Monday, April 18, 2011

Masih Ada Yang Sayang Siri 2

Jelebu 17 April - PAS MTD Klawang meneruskan lagi program "Masih Ada Yang Sayang" untuk menyantuni dan membantu warga tua, OKU dan rakyat termiskin di kawasan DUN N.04 Klawang. Para petugas PAS MTD Klawang telah berusaha dengan dibantu oleh orang ramai mencari kedudukan dimana tempat tinggal mereka ini. Pada minggu ini kami sempat menyerahkan bantuan di kawasan Ulu Klawang.

Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Kalsom Bte Mat Rop yang
mempunyai anak yang ramai dan telah kematian suami


Kami juga telah singgah melawat En Ikhsan Bin Tamyes (Wak Hassan) seorang aktivis PAS MTD Klawang yang telah diserang angin ahmar/stroke sebanyak 2 kali dan telah lumpuh. Sekarang ini beliau hanya duduk dirumah sahaja dan menjalankan aktiviti fisioterapi secara sendiri. Wak Hassan semasa beliau sihat adalah seorang aktivis yang gigih dan rajin. Beliau telah bekerja keras membantu calon-calon PAS yang bertanding di DUN N.04 Klawang dalam 2 pilihanraya yag lalu iaitu pada tahun 2004 (PRU 11) dan 2008 (PRU 12).


Sdra Saiful (Setiausaha MTD) menyampaikan sumbangan kepada Wak Hassan
aktivis PAS yang lumpuh kerana stroke



Pn Wan Nabighah (Setiausaha DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Pn Zainab Bt Abd Rahman warga emas yang miskin


Hj Razak menyampaikan sumbangan kepada En Hasnizariat Bin Haron (Ham)
yang miskin dan mempunyai anak yang ramai dan tidak mempunyai pekerjaan tetap



Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Zarimah Bte Ishak yang
menderita sakit barah dan juga miskin. Pn Zarimah baru lepas menjalani pembedahan

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

2 comments:

kalawangi said...

teruskan usaha dakwah seperti ni, sampaikan salam ana pada wak hassan...

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

Insyallah kalau pergi rumah Wak Hassan lagi nanti ana maklumkan dengan dia.Pada sahabat yang ada di luar Jelebu kok ada balik kampung tu singgahlah jumpa Wak Hassan.Dia sekarang mengalami kesedihan sebab dah biasa bergerak pergi program mana-mana dan pergi dengar ceramah.Kok ada sahabat2 yang datang ziarah tu terubat lah sikit kesedihannya dapat dengar cerita dari luar.