Tuesday, June 9, 2009

UMNO/BN HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG


Kesian sungguh dengan UMNO/BN kerana telah gagal memporak porandakan PAS sewaktu Muktamar Agong PAS Pusat yang ke-55 berjalan.Semua projek UMNO/BN hendak melaga-lagakan pemimpin PAS telah berkubur begitu sahaja.Begitu juga projek mereka untuk menghasut para perwakilan PAS Kawasan2,semua nya telah gagal.Projek melagakan kumpulan ulama dan kumpulan profesional telah gagal kerana Tuan Guru Haji Hadi telah menyatakan tidak ada profesional dan ulamak dalam PAS.Semuanya adalah ahli PAS tanpa mengira mereka profesional,ulamak,petani,nelayan,buruh atau pekerja kilang dan sebagainya semuanya sama iaitu ahli PAS.


Perwakilan PAS Kawasan Jelebu dari kiri Tuan Syed Alias, YDP Haji Kateran,

Haji Jamalus dan saya. Sdra Nor Anif tiada dalam gambar.


Walaupun dalam Muktamar ke-55 terdapat pertandingan jawatan tetapi ia berjalan dengan sungguh baik, harmoni serta sikap setia kawan yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS Pusat dan Perwakilan telah terserlah.Tak lah macam UMNO apabila Khairy Jamaluddin menang Ketua Pemuda terdapat pulak pengikut dan penyokong Mukriz dan Khir Toyo yang bertempik di belakang dan hampir bergaduh pulak tu….Sungguh memalukan.


Sekarang ini bila semua projek itu sudah gagal timbul pula kisah Kerajaan Perpaduan.Siapa sebenarnya yang hendak kepada Kerajaan Perpaduan ni??? Saya yang mengikuti muktamar ini dari mula hingga akhir sebagai Perwakilan PAS Kawasan Jelebu, telah jelas dengan sikap dan prinsip yang dipegang oleh kedua-dua TOK GURU yang menjadi pemimpin tertinggi PAS.Kedua-dua nya dengan keras telah menolak konsep atau inspirasi Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan oleh UMNO ini.


Hari akhir muktamar sedang mendengar uapan penangguhan Presiden


Apa yang jelas kedua-dua TOK GURU menyatakan dalam konsep dakwah PAS, dalam usaha untuk mengajak orang ramai dan rakyat mengikuti dan menghayati ajaran Islam maka orang UMNO/BN janganlah ditinggalkan kerana mereka juga manusia makhluk ALLAH dari keturunan Nabi Adam.Maka sudah sewajar lah mereka juga didakwahkan untuk mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya dengan harapan mereka akan sedar akan kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan untuk menerima Islam yang sebenarnya, dengan menjalankan segala hukum2 yang ada di dalam Al-Quran.ITU SAHAJA…


Kalau ini lah yang dikata oleh UMNO/BN Kerajaan Perpaduan mako GOLAK BOSAR LAH DEN TU... Bangang bonar lah orang UMNO ni..

2 comments:

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
OK are u ok atau KO? .Engkaw ni poi tapi tidoq la jang ooi.Rato rato Presiden PAS da mulo joloq tabuan perihal Kerajaan Perpaduan . Presiden Pas TG Haji Hadi terang terang dah kata tak salah duduk dan dengar perihal Kerajaan Perpaduan dengan UMNO BN . Sebelum Perhimpunan permilihan Wakil lagi , TG Haji Hadi dah suruh mangkok hanyun Ustaz Nasarudin poi jumpa dengan UMNO BN untuk bincang perihal Kerajaan Perpaduan.Jang oh Jang ,engkaw ni betol betol tidoq , buak habiskan boras jo.
Biar den taksir kan kat engkaw impian TG Haji Hadi punyo rancangan kenapa TG Haji Hadi nak kan Kerajaan Perpaduan.
Engkaw mosti faham TG Haji Hadi adalah manusia biasa macam kito ni lah , hati TG Haji Hadi cemburu kat TG NIK Aziz kerana TG Nik Aziz dapat bertahan jawatan MB Kelatan selama 19 tahun lama nya. Tapi TG Haji Hadi hanya dapat merasai jawatan MB Terengganu hanya 4 tahun sahja .So TG Haji Hadi sama lah kedudukkan nya dengan Samy Vellu hanya presiden parti je . Keistemewaan MB tiada dalam tangan .Beza ketara jawatan presiden parti dengan jawatan MB , Engkaw ni faham tak den cerito ni .
Dan Impian TG Haji Hadi terbuka sekali lagi apabila Saudara Anwar Ibrahim kato 16 September 2008 , Pakatan Rakyat akan mengambil alih Kerajaan Malaysia tapi kantoi tak jadi , So mungkin TG Haji Hadi kecewa lagi kerana impian untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia tak kesampaian .
So kira kira lah untuk mencapai impian TG Haji Hadi untuk menjadi seseorang yang akan di kenali atau gambar TG Haji Hadi lekat kat dinding Bangunan Kerajaan Malaysia hanyalah bergabung dengan UMNO BN yg kini tengah nazak .Ini sajalah cara untuk TG Haji Hadi dapat apa yg TG Haji Hadi impikan tak kira lah jawatan MB atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia . Bak kato orang lah "Rambut sama hitam tapi hati hanya Tg Haji hadi sahaja lah yang tahu " Walaumacamanapun ini hanyalah pandangan den sahaja tau . Kalau salah pandangan den. Den minta maaf dari hunjung kaki sampai kehujung rambut kat Tg haji Hadi . Tapi den dan teman teman den dah berikrar sumpah tidak akan mengundi TG Haji Hadi , Ustaz Nasarudin dan juak juak yang mengubdi Ustaz Nasarudin semasa pilihan raya 13 akan datang biak ADUN ataupun Parlimen.Kami berpegang teguh pendirian di belakang Tg Nik Aziz yg rata rata bencikan UMNO BN yg terlalu bangga dengan dosa dosa yg UMNO BN buat penindasan kat kawan kawan den kat kelatan

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

A'kum Hj Jamaluddin,
Mahal den bayar hotel kek Sunway tu semato2 nak mengikuti muktamar kali ni.Maap lah yo sokolip pun den tak tido.
Kok ekau torlolap agak eh sobab tak paham2 aspirasi keduo2 tok guru ni ataupun ekau ni ahli United Malay National Organisation (UMNO) sobab gomar nar pulak nak melago-lagokan keduo2 Tok Guru ni.
Maap lah aji kito orang2 PAS tak layan lah sumo2 ni.Ekau yang tak ado maso muktamar tu agak eh???
Maap tanyo ekau ni Perwakilan tang mano??