Thursday, March 16, 2017
Wednesday, March 1, 2017
Lamo Ku Tinggalkan
Lamo aku tinggalkan Blog aku ni.
Lamo juga aku tak menulis.
Lamo jugak dah Aku tinggal kan PAS
Lamo kerana Aku Orang Lamo
Ustaz Suhaimi sound aku itu hari suruh menulis balik
Aku rasa malas, tapi aku terkenang jugo
Maka aku nak balik semula menulis...
issyyy payah jugak nih
Hari ini entah macam mana rindu aku kat Blog lama aku ni meruap-ruap
Puas aku cari password nyer semula
Maklum lama tak buko...hahaha
Akhir nyer
Tapi kini aku nak mulakan Blog aku dengan coretan Amanah
PAS telah ku tinggalkan menjadi Sejarah.
Kini perjuangan ku bersama Parti AMANAH Negara.
Seperti biasa masih di Jelebu
Setakat tu hari ini
Dah lamo ni gear payah nak masuk
Nanti aku tukar minyak & gris kan semulo
Insha ALLAH lancar lah deh...
Lamo juga aku tak menulis.
Lamo jugak dah Aku tinggal kan PAS
Lamo kerana Aku Orang Lamo
Ustaz Suhaimi sound aku itu hari suruh menulis balik
Aku rasa malas, tapi aku terkenang jugo
Maka aku nak balik semula menulis...
issyyy payah jugak nih
Hari ini entah macam mana rindu aku kat Blog lama aku ni meruap-ruap
Puas aku cari password nyer semula
Maklum lama tak buko...hahaha
Akhir nyer
Tapi kini aku nak mulakan Blog aku dengan coretan Amanah
PAS telah ku tinggalkan menjadi Sejarah.
Kini perjuangan ku bersama Parti AMANAH Negara.
Seperti biasa masih di Jelebu
Setakat tu hari ini
Dah lamo ni gear payah nak masuk
Nanti aku tukar minyak & gris kan semulo
Insha ALLAH lancar lah deh...
Thursday, March 28, 2013
Malaysia Mundur 2020
Hairan Bin ajaib dalam
kesibukan negara kita Malaysia mengejar wawasan 2020, Negara kita bukannya menjadi
semakin maju sebaliknya menjadi semakin mundur. Nampaknya usaha Mahathir untuk
menjadikan rakyat dan Negara Malaysia ini maju telah gagal. Sebaliknya Malaysia dan rakyatnya
menjadi semakin mundur hasil dari pemikiran Mahathir dan tindakan Najib yang
semakin undur ke belakang.
Apa tak mundurnya kalau
sebuah Negara yang telah diperintah oleh BN selama 55 tahun dan bercita-cita
menjadi Negara maju menjelang 2020 tetapi perkara seperti menetapkan tarikh dan masa untuk pilihanraya
dan pembubaran parlimen pun tak dapat nak dirancang dan diatur dengan awal
untuk kebaikan rakyat. Macamana nak dikatakan maju kalau tarikh pilihanraya pun
perlu dirahsiakan daripada rakyat jelata. Malu aku dengan orang Pakistan yang
walaupun dikatakan Negara miskin dan mundur tapi telah dapat menentukan tarikh
pilihanraya mereka lebih awal. Aku terdengar dari siaran berita dicorong radio
baru-baru ini bahawa tarikh pilihanraya di Pakistan adalah sekitar bulan Mei
tahun ini.
Kemajuan apa yang nak
dikejar oleh Malaysia kalau segala perkara dan tindakan pemerintahnya tak
dirancang dan dibuat secara ad-hoc dan
menyusahkan rakyat sendiri. Mana tak aku kata menyusahkan rakyat kerana tanpa
mengetahui tarikh awal pilihanraya rakyat pun tak dapat nak merancang.
Contohnya orang yang nak buat kenduri kahwin. Tanpa mengetahui tarikh
pilihanraya mereka terpaksa tetapkan tarikh kenduri mengikut firasat dan
telahan mereka sendiri. Bagaimana pula kalau tiba-tiba tarikh yang mereka telah
tetapkan itu bertembung dengan tarikh pilihanraya yang tiba-tiba sahaja
diumumkan oleh kerajaan gila UMNO/BN ini. Siapa yang nak datang ke kenduri
mereka? Bagaimana pula dengan saudara mara yang jauh, boleh ke mereka datang?
Saudara mara yang bertugas dalam pilihanraya sebagai petugas SPR ataupun
petugas parti dapat ke mereka datang? Atau ada ke masa untuk mereka datang?
Contoh kedua aku nak bawa
bagaimana kerajaan Najib ni menyusahkan rakyat adalah bagaimana dengan orang
Sabah dan Sarawak yang nak balik mengundi kalau tarikh pilihanraya ditentukan
tiba-tiba aje. Baru-baru ini aku dapat bersembang dengan orang Sarawak di LCCT.
Dia kata kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih awal senanglah sikit untuk
orang Sabah dan Sarawak yang duduk di Semenanjung untuk balik mengundi kerana
mereka boleh beli tiket kapal terbang awal-awal lagi dan harganya jauh lebih
murah daripada harga tiket kapal terbang yang dibeli secara tiba-tiba. Dia semasa
pilihanraya 2008 tak dapat balik Sarawak katanya lagi kerana tiket kapal
terbang dah habis. Lagipun katanya kalau dapat tahu tarikh pilihanraya lebih
awal senanglah mereka untuk merancang mengambil cuti jadi dapatlah balik lama
sikit, sambil tu dapat melawat kaum keluarga di kampong.
Kerajaan UMNO/BN ni tak
payahlah nak cakap pasal transformasi dan wawasan 2020 kalau tarikh piliharaya
pun tak dapat nak ditetapkan awal-awal. Perkara yang sangat mudah seperti
penetapan tarikh pilihanraya ini pun tak dapat dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN
yang sudah memerintah selama 55 tahun Malaysia ini maka bagaimana pula kita rakyat
nak letakkan harapan kepada mereka untuk memerintah Negara lagi. Untuk jadi
sebuah Negara maju semua perlu perancangan masa depan tapi kalau dah tarikh
pilihanraya pun tak dapat ditentukan maka nak maju camno? Kerajaan UMNO/BN kata
nak menyenangkan dan memberi keselesaan pada rakyat tapi kok tak dapat nak tetapkan
tarikh pilihanraya bukankah itu menyusahkan rakyat. Kesenangan yang dikata oleh
Najib untuk rakyat hanya di gigi dan mulutnya sahaja tapi realitinya TIADA!!!
Nampaknya yang senang dengan perkara ini adalah
NAJIB SENDIRI…..
Barua Dan Jentera Daulah
BARUA DAN JENTERA DAULAH
Saya wajib menerangkan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sebagai jentera daulah. Ini kerana lembaga ini sedang
memainkan peranan yang amat penting untuk masa depan kita semua. SPR diwujudkan
oleh Parlimen. Dari segi perlembagaan SPR seharusnya tunduk kepada parlimen. Mengikut
Parlimen SPR ialah satu lembaga bebas
dari kuasa eksekutif. Tetapi ini tidak berlaku. SPR hari ini telah menjadi barua paling setia kepada
United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan kepada orang ramai tentang apa
itu lembaga kepolisan - PDRM. Lembaga ini seharusnya bertugas untuk menjaga keamanan orang ramai. Tetapi ini tidak
berlaku. Polis kita hari ini telah menjadi
barua kepada United Malays National Organisation.
Saya juga wajib menerangkan tentang lembaga kehakiman - mahkamah dan Peguam Negara. Lembaga kehakiman
ini wajib bergerak bebas berasaskan Perlembagaan dan undang-undang yang telah
diluluskan oleh Parlimen. Tugas lembaga ini ialah untuk menjamin kepentingan orang ramai. Tetapi
hakikatnya hari ini lembaga kehakiman juga telah menjadi barua kepada United Malaya
National Organisation.
Apa itu barua?
Barua ini adalah satu konsep yang memiliki
pelbagai makna. Secara jenerik barua ialah orang persaorangan atau
kumpulan orang. Barua lebih rendah tahapnya dari seorang perkerja
yang membuat kerja untuk mendapat upah. Barua ini lebih rendah
tahapnya dari macai, ghurka atau hamba. Ini kerana barua ini tidak
memiliki
nilai dan harga diri. Ciri-ciri yang amat menonjol yang dimiliki oleh
barua ialah kebijaksaan Sang Barua membodek.
Saya wajib juga menerangkan
apa itu daulah. Dan apa itu lembaga daulah.
Jika kita memahami daulah dan lembaga daulah maka kita akan memahami
dengan jelas apa itu barua. Dan
bagaimana barua muncul dan bergerak dalam daulah. Daulah ialah perkataan
Arab yang telah diMelayukan. Dalam bahasa Inggeris daulah ialah
‘state’ atau negara. Negara yang dimaksudkan disini bukan Negara Malaysia
tetapi struktur, simbol dan lembaga-lembaga
yang mewujudkan kelahiran sesebuah negara.
Negara wujud dengan adanya jentera negara atau jentera
daulah. Parlimen, Polis, Mahkamah, SPR, Badan Kehakiman atau Tentera adalah lembaga yang bergerak sebagai
jentera-jentera daulah. Lembaga dan
jentera-jentera inilah yang mewujudkan negara Malaysia. Tanpa jentera-jentera
ini Malaysia tidak akan wujud.
Parlimen adalah badan yang mewujudkan jentera atau lembaga
ini. Tujuan mewujudkan lembaga daulah ialah untuk memastikan kepentingan orang
ramai – kepentingan awam - didahulukan dari kepentingan individu. State
atau daulah wajib menjalankan dasar untuk kepentingan umum bukan kepentingan
individu atau satu kumpulan kecil. Ini
falsafah daulah yang tidak berganjak
sama ada di Timur, di Barat, Utara atau
Selatan.
Hari ini di Malaysia semua jentera daulah yang
sepatutnya menjalankan tugas untuk
menjaga kepentingan orang ramai telah menjadi barua kepada United Malays
National Organisation. Lembaga-lembaga ini dikendalikan oleh individu-individu. Individu yang
mengendalikan lembaga-lembaga ini seharusnya sosok-sosok yang berwibawa, cekap,
berilmu dan memiliki ketrampilan moral. Ini kerana sosok-sosok ini menjalankan
kewajiban yang maha berat untuk memastikan kepentingan orang ramai didahulukan. Ini tidak berlaku.
Orang ramai akan bertanya bagaimana lembaga-lembaga daulah
dan jentera daulah ini dapat dijadikan
barua oleh United Malays National Organisation. Bukankah semua ini wajib dipantau
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara?
Sebenarnya menjadikan lembaga-lembaga ini sebagai barua bukan
satu yang susah. Ini amat senang untuk difahami dan senang dilakukan. Dalam zaman Mahathir Anak Lelaki Iskandar
Kutty teknik untuk melahirkan barua ini
telah menjadi satu seni.
Mahathir cukup senang dengan sesiapa sahaja yang memiliki
masalah. Megat Joned yang terlibat dalam
kes bunuh ‘pemilik kedai video’ terus menjadi barua Mahathir yang setia. Rahim Tambi Chik dengan kes rogol juga
menjadi barua yang setia. Kuncinya ialah semua Sang Barua yang bekerja dengan
Mahathir adalah sosok yang bermasalah. Sosok
yang mengamalkan rasuah. Sosok yang berhutang. Lagi banyak beban dipikul lagi
setia Sang Barua ini.
Teknik yang sama
juga telah menobatkan lembaga kehakiman sebagai barua kepada United
Malays National
Organisation. Awalan sejarah lembaga
kehakiman Malaysia ini amat dihormati kerana lembaga ini bebas dan
berwibawa.
Tetapi Anak Lelaki Iskandar Kutty telah mengubah semua ini. Justeru,
muncul watak yang bernama Yussof Chin. Muncul V.K Lingam. Teknik ini
diteruskan oleh Najib
untuk melahirklan watak paling baru bernama
Tan Sri Cecil Abraham. Lagi banyak
‘rahsia gelap’ yang dimiliki oleh sosok-sosok ini lagi layak untuk
dilantik
untuk menjadi barua.
Adalah rahsia umum
bahawa ada diantara hakim-hakim ini
‘boleh didangdut’ . Mereka ‘ di dangdut’ oleh Towkay Ayam, oleh Towkay lendir, oleh Towkay Judi atau oleh Towkay Dadah.
Perangai suka ‘ berdangdut’ ini telah
menjalar dari mahkamah rendah hingga ke
mahkamah tinggi. Apakah ini tidak diketahui oleh Peguam Negara? Kah kah kah.
Peguam Negara juga ialah kaki dang dut paling ‘top’.
Pekara yang sama juga berlaku kepada lembaga kepolisan.
Lembaga ini bukan hanya suka ‘berdangdut’ malah banyak pegawai lembaga ini
telah menjadi pemilik ‘kelab dang dut’.
Polis di Malaysia yang pada satu ketika dahulu amat dihormati dengan moto
– sedia berkhidmat – kini telah berjaya dijadikan Sang Barua oleh Anak Lelaki
Iskandar Kutty.
Saya menulis tentang
SPR, Polis dan Kehakiman ini kerana semakin dekat PRU13 – semakin
jelas dilihat kebaruaan lembaga-lembaga ini. Saya
perhatikan dengan rapi bagaimana pihak polis telah dibaruakan ketahap
gaban. Laporan kepada pihak polis
tentang jenayah yang jelas dilakukan oleh penyokong United Malays
National
Organisation telah tidak dipedulikan.
Serangan demi serangan menimpa penyokong Pakatan Rakyat telah
dibakul sampahkan.
Tetapi dengan cergas sekali lembaga polis akan bertindak
terhadap Tian Chua, meyerbu pejabat
Suara Keadilan, menangkap Mat Sabu atau Ci
Gu Bard. Sikap ‘cergas’ ini menampakkan kepada umum bahawa polis hari ini ialah
barua United Malays National Organisation. Polis yang bertindak untuk menangkap Tian Chua atau Mat Sabu
ini dengan cekap menghantar tuduhan ke mahkamah. Sekali lagi orang ramai
melihat bagaimana mahkamah telah
dijadikan barua. Saya bukan bercakap
kosong. Bukti kebaruaan mahkamah ini tertonjol dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam kes pembunuhan Altantuya yang paling menonjol ialah apabila
Mahkamah, Hakim dan Pendakwa tidak bertanya kepada Sirul atau Azilah siapa yang
mengupah mereka. Ini kerana Sirul dan Azilah dalam Akuan Bersumpah telah
mengatakan bahawa mereka membuat kerja
bunuh kerana makan upah.
Kes Altantuya ini telah membebaskan Razak Baginda dari terlibat. Kebaruaan mahkamah jelas
apabila Pendakwa tidak pula pula membuat rayuan untuk Razak Baginda. Biasanya
dalam kes bunuh pasti akan ada rayuan untuk ulang bicara. Bayangkan dalam Kes 7
Pelajar Berdemo dan Kes 4 Siswa UKM – bukan saja mahkamah merayu malah hingga hari
ini kes masih berjalan. Jika ini bukan kerja barua maka Rosmah Mansor masih anak dara sunti
yang langsing dan ramping.
Akhirnya kita sampai ke pada SPR. Lembaga ini adalah barua totok yang akan
menipu untuk memastikan tuannya United Malays National Organisation menang
dalam PRU13. Sebagai bukti - semakan
Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara mendapati kawasan yang mempunyai penduduk
seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang. Kawasan Ijok pula
yang diwakili Menteri Besar, Khalid
Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak
dapat dikenalpasti. Pengundi lebih ramai dari penduduk. Bila dilaporkan - SPR telah tidak mempedulikan kes Ijok ini.
Di Pandamaran lebih 3
ribu pengundi telah kehilangan nama mereka dalam daftar
mengundi. Lebih dari 5 ribu nama pengundi yang disangsikan telah
ditemui. Kes
kehilangan nama pengundi dan pengundi
yang disangsikan ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Mahkamah telah menolak permohonan YB Charles Santiago untuk semakan
daftar pengundi walaupun
dibekalkan bukti yang jelas. Justeru , daftar
‘penuh penipuan’ ini akan digunakan
dalam PRU13.
Apa yang jelas ialah lembaga dan jentera daulah ini semuanya telah dan sedang dijadikan barua oleh United Malays National
Organsiatiomn. SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah kini sedang
berkerjasama. Sebagai barua yang setia
kepada tuannya lembaga-lembaga ini sedang bekerja keras siang dan malam untuk
memastikan Pakatan Rakyat kalah dalam
PRU13 ini.
Lembaga-lembaga
daulah ini sedang menjadi benteng dan tembok untuk
mempertahankan Parti Ketuanan Melayu dari ditenggelamkan oleh ombak
rakyat.
Sosok-sosok yang mengendalikan SPR –
Pengerusi dan Pegawai – sedar bahawa sokongan rakyat menyebelahi
Pakatan Rakyat. Ketua Hakim Negara dan kuncu-kucunya tahu bahawa
tarikh lupus kuasa
telah lama sampai. Malah Pegawai Polis
yang berpangkat sedar bahawa United Malays National Organisation akan
dihumbankan oleh rakyat.
Justeru semua sosok-sosok yang menjadi barua ini sedar apa akan terjadi kepada mereka. Ada yang telah bersedia untuk pindah
ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap telah membeli ‘insuran’ dengan
Pakatan Rakyat saperti yang telah dilakukan oleh Hitam dan Musa Hasan.
Tetapi masih ada
satu kumpulan kecil yang masih berdegil.
Sang Barua ini cuba mengviagrakan
United Malays National Organisation yang
semakin lembik. Untuk Sang Barua ini saya nasehatkan sila minta dari
Lebai Google satu gambar klasik. Gambar klasik ini ialah gambar
helikopter diatas Kedutaan Amerika pada 30 April 1975. Ini adalah hari
Saigon
ditawan – hari kuasa imperialis Amerika kalah dalam Perang Vietnam. (TT)
ANAK MUDA
BERSEDIA!
BERSEDIA!

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-40-45
GAMBAR KLASIK
30 APRIL 1975

BARUA BARUA KERAJAAN LAMA VIETNAM
PEGAWAI KERAJAAN
PEGAWAI SPR VIETNAM
POLIS DAN MATA MATA
PEGUAM DAN HAKIM
BARUA AMERIKA
AJEN AJEN AMERIKA
CUBA MELARIKAN DIRI
MASUK KE DALAM KAWASAN KEDUTAAN AMERIKA

----------- Dicatat oleh Tukar Tiub pada 12:43:00 PTG 10 ulasan
Treler Negara Berkebajikan PAS di Klawang
Pada 30 Mac 2013 (Sabtu) ini Treler Negara Berkebajikan PAS akan datang ke Pekan Kuala Klawang di Jelebu untuk satu program pemimpin bersama rakyat. Berikut adalah ketetapan program :-
Tarikh : 30 Mac 2013
Masa : 12.30 pm - 1.30 pm
Tempat : Stesen Bas Kuala Klawang
Leman Raja Lawak juga akan bersama dalam program Jelejah Treler Negara Berkebajikan ini. Orang ramai semua dijemput hadir untuk sama-sama meraikan program ini.
SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
Setiausaha
Jabatan Pilihanraya DUN Klawang
Tarikh : 30 Mac 2013
Masa : 12.30 pm - 1.30 pm
Tempat : Stesen Bas Kuala Klawang
Leman Raja Lawak juga akan bersama dalam program Jelejah Treler Negara Berkebajikan ini. Orang ramai semua dijemput hadir untuk sama-sama meraikan program ini.
SAIFUL BAHRI BIN HJ JAAMAN
Setiausaha
Jabatan Pilihanraya DUN Klawang
Friday, March 15, 2013
Kenyataan Media Pakatan Rakyat
|
||||
|
||||
Sunday, March 3, 2013
PTA Dah 95% Siap
Hari Khamis 28 Februari yang lepas saya balik Kg Larong
untuk melihat perkembangan pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin. Saya dapati hampir
95% pembinaannya telah siap. Tiles (jubin) pun telah siap dipasang di dalam
surau, bilik air dan di kaki lima. Tingkap-tingkap semua sudah di pasang.
Tetapi masih ada beberapa bahgian yang belum di siapkan atau di pasang
antaranya :-
- Pintu – pintu hadapan ,sisi dan bilik2 air.
- Siling – siling tingkat atas belum dipasang.
- Railing tangga – atau besi untuk jadi pemegang atau penghadang tangga
- Bumbung bilik air dan tandas – menurut Abg Zul, dia dan Cikgu Jaaman bercadang untuk pasang awning sahaja sebagai atap bilik air.
- Pagar – pasang keliling kawasan PTA
Pemasangan paip air dan juga pendawaian elektrik untuk
bangunan PTA telah disiapkan. Permohonan dengan TNB dan juga pihak SAINS untuk
air juga telah di masukkan. Menurut Cikgu Jaaman air telah dimasukkan dan
sekarang cuma menunggu TNB memasukkan elektrik sahaja. Insyallah dalam masa
terdekat ini semua perkara ini diharap dapat diselesaikan, ulas Cikgu Jaaman
lagi.
Selain daripada itu menurut Abg Zul (bendahari), PTA masih
berhutang sebanyak RM 6,000 dengan kedai Hardware Ban Soon dan juga RM 1,000
dengan kedai Hardware Robert. Sehubungan dengan itu Cikgu Jaaman merayu kepada
penderma-penderma yang budiman untuk menderma sejumlah dana lagi untuk
menyiapkan sepenuhnya pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin ini. Segala
bantuan derma boleh di masukkan ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank, Nombor akaun : 5550 6911 3244
Segala bantuan derma di ucapkan Jazakallahu Khairan Khathira dan semoga ALLAH
SWT memberkati dan merahmati Tuan/Puan semua.
Gambar pada 28/2 tangga dah siap tinggal besi pengadangnya nya aje yang tiada
dan tingkap juga dah pasang
Bahagian dalam tiles dah siap, lampu dan kipas juga sudah di pasang
Bahagian dalam pintu besar belum ada
Subscribe to:
Posts (Atom)
