Wednesday, May 29, 2019

SYAZLIN BEKERJA UNTUK SIAPA ? 

Oleh Ipoh Mali


Dalam banyak-banyak versi cerita kes kematian Adib, tulisan Ipohmali @ Ahmad Muslim Badawi Badawi paling jelas dan paling telus dalam menerangkan jalan sejarah kematian yang menyedihkan seluruh negara itu.... dan dalam isu ini, penjelasan Ipohmali bagi saya adalah yang terbaik dan paling boleh dipakai.

Begini ceritanya.......

Baca Berita Awani tentang Kes Adib, Nampaknya hampir tepat apa yang aku jangkakan dalam tulisan aku semalam.. tujuan Peguam Syazlin Mansor menarik diri dari Inkues hanya ingin menimbulkan keraguan awam tentang perjalanan dan keadilan dalam Inkues Adib ini..

Betul tak apa yang aku tulis pasal Syazlin Mansor sebelum ini.. Aku dah kata, Tindakan dia cukup pelik dan mencurigakan.. Mengapa perlu mengelabah? Mengapa Syazlin Mansor tarik diri?

Dia sebenarnya masih boleh mewakili Keluarga Adib (Kononnya tanpa Bayaran).. dia hanya diminta berundur dan tidak mewakili KPKT atas sebab "Conflict Of Interest ", Sebab dia isteri kepada Pegawai khas Zuraidah yang juga Menteri KPKT.. Dia masih boleh duduk dalam Mahkamah(Inkues), masih boleh Panggil Dr dan saksi Upahan dia si Dr Shahrom Abdul Wahid..

dan hari ini kita boleh nampak , sudah timbul timbul teori Konspirasi.., malah Najib dalam page dia semalam hampir 2 kali post pasal kes Adib ini.. dan Blogger yang dikenali upahan Najib pun pantas untuk komen untuk timbulkan Keraguan Inkues Adib ini, sudah pasti mereka mahu semarakkan sentimen kaum dan Agama...Nampak seperti ianya terancang, Sehebat Rencana Serangan Kuil yang masih misteri.. aku agak lah..

Apakah Syazlin Mansor ini menjadi alat anasir luar yang masuk keadalam Inkues ? Ok Malam ni aku nak ulang balik, Apa yang aku tulis pasal Syazlin Mansor ni..Dia cukup mencurigakan.. Jika Peguam Negara kata ada tindakan luar normal.. Apa Tindakan Pelik Syazlin Mansor yang aku tulis sebelum ini..

1- Dia antara nama yang dikaitkan dalam Laporan Polis Saksi ke 24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL, dalam laporan Polis, Dia dikaitkan cubaan memaksa mengugut dan memujuk saksi, Dr Pakar dari HKL saksi ke 24 mengubah keterangan yang selari dengan teori Dr Shahrom, Saksi upahan dia yang Adib itu dipukul..

2- Sebelum ini, aku tertanya tanya, Jika benar dia dikaitkan dalam report Dr Hafizam, Kenapa Syazlin mansor begitu berkuasa dan berani mengugut saksi.. ? besar sangatkah dia dalam Kerajaan hari ini..? hari ini teka teki itu terjawab, Bila dalam laporan malaysiakini dia ada hubungan dengan pegawai KPKT dan Suaminya adalah isteri kepada Setiausaha Akhbar Zuraidah Menteri KPKT, Apakah Zuraidah tahu atau buat buat tak tahu ?

Memang tepat tindakan Peguam Negara meminta dia tidak mewakili KPKT, nanti timbul persoalan bila hasil Inkues ini dipertikai, ia akan memberi gambaran Konflik dan kepentingan, sebabnya dia yang mewakili KPKT tetapi ada kaitan dengan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Bomba..

3- Tindakan Pelik Syazlin, Mengapa dia bersungguh sungguh mencari saksi baru untuk gambarkan Adib dipukul ? Sedangkan Konsisten hampir semua Doktor yang beri keterangan dalam Inkues, Kecederaan dalaman Adib itu menyerupai kecederaan dari kesan "Kemalangan" Impak jatuh dari tempat Tinggi.. ia menjadi punca kematian, Tidak ada kecederaan yang jelas yang Adib dipukul..

4- Semua Doktor ini terlibat dalam rawatan dan Bedah Siasat Adib dipanggil beri keterangan, dari Doktor yang memberikan rawatan Awal di Subang Medical Hospital, Doktor di IJN, Pakar Bedah Siasat dan Forensik HKL, semuanya dipanggil memberikan keterangan....

Pelik bila peguam yang wakili kerajaan tidak yakin dengan Saksi yang terlibat, tetapi ambil keterangan Dr Shahrom yang dibawa khas pada akhir Inkues untuk timbulkan Keraguan.. Syazlin Mansor sebenarnya kerja untuk Siapa? Sedangkan Dr Shahrom tidak terlibat dalam bedah siasat, rawatan adib sama sekali, dia hanya berhujjah dari dokumen laporan perubatan dan video lakonan semula Anggota Bomba..

Dr Shahrom dalam keterangan dia, memberikan pelbagai teori teori mengarut mengaitkan Adib diheret dan dipukul, kononnya dari hentakan perusuh boleh meninggalkan kecederaan yang dalam kepada Adib,

Sedangkan Teori Adib Ditarik ini tidak berani disahkan hatta oleh Saksi Bomba sendiri, Pemandu EMRS iaitu Ahmad Shahrill Othman..Pelik kan Pemandu EMRS pun tidak sedar Adib ditarik tetapi saksi yang diupah Syazlin Mansor kata Adib ditarik.

5- Lagi pelik Tindakan Syazlin Mansor ini , Ketika Keterangan Dr Shahrom dalam Inkues, Syazlin Mansor membantah kehadiran Dr Ahmad Hafizam Hasmi , doktor Pakar HKL bagi mengikuti Inkues.. Mengapa Dia begitu takut dengan Doktor Pakar HKL ?

6- Setelah keterangan Dr Shahrom selesai, Pengendali Inkues meminta dipanggil semula, saksi ke 24 iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL, Kenapa Syazlin Mansor begitu pelik, Dia membantah tindakan memanggil semula Pakar HKL ?

7- Setelah dibantah, bantahan itu diterima Koroner, dan akhirnya Pengendali Inkues merayu di Mahkamah Tinggi, Dan Rayuan memanggil semula Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL dibenarkan..

Setelah rayuan Dibenarkan,bila Inkues Hampir bermula, Dia merayu ke Mahkamah untuk menolak keterangan Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL bagi membalas Hujjah Dr Shahrom saksi yang diupah Syazlin Mansor.. Pelik kan, dia bersungguh Sungguh membantah.. Sedangkan jika dia dipihak yang benar, tidak apa yang dia harus takutkan..

8- Dalam Perbicaraan terakhir Inkues melibatkan saksi Dr Pakar HKL, Syazlin Mansor sekali lagi cuba memperlekehkan, mencetuskan teori lain bagi menjejaskan reputasi saksi dan Doktor pakar HKL, Pelik tak, dia mewakili Kerajaan.. tetapi dia mempertikaikan Saksi dari hospital Kerajaan.. ? Sebenarnya Syazlin Mansor ini bekerja untuk Siapa ?

9- Dan akhirnya, Semalam Dia menarik diri dari Inkues Adib, Mengapa dia menarik diri.. ? kalau Benar benar mencari kebenaran.. tak perlu bayaran dan Upah kononnya.. Dia boleh terus mewakili Keluarga Adib,

Dia masih boleh Memanggil Semula saksi ke 29 Dr Shahrom untuk menyambung teori dan cerita Dongengnya seperti yang dikehendaki Syazlin Mansor.. Malah Koroner sudah pun membenarkan saksi itu dipanggil Semula..

10 -Apakah Tindakan Syazlin Mansor menarik diri dari keseluruhan Inkues sengaja cuba menimbulkan sentimen dan persepsi yang Inkues ini tidak adil ? Sedangkan Inkues tidak pernah menghalang dari mana mana saksi dipanggil, dan mana mana Saksi dicabar keterangan dan buktinya.. walhal Inkues hanya tinggal 2 hari berbaki.. mengapa dia menarik diri ?

11- Apakah Syazlin Mansor sebenarnya tahu, Teori teori dongeng dia bersama saksi upahannya Dr Shahrom itu sudah berjaya disangkal, dan dibalas dengan baik oleh Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL.. ?

12- Dalam semua tindakan pelik Syazlin mansor ini, Bermain di fikiran aku sekian lama,Begitu mudah Syazlin mansor menyusup masuk kedalam Inkues, mewakili KPKT biarpun ia ada kaitan dengan orang kanan Menteri.. apa misteri disebalik semua ini ?

Misterinya tindakan Syazlin mansor ini sama misterinya dengan tandatanya siapakah dalang disebalik serangan kuil yang sehingga hari ini masih tidak terjawab....ini yang menimbulkan tanda tanya Dalam tulisan tulisan aku sebelum ini.. Sebenarnya, Syazlin Mansor ini bekerja untuk Siapa ?

Ipohmali

No comments: