Monday, April 18, 2011

Tok Rais Tak Peduli pun Jelebu

Rombongan PAS MTD Klawang terpaksa melalui jambatan gantung yang
uzur dan hampir roboh untuk menyampaikan sumbangan kepada Pn Zainab


Jelebu 17 April 2011 - Percaya atau tidak kemiskinan tara macam ni pun masih wujud lagi di Malaysia ni terutamanya dalam sibuknya United Malays National Organisation (UMNO) / BN melaung-laungkan program pembangunan dan juga begitu ghairah dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemiskinan dan kedhaifan ini pula wujud di daerah Jelebu yang diwakili oleh Dato Rais Yatim yang sibuk dengan program WIFI nya yang konon-kononya Malaysia ni dah maju sangat. Nampak tak kat Tok Rais ni, yang orang kampung nya susah dan miskin dan tolonglah orang kampung awak dahulu daripada sibuk dengan WIFI tu.


Naib YDP Jelebu Sdra Anif memegang besi jambatan gantung yang sudah
patah dan bengkok.


Untuk nak pergi ke rumah Puan Zainab Bte Abdul Rahman yang berumur 77 tahun ini rombongan PAS terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang telah uzur dan kayunya telah pecah-pecah. Jambatan gantung itu juga bergoyang-goyang (dah tak kuat) jika ramai orang melaluinya sekaligus. Salah satu besi yang memegang jambatan gantung telah patah dan senget. Pada hakikatnya jambatan gantung ini sedang menunggu harinya untuk roboh menyembam bumi. Jika hal ini berlaku sewaktu tidak ada sesiapa melaluinya syukurlah tetapi apa pula jika pada masa itu ada orang sedang melaluinya. Siapakah yang harus bertanggugjawab??? Adakah Majlis Daerah Jelebu atau kerajaan NS atau Tok Rais sendiri sebab tak prihatin akan masalah orang kampungnya atau siapa???

Sdra Anif menunjukkan sebahagian kayu jambatan yang telah patah


Tolonglah sikit...Dah lebih 50 tahun dah kita merdeka. Kalau taraf hidup penduduk Malaysia yng merdeka ini sama aje dengan sebelum merdeka, maka apa ertinya kemerdekaan. Mana dia United Malays National Organisation (UMNO) yang kononnya membela Melayu. Cakap aje berdegar-degar. Negeri Sembilan ni semenjak merdeka sampailah hari ini dah 50 tahun dah diperintah oleh United Malays National Organisation (UMNO) / BN dah tak pernah sekalipun dapat diperintah oleh PAS. Tolonglah sikit tengok... dan pandang apa keperitan dan kejerihan hidup rakyat. Tok Rais tengoklah sikit...macam ni ke dah jadi Menteri Kanan ni???

Air yang dipam dari dalam tanah masih digunakan!!! Macam ni pun ada,
tapi dah merdeka lebih 50 tahun

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

6 comments:

kalawangi said...

salam....

cubo tanyokan kek ustaz habibula, dia tau x kisah ni...kalau x tau, sah xboleh pakai ustaz nie(bekas penyelia zakat tu)

Bakawali said...

Assalamualaikum...OK..

Wah...Ni kampung ataok nenek saya ni... tp kedepan sikit..KG GAGU... da berkurun x balik kg...cam dulu lagi ker...????

Saiful Bahri Jaaman @ angahcipoi said...

Kg Gagu masih macam dulu lagi. Jalan pun sempit dan berlubang-lubang , walaupun wakilnya jadi Menteri Kanan di Parlimen. Balik lah kampong tengok sendiri.

sukasukisakan said...

Tuan OK.. macam tiada tempat nk tuju lagi.. pusara lama monyang,nenek dan ibu saudara pun dah tiada.. hilang, khabar nya dah jadi tapak lain...

Anonymous said...

salam,sy pekerja SAINS Daerah Jelebu,boleh sy tau kawasan mana siapa sy boleh hubungi untuk tindakan lanjut.sila hubungi sy 017-9197690 untuk diambil tindakan.sy anis.

Anonymous said...

lepas orang yg ada kuasa utk menolong handak beri pertolongan, anda sekelian terus diam membisu. yg untung orang politik jua ada nyer, OK jadi mangsa...