di kampong.

Kerajaan UMNO/BN ni tak payahlah nak cakap pasal transformasi dan wawasan 2020 kalau tarikh piliharaya pun tak dapat nak ditetapkan awal-awal. Perkara yang sangat mudah seperti penetapan tarikh pilihanraya ini pun tak dapat dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN yang sudah memerintah selama 55 tahun Malaysia ini maka bagaimana pula kita rakyat nak letakkan harapan kepada mereka untuk memerintah Negara lagi. Untuk jadi sebuah Negara maju semua perlu perancangan masa depan tapi kalau dah tarikh pilihanraya pun tak dapat ditentukan maka nak maju camno? Kerajaan UMNO/BN kata nak menyenangkan dan memberi keselesaan pada rakyat tapi kok tak dapat nak tetapkan tarikh pilihanraya bukankah itu menyusahkan rakyat. Kesenangan yang dikata oleh Najib untuk rakyat hanya di gigi dan mulutnya sahaja tapi realitinya TIADA!!! Nampaknya yang senang dengan perkara ini adalah  NAJIB SENDIRI…..

Barua Dan Jentera Daulah



BARUA DAN JENTERA DAULAH

Saya wajib menerangkan   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut Parlimen SPR ialah satu lembaga  bebas dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku.  SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya  bertugas untuk  menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak berlaku. Polis  kita hari ini telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation.
 
Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman -  mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman ini wajib bergerak bebas  berasaskan  Perlembagaan dan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah  untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi hakikatnya hari ini lembaga kehakiman  juga telah menjadi barua kepada United Malaya National Organisation.
Apa itu barua? Barua ini adalah satu konsep yang memiliki pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau kumpulan orang.  Barua lebih  rendah tahapnya dari   seorang perkerja yang membuat kerja  untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak memiliki nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh  barua ialah kebijaksaan Sang Barua  membodek.
Saya  wajib juga menerangkan apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah.  Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami dengan jelas apa itu barua.  Dan bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah. Daulah ialah perkataan  Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah ‘state’   atau negara. Negara  yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia tetapi  struktur, simbol dan lembaga-lembaga yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.
Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera  adalah lembaga yang bergerak sebagai jentera-jentera daulah.  Lembaga dan jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera ini Malaysia tidak akan wujud. 
Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang ramai – kepentingan  awam  - didahulukan dari kepentingan individu. State atau daulah wajib  menjalankan  dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan  individu atau satu kumpulan kecil. Ini falsafah daulah  yang tidak berganjak sama ada di Timur, di Barat,  Utara atau Selatan.
Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang sepatutnya  menjalankan tugas untuk menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan  oleh individu-individu. Individu yang mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap, berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan  orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.

Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah dan jentera  daulah ini dapat dijadikan barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan.  Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty  teknik untuk melahirkan barua ini telah menjadi satu seni. 
Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki masalah.  Megat Joned yang terlibat dalam kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia.  Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan Mahathir adalah sosok yang bermasalah.  Sosok yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi setia Sang Barua ini.
Teknik yang sama juga telah menobatkan lembaga kehakiman  sebagai barua kepada United Malays National Organisation. Awalan   sejarah lembaga kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan berwibawa. Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru,  muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul  V.K Lingam. Teknik ini diteruskan oleh Najib untuk melahirklan watak paling baru  bernama Tan Sri  Cecil Abraham. Lagi banyak ‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk dilantik untuk menjadi barua.
Adalah  rahsia umum bahawa  ada diantara hakim-hakim ini ‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay  Ayam, oleh Towkay lendir,  oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah. Perangai suka ‘ berdangdut’  ini telah menjalar dari mahkamah rendah hingga  ke mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah. Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.
Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan. Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’.  Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto – sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty. 
Saya menulis tentang SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana  semakin dekat PRU13 – semakin jelas  dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan   ketahap gaban. Laporan kepada pihak polis tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays National Organisation telah tidak  dipedulikan. Serangan demi  serangan  menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah dibakul sampahkan. 
Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak terhadap Tian Chua,  meyerbu pejabat Suara Keadilan, menangkap  Mat Sabu atau Ci Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah barua United Malays National Organisation. Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai melihat bagaimana  mahkamah telah dijadikan barua.  Saya bukan bercakap kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah mengatakan bahawa mereka  membuat kerja bunuh kerana makan upah. 
Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda  dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7 Pelajar Berdemo dan Kes  4 Siswa UKM –  bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja  barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti yang langsing dan ramping.
Akhirnya kita sampai ke pada SPR.  Lembaga ini adalah barua totok yang akan menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang dalam PRU13.  Sebagai bukti - semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara  mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar,  Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk.  Bila dilaporkan -  SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.
Di Pandamaran lebih 3 ribu pengundi  telah kehilangan nama mereka dalam daftar mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah ditemui. Kes kehilangan nama pengundi dan  pengundi yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.   Mahkamah telah  menolak permohonan YB Charles Santiago  untuk semakan daftar pengundi walaupun dibekalkan bukti  yang jelas. Justeru , daftar ‘penuh penipuan’ ini akan  digunakan dalam PRU13.
Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya  telah dan sedang   dijadikan barua oleh United Malays National Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang berkerjasama.   Sebagai barua yang setia kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk memastikan Pakatan Rakyat kalah  dalam PRU13 ini.
Lembaga-lembaga daulah ini sedang  menjadi benteng dan tembok untuk mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak rakyat. Sosok-sosok yang mengendalikan SPR  – Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi  Pakatan Rakyat.  Ketua Hakim Negara  dan kuncu-kucunya tahu bahawa tarikh lupus kuasa telah lama sampai.  Malah Pegawai Polis yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan dihumbankan oleh rakyat.
Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar  apa akan terjadi kepada  mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh  Hitam dan Musa Hasan.
Tetapi masih ada satu kumpulan kecil  yang masih  berdegil.  Sang Barua ini  cuba mengviagrakan  United Malays National Organisation yang semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari  Lebai Google  satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari Saigon ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)


ANAK MUDA
BERSEDIA!
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini  sila pukul talipon:
03-92-21-40-45 

GAMBAR KLASIK

30 APRIL 1975

BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA 
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA


----------- 10 ulasan

Treler Negara Berkebajikan PAS di Klawang

Pada 30 Mac 2013 (Sabtu) ini Treler Negara Berkebajikan PAS akan datang ke Pekan Kuala Klawang di Jelebu untuk satu program pemimpin bersama rakyat. Berikut adalah ketetapan program :-

Tarikh  :  30 Mac 2013

Masa   :  12.30 pm - 1.30 pm

Tempat   :  Stesen Bas Kuala Klawang

Leman Raja Lawak juga akan bersama dalam program Jelejah Treler Negara Berkebajikan ini. Orang ramai semua dijemput hadir untuk sama-sama meraikan program ini.

SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
Setiausaha
Jabatan Pilihanraya DUN Klawang

Friday, March 15, 2013

Kenyataan Media Pakatan Rakyat


MEDIA RELEASE
MARCH 4, 2013
THE FEDERAL GOVERNMENT SHOULD NOW PRIORITISE ON GUARANTEEING OUR TERRITORIAL INTEGRITY AND SECURITY

Any leader of any country must defend his nation’s sovereignty and the security of his people.

Failing to do so is a grave betrayal of the people’s trust in its government. Therefore, Pakatan Rakyat urges the present national leadership to do that which is required of them, to defend our land and never to compromise the safety of each and every Malaysian, and the test of those principles is ongoing in and around Sabah’s Lahad Datu and Semporna with the escalating violence brought by armed foreigners.

In Lahad Datu two of members of our security forces have lost their lives, while the latest acts in Semporna have claimed six of our men in uniform. We express our sincere condolences to these men’s families and may God bless them for they have given the highest sacrifice for a grateful nation.

Pakatan Rakyat calls on all Malaysians to show unreserved support to our security forces, both the police and military. And pray that they remain safe while defending our nation and its people from harm.

Pakatan realises the recent incidents in Sabah raise concern and fear, but we urge the public to remain calm and not to act rashly and hurt their fellow countrymen.

The coalition takes this opportunity to restate its confidence in the capacity and capability of our security forces to protect our country’s sovereignty.

We are disappointed with the weak leadership show by the federal government whose responsibility is to keep Malaysia’s security intact.

While we are convinced that national security transcends political divides and all citizens must support the security forces’ efforts, it does not abrogate the federal leadership for its lax treatment of the whole affair.
This leadership has failed to pass accurate information quickly so that the public is aware of what is happening, an error which has caused rumour-mongering to be rife.
 
We understand that the government is investigating the leader of opposition to over the armed intrusions in Sabah. We would like to state categorically that Dato’ Seri Anwar Ibrahim is in no way involved with the escalation of violence in Sabah nor the cause of it.
The Sabah intrusion is now into its fourth week (Day 23) — fourth day of hostilities — and the federal leadership appears not to have a clear plan to overcome the violation of our sovereign territory, or to stop any further intrusions. Instead Putrajaya is irresponsibly trying to avert the eyes of the people from its own role.

It is time the federal government realises its jobs is to defend and protect Malaysia, its people and the warriors on the frontline.

Pakatan urges for an immediate meeting between the leadership of our coalition and the prime minister, home minister and defence minister, followed by a special sitting of Parliament to discuss the intrusion.

We strongly demand Putrajaya stops finger-pointing at others especially Pakatan Rakyat and never to betray the trust of the Malaysian people.
 
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM                
Leader of the Opposition 
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
PAS President

LIM KIT SIANG
DAP Adviser


To unsubscribe click here
--------


KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP
This message sent to angahcipoi@yahoo.com by info@anwaribrahim.com
Office of Anwar Ibrahim
Merchants Square
Petaling Jaya, Selangor 47401

You opted in to this list from: (More info)
Unsubscribe | Manage Your Subscription | Forward to a Friend

Sunday, March 3, 2013

PTA Dah 95% Siap




Hari Khamis 28 Februari yang lepas saya balik Kg Larong untuk melihat perkembangan pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin. Saya dapati hampir 95% pembinaannya telah siap. Tiles (jubin) pun telah siap dipasang di dalam surau, bilik air dan di kaki lima. Tingkap-tingkap semua sudah di pasang. Tetapi masih ada beberapa bahgian yang belum di siapkan atau di pasang antaranya :-
  1. Pintu – pintu hadapan ,sisi dan bilik2 air.
  2. Siling – siling tingkat atas belum dipasang.
  3. Railing tangga – atau besi untuk jadi pemegang atau penghadang tangga
  4. Bumbung bilik air dan tandas – menurut Abg Zul, dia dan Cikgu Jaaman bercadang untuk pasang awning sahaja sebagai atap bilik air.
  5. Pagar – pasang keliling kawasan PTA


Pemasangan paip air dan juga pendawaian elektrik untuk bangunan PTA telah disiapkan. Permohonan dengan TNB dan juga pihak SAINS untuk air juga telah di masukkan. Menurut Cikgu Jaaman air telah dimasukkan dan sekarang cuma menunggu TNB memasukkan elektrik sahaja. Insyallah dalam masa terdekat ini semua perkara ini diharap dapat diselesaikan, ulas Cikgu Jaaman lagi.
 
 
 
Selain daripada itu menurut Abg Zul (bendahari), PTA masih berhutang sebanyak RM 6,000 dengan kedai Hardware Ban Soon dan juga RM 1,000 dengan kedai Hardware Robert. Sehubungan dengan itu Cikgu Jaaman merayu kepada penderma-penderma yang budiman untuk menderma sejumlah dana lagi untuk menyiapkan sepenuhnya pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin ini. Segala bantuan derma boleh di masukkan ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank, Nombor akaun : 5550 6911 3244 Segala bantuan derma di ucapkan Jazakallahu Khairan Khathira dan semoga ALLAH SWT memberkati dan merahmati Tuan/Puan semua.
 
 
Gambar pada 28/2 tangga dah siap tinggal besi pengadangnya nya aje yang tiada
dan tingkap juga dah pasang
Bahagian dalam tiles dah siap, lampu dan kipas juga sudah di pasang
Bahagian dalam pintu besar belum ada