Tuesday, April 12, 2011

Masih Ada Yang Sayang

Pada hari ahad 10 April baru2 ini PAS MTD Klawang telah mengadakan program "Masih Ada Yang Sayang". Tujuan program ini adalah untuk menyantuni masyarakat di DUN Klawang yang OKU dan yang miskin. Program telah disertai oleh Saudara Nor Anif (Naib YDP PAS Jelebu),Cikgu Jaaman (Timbalan Pengarah MTD), Saudara Yusry Mohamad (Setiausaha Dewan Pemuda PAS NS) dan juga Puan Osnidah Othman (Ketua Dewan Muslimat PAS Jelebu).

Naib YDP Jelebu/Pengarah MTD Klawang Saudara Anif menyampaikan
sumbangan pada Pn Siti Aisyah Bte Idris yang buta disebabkan oleh penyakit
kencing manis dan sakit buah pinggang


Sebelum itu pada sebelah paginya mereka semua telah mengedar risalah buku jingga di kawasan Pasar Minggu di pekan Kuala Klawang. Menurut Saudara Anif program "Masih Ada Yang Sayang" ini akan dijalankan sebulan sekali. Pihak MTD Klawang akan mendapatkan nama dan mengenal pasti keluarga atau individu yang layak untuk menerima sumbangan.


Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada En Ishak Ismail
yang menjaga abangnya Samat Bin Ismail (OKU)


Saudara Anif yang juga merupakan Pengarah MTD Klawang menyatakan kepada mana2 individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan atau memberikan sumbangan kepada OKU atau rakyat miskin boleh juga menyalurkan melalui MTD Klawang dengan menghubungi beliau atau Setiausaha MTD. Setakat ini ada seorang ahli perniagaan yang menyalurkan sumbangan bulanan melalui MTD Klawang kepada seorang ibu yang buta disebabkan oleh penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang.


Pn Osnidah (Ketua DMP Jelebu) menyampaikan sumbangan kepada
Puan Salina Said di Kg Purun



Hj Abdul Razak menyampaikan sumbangan kepada Sdra Malik Radzuan
yang mempunyai anak yang sakit dan beliau juga kurang kemampuan




Ayahanda Cikgu Jaaman menyampaikan sumbangan kepada keluarga
Pn Faziah Bte Manap yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak
yang ramai.Salah seorang anak Pn Faziah sekarang ini sedang menuntut di
Kolej Tunku Kurshiah Seremban.

3 comments:

Anonymous said...

tahniah untuk pas kuala klawang. Semoga pas terus mengambang disana. Cadangan, buat juga untuk pengundi Cina dan panggil media mereka. tq

mht
mtdparoi

Anonymous said...

aku ucapkan tahniah atas program PAS kawasan Jelebu...cume aku nampak ibarat bile nak buat majlis kawin baru lah nak buat itu buat ini..bile habis majlis semue buat hal masing2..kekadang aku pun heran..mane pergi nye ahli2 PAS Jelebu..asik muke itu je..program2 MTD Klawang mcm bidan terjun..ahli2 tak tahu..jgn kite beranggapan tak perlu kite promosi kan wadah kite ni...sape nak yg serta bolih dtg..jadi aku cadangkan...

1.gunekan lah kemudahan hset kite untuk memberi maklumat..

2. gunekan kemudahan internet untuk menyalurkan maklumat melalui email..

3.adekan program2 penerangan di sekitar parlimen Jelebu..

banyak kaedah2 lagi..

ape2 pun aku akan cube menyumbang ape yg mampu untuk PAS..

wassallam...

Saiful Bahri Jaaman @ Angah said...

terima kasih atas komen saudara semua.Insyallah PAS MTD Klawang akan cuba baiki kelemahan