Macam biasa Selangor sentiasa mencetuskan kontroversi. Ini
semua gara-gara MB Selangor Tan Sri Khalid yang berjiwa rakyat. Tak lama dulu
kes sampah kat Selangor. Sampai berlonggok-longgok sampah kat tepi jalan di
bumi Selangor tak ada siapa nak ambil untuk pergi buang. Kat Jeram tempat orang
tua aku tinggal sampai busuk kat tepi jalan. Alhamdulillah selesai apabila
Kerajaan Negeri Selangor ambil alih pengurusan sampah dan bagi kontrak terus
pada syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk mengutip sampah di setiap
daerah dalam Negeri Selangor. Sekarang ni dah kecoh pasal air pulak dah.
Dah lebih 50 tahun UMNO/BN perintah Malaysia tak pernah
sekali pun terlintas kat benak fikiran mereka nak beri air percuma pada rakyat.
Tiba-tiba bila Pakatan Rakyat menang di Selangor, Tan Sri Khalid di lantik jadi
MB dan dia umum beri air percuma kepada seluruh rakyat Selangor sebanyak 20
cubic padu maka terperanjat beruk lah seluruh pemimpin UMNO/BN. Macam satu bom
dah meletup, maka seluruh pemimpin UMNO/BN fikir habis lah riwayat mereka di
Selangor. Memang tak dapatlah UMNO/BN nak tawan balik Selangor. Jadi isu air
dan SYABAS ini adalah talian hayat terakhir UMNO/BN untuk tawan semula Selangor
dari Pakatan Rakyat.
Orang yang bijak, baik dan bagus macam MB Khalid ni memang
ramai orang terutamanya orang-orang UMNO/BN tak suka. Sebab bagi mereka orang
macam ni menyusahkan mereka. Tapi orang UMNO/BN ni orang yang baik sesama
mereka pun, mereka tak suka jugak. Dulu Selangor ada MB Datuk Harun Idris.
Datuk Harun Idris baik serta bagus dan berjiwa rakyat. Datuk Harun dari UMNO
berjiwa Melayu jadi dia beri tanah pada orang Melayu, Kg Cheras Baru, Kg
Malaysia Tambahan, Kg Baru, Kg Dato’ Keramat, Kg Kongo (Bandar Tun Razak)
sekarang ini, semua usaha Datuk Harun untuk bagi tanah pada orang Melayu di Kuala
Lumpur. Tapi ramai jugak orang UMNO/BN yang tak suka dengan Datuk Harun
walaupun rakyat terutama orang Melayu suka dengan Datuk Harun. Mereka fitnah
dan bantai Datuk Harun macam-macam sampai Datuk Harun jatuh. Ramai orang Melayu
terutamanya rakyat Selangor yang kecewa.
Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan orang nya baik hati,
bagus,warak dan berjiwa rakyat. Orang UMNO/BN tak suka jugak. Mati kutu
puak-puak UMNO/BN kat Kelantan sebab mereka tak boleh nak buat apa-apa dan nak
celok apa-apa yang patut pun mereka tak dapat. Tapi rakyat Kelantan suka dengan
Tok Guru malahan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum suka dengan Tok
Guru. Orang yang berjiwa rakyat memang lah rakyat suka.
Kesimpulannya UMNO/BN ni memang tak suka dengan orang yang
bagus, baik hati dan berjiwa rakyat kerana bagi UMNO/BN orang spesies ini semua
nya menyusahkan mereka. Bagi UMNO/BN mereka lebih suka dan terlebih gemar
dengan orang yang jahat, zalim dan suka menyusahkan orang kerana orang-orang
macam ni senang mereka nak pegang dan kawal. Kalau nak apa-apa pun senang sebab
mereka sehaluan dan dah sama-sama jahat.
Tapi aku percaya dan seluruh rakyat Selangor pun percaya MB
Khalid, Insyallah akan berjaya juga selesaikan isu air kat Selangor ni. MB
Khalid ni aku tengok dia ikhlas berjuang untuk rakyat dan tak nak apa-apa
imbuhan sebab dia pun rasanya semua dah ada dan dah cukup. Macam Tok Guru Nik
Aziz dia tak nak apa-apa kat dunia ni dan bagi Tok Guru semua nya dah cukup
untuk dia dan keluarga nya di dunia ini. Mereka ni lah pemimpin yang sentiasa
bersyukur dengan kurniaan ALLAH. Tak lah macam pemimpin UMNO/BN yang sentiasa
tak pernah cukup. Akhir sekali aku cadangkan MB Khalid anjurkan solat hajat
peringkat Negeri mohon pada ALLAH terutamanya pada bulan Ramadhan ini supaya
air Selangor, ALLAH bagi pada rakyat Selangor bukan pada UMNO/BN dan kroninya.
No comments:
Post a Comment