Tuesday, April 18, 2017

PENDEDAHAN RAFIZI - KASI BUNGKEH

~WALAU PUN DINAFIKAN OLEH PUAK2 umnoHARAMJADAH..SEKURANG2NYA RAKYAT TAHU ISU PENYELEWENGAN WANG 1MDB ADALAH BENAR,TIADA YG TIDAK BENAR MELAINKAN BENAR BELAKA~
17 Individu Terima Dana Berkaitan SRC Bakal Didedah Rafizi
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan siapa 17 individu yang didakwa menerima dana berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Katanya, dakwaannya itu berdasarkan dokumen yang dipaparkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika beliau ‘membersihkan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.
Berhubung dengan dana SRC International, Mohamed Apandi telah pun membersihkan Najib atas alasan bahawa perdana menteri tidak mempunyai pengetahuan bahawa dana itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Menurut peguam negara, tidak ada bukti yang menunjukkan yang Najib memberikan sebarang kelulusan mengarahkan pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadinya.
Berdasarkan carta aliran dana yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media, sekurang-kurangnya RM32 juta dana daripada SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.
Carta itu turut menunjukkan bahawa RM23,520,010 diagihkan kepada 17 penerima.
Najib telah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Rafizi berkata beliau akan memberi tumpuan bagi mendapatkan jawapan berhubung perkara ini.
“Saya akan memberi tumpuan dalam masa seminggu dua ini untuk mendapatkan jawapan dari Najib dan pihak berkuasa berkenaan pemindahan-pemindahan wang ini.
“Oleh itu, saya akan membuat beberapa pendedahan bersiri mengenai skandal ini dan diakhiri dengan satu laporan polis baru terhadap Najib dalam tempoh seminggu dari sekarang agar siasatan dibuka kembali terhadap penglibatannya,” kata Rafizi.

No comments: