Thursday, June 19, 2008

First Come, First Serve


Itu ucapan Mat Saleh yang selalu kedengaran untuk meraikan orang yang sedang berebut-rebut sesuatu. Begitu juga ucapan ini boleh lah ditujukan kepada Ahli-Ahli Parlimen BN yang akan keluar dari BN samada masuk Pakatan Rakyat atau pun jadi Ahli Parlimen bebas. Bilangan 30 menjadi penentu untuk meranapkan keangkuhan kerajaan BN di Malaysia ini. 30 juga adalah angka keramat sempena 30 tahun duit Petronas telah di balun oleh UMNO/BN yang menyebabkan rakyat sengsara kini dengan kenaikan harga minyak yang melampau.

Apabila Pakatan Rakyat telah mendapat 30 orang Ahli Parlimen yang bersetuju mengikut Pakatan Rakyat seperti yang dicanangkan oleh DSAI maka bilangan ahli Parlimen yang ke-31 sudah tidak termasuk dalam perkiraan lagi. Maka ahli Parlimen yang ke-31 dan seterusnya boleh lah dianggap sebagai orang yang di tepi atau di luar pagar Pakatan Rakyat. Ini kerana masuk atau tidak nya mereka tidak jadi soal lagi kerana Pakatan Rakyat telah pun boleh membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Hanya 30 orang ahli Parlimen ini lah yang betul-betul mempunyai hati dan fikiran untuk memperjuangkan hak dan melepaskan kesengsaraan rakyat. Maka hanya yang 30 orang ini sahajalah yang betul-betul boleh diraikan sebagai PEJUANG RAKYAT. Selebihnya yang ke-31 dan seterusnya hanya boleh dikira sebagai pejuang untuk tempolok atau kepentingan diri sendiri.

APA TIDAK NYA mereka yang ke-31 dan selebihnya inilah apabila Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan akan berduyun-duyun meninggalkan BN/UMNO kerana semasa itu mereka telah nampak kelebihan atau peluang yang ada pada Pakatan Rakyat. Semasa Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan maka orang yang Ke-31 dan seterusnya ini akan memulakan kenyataan-kenyataan yang berunsurkan pembelaan rakyat dan mulalah nak senyum-senyum dengan Pakatan Rakyat dengan tujuan supaya mereka diterima ke dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan berunsur pembelaan rakyat yang dikeluarkan oleh orang ke-31 dan seterusnya ini bukan lah sebenarnya kenyataan yang ikhlas untuk membela rakyat tetapi sebaliknya ia hanya lah lebih kepada kenyataan membela diri mereka sendiri yang terlambat atau tidak termasuk ke dalam golongan ahli Parlimen dari nombor 1-30 seperti yang dicanangkan oleh DSAI itu dahulu.

Ahli Parlimen ke-31 hingga seterus nya inilah sebenarnya pelakon-pelakon dalam politik Malaysia. Mereka tidak mempunyai perjuangan rakyat dan hanya memikirkan perjuangan untuk diri sendiri. Maka seharusnya orang yang ke-31 dan seterusnya ini nanti tidak diterima ke dalam Pakatan Rakyat kerana jika diterima pun mereka ini akan menyusahkan Pakatan Rakyat dan lebih kepada membawa bala bencana. Apa tidaknya apabila telah terlalu ramai maka akan bermacam-macam cerita dan banyak kepala yang terpaksa di layan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru dari Pakatan Rakyat nanti. Maka sudah sewajarnya mereka diletakkan sebagai orang di sebelah sana sahaja kerana lagipun mereka suka menjadi orang BN/UMNO sebelum ini......

4 comments:

JaMeQ said...

mak aaiii...bukan main semangat angah ngan alang angkat sepanduk... kecik2 dah berpolitik ..hehehehe

Anonymous said...

semoga mereka jadi penerus perjuangan Islam di bumi Jelebu...amin.

p/s : MJKK dalam kenangan 2004-2008.

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

Amin....
Budak kena lah dari kecil2 didedahkan dengan erti kata perjuangan...supaya dah besar nanti dia tahu ayah nye orang PAS dan dia pun sama2 nak berjuang dalam PAS...

Anonymous said...

TAKBIR!!!!!