Wednesday, May 29, 2019

Jangan Jadi Bodoh...Islam Untuk Seluruh Alam

Bila Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir hadir majlis berbuka puasa yang disediakan pihak gurdwara (Sikh temple) , Pakat melompat.. Seolah olah hilang Aqidah mereka.. Dah Jadi Kufur, dan Liberal...
Di Dubai Sikh Temple, Gereja bukan saja sediakan juadah berbuka setiap hari, setiap tahun, tetapi untuk tazkirah dan Solat terus, Begitu juga Gereja di Australia..
Depa tanya takda da ker Masjid nak berbuka..Herannya bila suruh buat Majlis berbuka dihadiri pemimpin bukan Islam di Masjid.. pakat marah dan Murka.. kononnya menghilangkan kesucian tempat Ibadah..
Inilah masalah Malaysia..Kelompok agamawan,Ummat Islam masih terperangkap dengan kelompok Ashbiyah dan Khawarij Jakun.. Sebab ada kelompok ini lah sebabnya ramai bukan Islam jauh dengan Islam..
Marilah sama sama kita memerangi kelompok Ashbiyah dan Kahwarij ini, Kata Ali Jumaah, Sebelum taamdun Islam dapat dibina.. Perjuangan Islam terlebih dulu kena menghapuskan dan memerangi kelompok ini..
Bagi puak Khawarij dan Ashbiyah.. selamat Menonton..
ipohmali


SYAZLIN BEKERJA UNTUK SIAPA ? 

Oleh Ipoh Mali


Dalam banyak-banyak versi cerita kes kematian Adib, tulisan Ipohmali @ Ahmad Muslim Badawi Badawi paling jelas dan paling telus dalam menerangkan jalan sejarah kematian yang menyedihkan seluruh negara itu.... dan dalam isu ini, penjelasan Ipohmali bagi saya adalah yang terbaik dan paling boleh dipakai.

Begini ceritanya.......

Baca Berita Awani tentang Kes Adib, Nampaknya hampir tepat apa yang aku jangkakan dalam tulisan aku semalam.. tujuan Peguam Syazlin Mansor menarik diri dari Inkues hanya ingin menimbulkan keraguan awam tentang perjalanan dan keadilan dalam Inkues Adib ini..

Betul tak apa yang aku tulis pasal Syazlin Mansor sebelum ini.. Aku dah kata, Tindakan dia cukup pelik dan mencurigakan.. Mengapa perlu mengelabah? Mengapa Syazlin Mansor tarik diri?

Dia sebenarnya masih boleh mewakili Keluarga Adib (Kononnya tanpa Bayaran).. dia hanya diminta berundur dan tidak mewakili KPKT atas sebab "Conflict Of Interest ", Sebab dia isteri kepada Pegawai khas Zuraidah yang juga Menteri KPKT.. Dia masih boleh duduk dalam Mahkamah(Inkues), masih boleh Panggil Dr dan saksi Upahan dia si Dr Shahrom Abdul Wahid..

dan hari ini kita boleh nampak , sudah timbul timbul teori Konspirasi.., malah Najib dalam page dia semalam hampir 2 kali post pasal kes Adib ini.. dan Blogger yang dikenali upahan Najib pun pantas untuk komen untuk timbulkan Keraguan Inkues Adib ini, sudah pasti mereka mahu semarakkan sentimen kaum dan Agama...Nampak seperti ianya terancang, Sehebat Rencana Serangan Kuil yang masih misteri.. aku agak lah..

Apakah Syazlin Mansor ini menjadi alat anasir luar yang masuk keadalam Inkues ? Ok Malam ni aku nak ulang balik, Apa yang aku tulis pasal Syazlin Mansor ni..Dia cukup mencurigakan.. Jika Peguam Negara kata ada tindakan luar normal.. Apa Tindakan Pelik Syazlin Mansor yang aku tulis sebelum ini..

1- Dia antara nama yang dikaitkan dalam Laporan Polis Saksi ke 24, Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL, dalam laporan Polis, Dia dikaitkan cubaan memaksa mengugut dan memujuk saksi, Dr Pakar dari HKL saksi ke 24 mengubah keterangan yang selari dengan teori Dr Shahrom, Saksi upahan dia yang Adib itu dipukul..

2- Sebelum ini, aku tertanya tanya, Jika benar dia dikaitkan dalam report Dr Hafizam, Kenapa Syazlin mansor begitu berkuasa dan berani mengugut saksi.. ? besar sangatkah dia dalam Kerajaan hari ini..? hari ini teka teki itu terjawab, Bila dalam laporan malaysiakini dia ada hubungan dengan pegawai KPKT dan Suaminya adalah isteri kepada Setiausaha Akhbar Zuraidah Menteri KPKT, Apakah Zuraidah tahu atau buat buat tak tahu ?

Memang tepat tindakan Peguam Negara meminta dia tidak mewakili KPKT, nanti timbul persoalan bila hasil Inkues ini dipertikai, ia akan memberi gambaran Konflik dan kepentingan, sebabnya dia yang mewakili KPKT tetapi ada kaitan dengan Menteri yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Bomba..

3- Tindakan Pelik Syazlin, Mengapa dia bersungguh sungguh mencari saksi baru untuk gambarkan Adib dipukul ? Sedangkan Konsisten hampir semua Doktor yang beri keterangan dalam Inkues, Kecederaan dalaman Adib itu menyerupai kecederaan dari kesan "Kemalangan" Impak jatuh dari tempat Tinggi.. ia menjadi punca kematian, Tidak ada kecederaan yang jelas yang Adib dipukul..

4- Semua Doktor ini terlibat dalam rawatan dan Bedah Siasat Adib dipanggil beri keterangan, dari Doktor yang memberikan rawatan Awal di Subang Medical Hospital, Doktor di IJN, Pakar Bedah Siasat dan Forensik HKL, semuanya dipanggil memberikan keterangan....

Pelik bila peguam yang wakili kerajaan tidak yakin dengan Saksi yang terlibat, tetapi ambil keterangan Dr Shahrom yang dibawa khas pada akhir Inkues untuk timbulkan Keraguan.. Syazlin Mansor sebenarnya kerja untuk Siapa? Sedangkan Dr Shahrom tidak terlibat dalam bedah siasat, rawatan adib sama sekali, dia hanya berhujjah dari dokumen laporan perubatan dan video lakonan semula Anggota Bomba..

Dr Shahrom dalam keterangan dia, memberikan pelbagai teori teori mengarut mengaitkan Adib diheret dan dipukul, kononnya dari hentakan perusuh boleh meninggalkan kecederaan yang dalam kepada Adib,

Sedangkan Teori Adib Ditarik ini tidak berani disahkan hatta oleh Saksi Bomba sendiri, Pemandu EMRS iaitu Ahmad Shahrill Othman..Pelik kan Pemandu EMRS pun tidak sedar Adib ditarik tetapi saksi yang diupah Syazlin Mansor kata Adib ditarik.

5- Lagi pelik Tindakan Syazlin Mansor ini , Ketika Keterangan Dr Shahrom dalam Inkues, Syazlin Mansor membantah kehadiran Dr Ahmad Hafizam Hasmi , doktor Pakar HKL bagi mengikuti Inkues.. Mengapa Dia begitu takut dengan Doktor Pakar HKL ?

6- Setelah keterangan Dr Shahrom selesai, Pengendali Inkues meminta dipanggil semula, saksi ke 24 iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL, Kenapa Syazlin Mansor begitu pelik, Dia membantah tindakan memanggil semula Pakar HKL ?

7- Setelah dibantah, bantahan itu diterima Koroner, dan akhirnya Pengendali Inkues merayu di Mahkamah Tinggi, Dan Rayuan memanggil semula Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL dibenarkan..

Setelah rayuan Dibenarkan,bila Inkues Hampir bermula, Dia merayu ke Mahkamah untuk menolak keterangan Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL bagi membalas Hujjah Dr Shahrom saksi yang diupah Syazlin Mansor.. Pelik kan, dia bersungguh Sungguh membantah.. Sedangkan jika dia dipihak yang benar, tidak apa yang dia harus takutkan..

8- Dalam Perbicaraan terakhir Inkues melibatkan saksi Dr Pakar HKL, Syazlin Mansor sekali lagi cuba memperlekehkan, mencetuskan teori lain bagi menjejaskan reputasi saksi dan Doktor pakar HKL, Pelik tak, dia mewakili Kerajaan.. tetapi dia mempertikaikan Saksi dari hospital Kerajaan.. ? Sebenarnya Syazlin Mansor ini bekerja untuk Siapa ?

9- Dan akhirnya, Semalam Dia menarik diri dari Inkues Adib, Mengapa dia menarik diri.. ? kalau Benar benar mencari kebenaran.. tak perlu bayaran dan Upah kononnya.. Dia boleh terus mewakili Keluarga Adib,

Dia masih boleh Memanggil Semula saksi ke 29 Dr Shahrom untuk menyambung teori dan cerita Dongengnya seperti yang dikehendaki Syazlin Mansor.. Malah Koroner sudah pun membenarkan saksi itu dipanggil Semula..

10 -Apakah Tindakan Syazlin Mansor menarik diri dari keseluruhan Inkues sengaja cuba menimbulkan sentimen dan persepsi yang Inkues ini tidak adil ? Sedangkan Inkues tidak pernah menghalang dari mana mana saksi dipanggil, dan mana mana Saksi dicabar keterangan dan buktinya.. walhal Inkues hanya tinggal 2 hari berbaki.. mengapa dia menarik diri ?

11- Apakah Syazlin Mansor sebenarnya tahu, Teori teori dongeng dia bersama saksi upahannya Dr Shahrom itu sudah berjaya disangkal, dan dibalas dengan baik oleh Dr Ahmad Hafizam Hasmi, doktor Pakar HKL.. ?

12- Dalam semua tindakan pelik Syazlin mansor ini, Bermain di fikiran aku sekian lama,Begitu mudah Syazlin mansor menyusup masuk kedalam Inkues, mewakili KPKT biarpun ia ada kaitan dengan orang kanan Menteri.. apa misteri disebalik semua ini ?

Misterinya tindakan Syazlin mansor ini sama misterinya dengan tandatanya siapakah dalang disebalik serangan kuil yang sehingga hari ini masih tidak terjawab....ini yang menimbulkan tanda tanya Dalam tulisan tulisan aku sebelum ini.. Sebenarnya, Syazlin Mansor ini bekerja untuk Siapa ?

Ipohmali

Wednesday, March 14, 2018

Skandal 1MDB Rompakan Wang Negara


Jelas terang lagi bersuloh...
1MDB adalah rompakan duit negara Malaysia
1 Dunia sudah heboh...ini ceriter...
Tapi di Msia senyap seribu bahasa

Orang kampung lagi senyap
sebab tak tahu apa-apa...
Tahu2 kena GST...
Konon nak bantu pembangunan Negara...

Hampeh Pak Menteri....
Semua Cilakak nyer Menteri
Semua menipu orang kampung
GST bukan untuk pembangunan Negara
GST bukan untuk tambah pendapatan Negara

GST untuk ganti DUIT 1MDB yang Najib dah sapu...
GST sebagai galang ganti supaya Msia ni tak bangkrap!
Rakyat yg bodoh akur semua nyer...
Semua jadi Pak Angguk & Pak Turut...

Tak sedar kena TIPU...
Ngan Najib Rosmah & Pak Menteri...
Yg masuk kampung.....

Saturday, January 27, 2018

MELAYU JADI ROHINGYA


Fahami lah wahai orang Melayu
Sebenar nye Malaysia kamu ini telah di jajah!
Apa nak buat pemimpin yg ada rela Malaysia di jajah
Asalkan perut mereka kenyang
Rakyat....pi mati lah dgn korang!
Apa mereka nak hairan dgn rakyat...
Kerana rakyat tetap sokong & undi mrka

Bersedia lah 20 thn lagi...
Kau tengok lah papan tanda jalan
Kita mungkin dah mati....
Tapi anak cucu kita tanggung lah hasil tangan kita
52 billion bukan dedak lagi....
Tapi penjualan tanah Malaysia kpd org asing
Tanah 1MDB, tanah Felda jln semarak, tanah industri di Kuantan,
Tanah di Johor, ketapi laju...semua milik Negara Cina apa lagi...

Rakyat tetap tak sedar...Najib dah jual Malaysia
Biarkan...biarkan....biarlah hancur negara...
Kita Melayu jadi Rohingya

52 billion bukan duit derma....
52 billion duit jual Malaysia....
Mana Tanah Melayu????
Yang ada Malay....Sia...L

Dah lama British tanam DOKTRIN pd org Melayu
Hingga parti untuk orang Melayu pun Bahasa Inggeris...
UMNO - UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION
Sekarang datang pula Negara CINA
20 tahun lagi papan tanda jalan tulisan CINA

Nak MERDEKA
Nama Tanah Melayu pun mesti tukar dahulu sebagai syarat
dari Tanah Melayu kpd MALAY...SIA...L
Apa orang Melayu belum sedar...
Biarkan...Biarkan...
Melayu jadi Rohingya.....

Najib Akui Memang Ada Kegagalan Dalam 1MDB


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengakui ada kegagalan dan kelemahan dalam tadbir urus berkaitan dengan 1MDB tetapi mendakwa beberapa pihak yang mahu mensabotaj ekonomi negara demi kepentingan politik cuba memperbesar-besarkan isu itu.

Bercakap pada InvestMalaysia 2018 di Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata 1MDB dicabar dengan begitu kuat dan dijadikan senjata untuk membuktikan kononnya ekonomi Malaysia mengalami keruntuhan.

Beliau kemudiannya menggariskan langkah-langkah yang diambil untuk membetulkan masalah berkenaan dan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembangkang sebagai sasarannya.

"Tetapi seperti yang kita pelajari mengenainya, jadi kita juga telah belajar daripada kesilapan lalu," katanya jelas merujuk isu-isu yang melanda pentadbiran Dr Mahathir seperti skandal pertukaran asing Bank Negara (forex).

Najib berkata , beliau mengakui terdapat alasan yang sah untuk dikhuatiri.

“Saya tidak mengketepikan isu ini begitu sahaja. Memang ada kegagalan dalam syarikat ini, kelemahan tadbir urus. Memang ada asas yang menimbulkan kebimbangan.

“Disebabkan itu saya telah mengarahkan siasatan yang paling komprehensif dan terperinci dilakukan dalam sejarah korporat Malaysia, siasatan yang melibatkan pelbagai pihak berkuasa termasuk jawatankuasa parlimen dianggotai parti kerajaan dan pembangkang.

“Dapatan siasatan mereka turut diambil kira – lembaga pengarah syarikat dibubar, pasukan pengurusannya ditukar dan operasinya dikaji semula,” katanya.

Najib juga menarik perhatian bahawa 1MDB telah menyusun semula asetnya, dan dengan hasil itu, ia mengambil pendekatan agresif untuk mengurangkan hutang kepada tahap paling rendah.

"Syarikat itu menumpukan kepada usahanya bagi memastikan dua aset yang paling berharga - Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange - kekal sebagai cadangan pelaburan yang menarik kepada pemegang saham dan pelabur,” kata Najib.

Kemelut 1MDB dan susulan pelbagai siasatan di beberapa negara menyaksikan desakan semakin kuat mahu Najib meletakkan jawatan. Dr Mahathir juga secara terbuka menuduh perdana menteri menyelewengkan dana daripada firma itu apabila sejumlah wang yang besar dijumpai berada di akaun bank peribadi perdana menteri.


Tetapi Najib menafikan menyalahgunakan sebarang dana awam untuk keuntungan peribadi dan mendakwa mereka yang membuat tuduhan berkenaan berkomplot untuk menjatuhkannya.

Artikel : MalaysiaKini