Monday, April 25, 2011

Mat Sabu: Kita Buat Himpunan Ke2 Bersih Tidak Lama Lagi

Anwar Macam Shah Rukh Khan

Malam tadi saya sekeluarga anak beranak pergi menghadiri satu ceramah anjuran PKR Cabang Seremban di Taman Bukti, Ampangan, Seremban. Ceramah diadakan sempena perasmian bangunan baru pejabat PKR Seremban. Penceramah yang dijemput adalah YB Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan YAB Ustaz Azizan Razak (Menteri Besar Kedah).Ramai betul orang yang hadir, berbondong-bondong datangnya. Kalau Hj Ibrahim Yusof dalam ceramahnya biasa dia menyebut “mombibih-bibih dek ramai eh”. Bak kata orang yang buta datang berpimpin, yang pekak datang bertanya, yang tua datang bertongkat. Ada yang datang bersama keluarga, ada yang datang sendirian dan juga ada yang datang bersama kawan-kawan.

Saya terjumpa Mahat bersama isterinya dari Johol dan juga Mohd Barr yang datang anak beranak dari Simpang Durian. Mohd Barr ni pula bawa anak kecilnya. Bininya baru lepas bersalin dan baru sahaja habis pantang. Saya jumpa abang Karim dari Jempol, siap bawa petai sekali untuk jualan.Juga terjumpa dengan Awie dengan kawan-kawanya dari Tampin. Terserempak juga saya dengan bapa saudara saya ALI yang datang bertiga bersama kawan-kawan UMNO nya. Boleh dikatakan dari seluruh pelosok rantau Negeri Sembilan ini datang lah nak mendengar ceramah DSAI.

Apabila di beritahu sahaja bahawa DSAI tidak dapat hadir untuk memberikan ceramah, maka ramailah yang datang itu kecewa. Ramai juga yang tak puas hati kenapa Anwar tak boleh hadir. Sahabat saya Pak Usop datang dari Temerloh tujuan nya nak berniaga dan juga mendengar ceramah Anwar. Pak Usop berkata dengan saya kalau macam ni lah sambutan rakyat Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar habis BN di Negeri Sembilan kali ni. Apa tidaknya jalan sesak / JAM / Macet berbatu-batu. Saya terjumpa dengan Imam Hj Zainal (seorang imam masjid di Senawang), saya tanya dengan dia “Mana kereta Imam?” Jawabnya “Nun…hujung sanun, yang habih penghujung, sosak bonar, tak ado parking” kata Imam Zainal.

Begitu lah hebatnya sambutan orang Negeri Sembilan untuk ceramah Anwar. Ramai yang datang nak melihat wajah Anwar dan nak mendengar suaranya bercakap. Walaupun macam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan pada Anwar, tapi orang tetap datang nak tengok Anwar. Orang tak peduli!!! TETAPI malam tadi Anwar tidak hadir. Ada orang kata dia pergi Sarawak. Hujan pula tiba-tiba turun dengan lebatnya. Maka habis lari lah orangramai. “Dah lah Anwar tak datang, hujan lobat pulak” kata sahabat saya Amin yang datang bersama isterinya dari Tengkek, Batu Kikir. Saya percaya kalau Anwar datang malam tadi walau macamana lebat pun hujan orang tak akan lari atau berganjak, seperti mana Anwar datang ceramah di Rahang dahulu dalam hujan orang tak bergerak, terpaku terus walaupun baju basah.

Kalau di Negara India sambutan begini hanya diterima oleh artis macam Shah Rukh Khan sahaja. Tapi di India rakyatnya gila tahap gaban, kok tak datang atau tak muncul lah si Shah Rukh Khan ini ada yang sampai nak bunuh diri. Di India Shah Rukh Khan ni dah jadi macam dewa mereka. Di Malaysia ni tak adalah orang nak buat sampai macam tu sekali. Orang Malaysia terutamanya orang-orang Pakatan Rakyat mereka boleh berfikir dengan bijak dan rasional TETAPI Dato Sri janganlah selalu tak datang YO!! Hampo dan kecewo orang kampong seado alah eh……

Monday, April 18, 2011

Tok Rais Tak Peduli pun Jelebu

Rombongan PAS MTD Klawang terpaksa melalui jambatan gantung yang
uzur dan hampir roboh untuk menyampaikan sumbangan kepada Pn Zainab


Jelebu 17 April 2011 - Percaya atau tidak kemiskinan tara macam ni pun masih wujud lagi di Malaysia ni terutamanya dalam sibuknya United Malays National Organisation (UMNO) / BN melaung-laungkan program pembangunan dan juga begitu ghairah dengan ungkapan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Kemiskinan dan kedhaifan ini pula wujud di daerah Jelebu yang diwakili oleh Dato Rais Yatim yang sibuk dengan program WIFI nya yang konon-kononya Malaysia ni dah maju sangat. Nampak tak kat Tok Rais ni, yang orang kampung nya susah dan miskin dan tolonglah orang kampung awak dahulu daripada sibuk dengan WIFI tu.


Naib YDP Jelebu Sdra Anif memegang besi jambatan gantung yang sudah
patah dan bengkok.


Untuk nak pergi ke rumah Puan Zainab Bte Abdul Rahman yang berumur 77 tahun ini rombongan PAS terpaksa melalui sebuah jambatan gantung yang telah uzur dan kayunya telah pecah-pecah. Jambatan gantung itu juga bergoyang-goyang (dah tak kuat) jika ramai orang melaluinya sekaligus. Salah satu besi yang memegang jambatan gantung telah patah dan senget. Pada hakikatnya jambatan gantung ini sedang menunggu harinya untuk roboh menyembam bumi. Jika hal ini berlaku sewaktu tidak ada sesiapa melaluinya syukurlah tetapi apa pula jika pada masa itu ada orang sedang melaluinya. Siapakah yang harus bertanggugjawab??? Adakah Majlis Daerah Jelebu atau kerajaan NS atau Tok Rais sendiri sebab tak prihatin akan masalah orang kampungnya atau siapa???

Sdra Anif menunjukkan sebahagian kayu jambatan yang telah patah


Tolonglah sikit...Dah lebih 50 tahun dah kita merdeka. Kalau taraf hidup penduduk Malaysia yng merdeka ini sama aje dengan sebelum merdeka, maka apa ertinya kemerdekaan. Mana dia United Malays National Organisation (UMNO) yang kononnya membela Melayu. Cakap aje berdegar-degar. Negeri Sembilan ni semenjak merdeka sampailah hari ini dah 50 tahun dah diperintah oleh United Malays National Organisation (UMNO) / BN dah tak pernah sekalipun dapat diperintah oleh PAS. Tolonglah sikit tengok... dan pandang apa keperitan dan kejerihan hidup rakyat. Tok Rais tengoklah sikit...macam ni ke dah jadi Menteri Kanan ni???

Air yang dipam dari dalam tanah masih digunakan!!! Macam ni pun ada,
tapi dah merdeka lebih 50 tahun

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Masih Ada Yang Sayang Siri 2

Jelebu 17 April - PAS MTD Klawang meneruskan lagi program "Masih Ada Yang Sayang" untuk menyantuni dan membantu warga tua, OKU dan rakyat termiskin di kawasan DUN N.04 Klawang. Para petugas PAS MTD Klawang telah berusaha dengan dibantu oleh orang ramai mencari kedudukan dimana tempat tinggal mereka ini. Pada minggu ini kami sempat menyerahkan bantuan di kawasan Ulu Klawang.

Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Kalsom Bte Mat Rop yang
mempunyai anak yang ramai dan telah kematian suami


Kami juga telah singgah melawat En Ikhsan Bin Tamyes (Wak Hassan) seorang aktivis PAS MTD Klawang yang telah diserang angin ahmar/stroke sebanyak 2 kali dan telah lumpuh. Sekarang ini beliau hanya duduk dirumah sahaja dan menjalankan aktiviti fisioterapi secara sendiri. Wak Hassan semasa beliau sihat adalah seorang aktivis yang gigih dan rajin. Beliau telah bekerja keras membantu calon-calon PAS yang bertanding di DUN N.04 Klawang dalam 2 pilihanraya yag lalu iaitu pada tahun 2004 (PRU 11) dan 2008 (PRU 12).


Sdra Saiful (Setiausaha MTD) menyampaikan sumbangan kepada Wak Hassan
aktivis PAS yang lumpuh kerana stroke



Pn Wan Nabighah (Setiausaha DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Pn Zainab Bt Abd Rahman warga emas yang miskin


Hj Razak menyampaikan sumbangan kepada En Hasnizariat Bin Haron (Ham)
yang miskin dan mempunyai anak yang ramai dan tidak mempunyai pekerjaan tetap



Pn Osnidah menyampaikan sumbangan kepada Pn Zarimah Bte Ishak yang
menderita sakit barah dan juga miskin. Pn Zarimah baru lepas menjalani pembedahan

http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Mengedar Risalah di Pekan Klawang

Jelebu Ahad 17 April - PAS MTD Klawang telah mengadakan program mengedar risalah di Pasar Minggu Pekan Kuala Klawang. Tujuan diadakan program adalah untuk memberikan maklumat terkini kepada penduduk Jelebu khasnya penduduk Kuala Klawang berkenaan beberapa isu yang menyentuh soal masyarakat.

Saudara Anif dan Samsul (Dewan Pemuda) sedang memberikan risalah kepada
seorang pengunjung Pasar Minggu, Pekan Klawang


Pada minggu ini risalah "Kami Tak Nak Saman Ekor" yang dikeluarkan oleh YB Mahfuz Omar telah diedarkan. Tujuan risalah ini dipilih untuk diedarkan adalah supaya penduduk Jelebu sedar akan kedudukan undang-undang tentang saman kenderaan dan juga memberi maklumat kepada orang ramai tentang hak-hak mereka jika mereka di saman ekor.


Puan Osnidah (Ketua Muslimat Jelebu) dan Puan Wan Nabighah (Setiausaha
DMP Jelebu) turut sama dalam program edar risalah ini.

Kempen mengedar risalah "Kami Tak Nak Saman Ekor" ini juga adalah lanjutan dari kunjungan YB Mahfuz yang berceramah di rumah Arwah Tuan Hj Hassan di Kg Petaling, Kuala Klawang pada bulan lepas. Secara keseluruhannya rogram ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung-pengunjung Pasar Minggu tersebut.

Align LeftSeorang warga Tionghua yang mengayuh basikalnya berhenti dan
bertanyakan sesuatu dengan Anif


http://orangklawang.blogspot.com
http://pasjelebu.blogspot.com

Tuesday, April 12, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Pada hari ahad 10 April baru2 ini PAS MTD Klawang telah mengadakan program "Masih Ada Yang Sayang". Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat di DUN Klawang yang OKU dan yang miskin. Program telah disertai oleh Saudara Nor Anif (Naib YDP PAS Jelebu),Cikgu Jaaman (Timbalan Pengarah MTD), Saudara Yusry Mohamad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS NS) dan juga Puan Osnidah Othman (Ketua Dewan Muslimat PAS Jelebu).

Naib YDP Jelebu/Pengarah MTD Klawang Saudara Anif menyampaikan
sumbangan pada Pn Siti Aisyah Bte Idris yang buta disebabkan oleh penyakit
kencing manis dan sakit buah pinggang


Sebelum itu pada sebelah paginya mereka semua telah mengedar risalah buku jingga di kawasan Pasar Minggu di pekan Kuala Klawang. Menurut Saudara Anif program "Masih Ada Yang Sayang" ini akan dijalankan sebulan sekali. Pihak MTD Klawang akan mendapatkan nama dan mengenal pasti keluarga atau individu yang layak untuk menerima sumbangan.


Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Ishak Ismail
yang menjaga abangnya Samat Bin Ismail (OKU)


Saudara Anif yang juga merupakan Pengarah MTD Klawang menyatakan kepada mana2 individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan atau memberikan sumbangan kepada OKU atau rakyat miskin boleh juga menyalurkan melalui MTD Klawang dengan menghubungi beliau atau Setiausaha MTD. Setakat ini ada seorang ahli perniagaan yang menyalurkan sumbangan bulanan melalui MTD Klawang kepada seorang ibu yang buta disebabkan oleh penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang.


Pn Osnidah (Ketua DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Puan Salina Said di Kg Purun



Hj Abdul Razak menyampaikan sumbangan kepada Sdra Malik Radzuan
yang mempunyai anak yang sakit dan beliau juga kurang kemampuan




Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada keluarga
Pn Faziah Bte Manap yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak
yang ramai.Salah seorang anak Pn Faziah sekarang ini sedang menuntut di
Kolej Tunku Kurshiah Seremban.

Monday, April 11, 2011

KABARE?

Pe..e..h punya lah lama tak memblogging.Rindu dan gian rasanya.Buat kawan2 yang sentiasa nak tahu maklumat tentang PAS Jelebu atau MTD Klawang saya minta maaf banyak2.Ada sahabat kat Majlis Daerah Jelebu tu tanya saya samada saya dah bersara dan tak nak posting lagi.Sebenarnya bukan begitu.Sekarang ni masa terhad dan itu hari komputer banyak lak ragam nya.
Alhamdulillah semalam dapt pergi ke Low Yat Plaza dan format semula serta upgrade komputer ni balik.Maklum lah komputer lama.Habis gaklah RM255 tapi takpe demi untuk PAS dan PR apa pun boleh...No Hal.
Orang Sarawak Kabare? Buat Mahmud Sabli, Justi Amban, Abdillah Besar, Hayaton Nissa Awangku Yusof, Dayang Faridah, Moeng, Jujuk, kali ni dah lah tu, cukup2 lah kau orang undi BN tu.Tukar lah pulak kepada PR (Pakatan Rakyat-PAS, PKR & DAP). Dah cukup kaya atau terlampau kaya Taib Mahmud tu dah...kali ini kau orang kaya kan lah diri kau orang sendiri pulak.Kali ni kau orang semua MESTI pangkah PR pulak.Orang Sarawak kena dan wajib berubah.Sebuah Negeri yang kaya macam Sarawak kesian...apa pun tak ada.Jalanraya teruk, sekolah tak cukup, hospital pun tak cukup...Kesian lah kat diri kau orang sendiri pulak.
Jangan asyik kesian kat BN sampai kau orang lupa nak kesian kat diri sendiri.
Tengok Selangor air pun dapat free 20 meter cubic padu, anak masuk U dapat RM1000, orang2 tua dapat duit belanja,guru kafa naik gaji,guru pondok dapat bantuan.Kalau Tan Sri Khalid dapat beli SYABAS itu hari seluruh rumah2 di Selangor dapat air percuma, yang kena bayar cuma premis perniagaan dan kilang dan lain2 aje.Kau orang Sarawak tak nak ke???
Ernest kat Universiti Malaysia Sarawak tu please change for a better future.Ok..