Sunday, April 19, 2009

Usrah MTD

Malam tadi 18/4/09 PAS MTD Klawang telah mengadakan usrah mingguan di rumah Hj Hassan (Pengarah MTD) di Petaling, Kuala KLawang. Alhamdulillah usrah MTD Klawang masih terus berjalan lagi. Usrah MTD Klawang telah di mulakan sejak tahun 2003 oleh ayahanda Hj Jaaman semasa beliau memegang jawatan YDP PAS Kawasan Jelebu dan sehingga sekarang sudah 3 orang Naqib yang mengendalikan usrah. Antara Naqib yang pernah mengendalikan usrah MTD Klawang adalah Ustaz Shaifuddin Maulup dan Ustaz Mohd Esa Jaafar. Sejak akhir tahun 2007 Naqib Usrah MTD Klawang adalah Ustaz Suhaimi Kassim.

Sekarang ini Ustaz Suhaimi Kassim hanya menjalankan kerja-kerja dakwah dan mengajar ugama sepenuh masa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS. Pada pemilihan tahun ini beliau tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan Seremban. Sejak pertengahan tahun 2008 Usrah MTD Klawang menggunakan kitab "Muqaddimah Aqidah Muslimin" karangan Tuan Guru Hj Hadi sebagai kitab usrah. Sebelumnya selama setahun Ustaz Suhaimi menerangkan dan mengupas tentang surah Al-Fatihah.
Usrah MTD Klawang yang seterusnya akan diadakan pada :-

7 Jamadil Awal 1430 bersamaan 2hb Mei 2009 (Sabtu) jam 7.00 malam di rumah En Samsudin Bin Mohamad di Kg Ulu Jelebu.

Semua warga PAS MTD Klawang dan warga PAS Kawasan Jelebu adalah di jemput hadir.

No comments: