INI KES TIPU
KERAJAAN UMNO/BN PINDAHKAN TANAH KEPADA TALAM:
MCA PERLU AMBIL TANGGUNGJAWABSaya
mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB
Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha
pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan
Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.
KEADILAN
menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan
pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang
mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses
mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.
Biro
Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah
memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di
medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di
peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Oleh
itu, saya haruslah bermula dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan
Datuk Chua Tee Yong yang cuba memutar belitkan fakta untuk memfitnah
Kerajaan Selangor tetapi tidak sedikit pun memohon maaf kepada rakyat
Selangor bagi pihak MCA atas penyelewengan dan rasuah yang dilakukan
bersama dengan Umno sehinggakan ribuan ekar tanah dan ratusan juta wang
rakyat hangus begitu sahaja.
Talam Corporation adalah anak emas
Umno/MCA di bawah pentadbiran mereka dahulu. Selain diberikan tanah,
Talam Corporation juga mendapat pelbagai projek besar yang dikendalikan
oleh Kerajaan Selangor pada ketika itu.

Maka
tidak hairanlah, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah telah
dipindahmilik kepada Talam Corporation di bawah pentadbiran Umno/MCA di
Selangor. Lebih memualkan, pentadbiran Umno/MCA juga menutup mata kepada
kegagalan Talam Corporation membayar cukai tanah dan premium kepada
Kerajaan Negeri, termasuk bagi tanah-tanah seperti berikut:
1. RM11.26 juta tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 1,276 ekar di Bukit Beruntung
2. RM526,421 tunggakan cukai tanah bagi tanah seluas 25.94 ekar di Bukit Beruntung
Tidak
cukup dengan kealpaan kerajaan Umno/MCA mengutip cukai tanah dari kroni
mereka, rakan-rakan karib Datuk Chua Tee Yong di dalam MCA juga tidak
segan silu membenarkan tanah-tanah ini dicagarkan pula oleh Talam
Corporation kepada bank, sedangkan mengikut undang-undang selagi cukai
tanah belum dibayar hakmilik tidak boleh dipindahkan.
Oleh sebab
kealpaan dan penyelewengan MCA jugalah, sebahagian besar tanah seluas
lebih 4,000 ekar ini digadaikan oleh Talam Corporation kepada bank.
Hutang bank tertunggak Talam Corporation kepada bank, ketika Kerajaan
Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil keputusan nekad
merampas tanah-tanah ini, sudah pun mencecah RM286 juta.

Pada
masa yang sama, Talam Corporation juga berhutang dengan anak-anak
syarikat Kerajaan Selangor apabila pelbagai projek usahasama dan tender
yang dimenanginya gagal disiapkan. Sekali lagi, rakan-rakan karib Datuk
Chua Tee Yong langsung tidak menghiraukan rekod buruk Talam Corporation
apabila tender-tender dan perjanjian usahasama ini dianugerahkan kepada
Talam Corporation.
Akibat dari pelbagai projek usahasama dan
tender yang gagal, Talam Corporation berhutang sejumlah RM392 juta
kepada anak-anak syarikat Kerajaan Selangor.
Penyelewengan yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno/MCA ini akhirnya terpaksa diselesaikan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat.
Ini
bermula dengan merampas kembali tanah-tanah dan harta yang masih
dimiliki Talam Corporation, termasuklah tanah-tanah yang telah
digadaikan kepada bank-bank. Jumlah tanah-tanah dan harta yang dirampas
dari Talam Corporation oleh pentadbiran Pakatan Rakyat mencecah RM684
juta.
Pun begitu, tanggungjawab kepada pemiutang lain dan bank
juga perlu diselesaikan supaya tanah-tanah ini bebas dari gadaian dan
boleh dibangunkan oleh anak-anak syarikat Kerajaan Selangor di masa
hadapan.
Dari jumlah RM684 juta harta yang dirampas tadi,
sejumlah RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang bank dan
pemiutang lain untuk membebaskan tanah-tanah tersebut dari gadaian.
Hasil
bersih inilah; yang berjumlah RM392 juta adalah bersamaan dengan
hutang-hutang Talam Corporation, yang akhirnya berjaya dikutip oleh
pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kiraan ini adalah cukup mudah, tetapi dirumitkan oleh Datuk Chua Tee Yong untuk mengaburi mata rakyat.
Saya
memberi amaran supaya beliau cepat-cepat menghentikan fitnah ini
sebelum lebih banyak fail-fail penglibatan pimpinan MCA dalam kesemua
usahasama dan projek yang gagal ini didedahkan kepada rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
13 JULAI 2012
PENGUMUMAN UNTUK PENDENGAR RABU
hari sabtu ini
radio bangsar utama
akan membuat dua laporan terus menerus
satu laporan demo menyokong warga felda
satu lagi konsert pesta jalanan
untuk kaum kerabat reformasi
untuk penyokong rakyat tertindas
untuk mereka yang benci gerombolan
untuk mereka yang hendak tumbangkan kerajaan
sila layari radio bansar utama
www.radiobangsarutama.spot.com
www.radiobangsarutama.com
(Artikel ini di ambil dari blog Tukar Tiub)