Thursday, January 24, 2013

Naik Bilboard Baru Tawaran Pakatan Rakyat



Pada hari Ahad yang lepas Unit Peti Undi (UPU) Klawang Bandar telah menaikkan billboard baru Tawaran Pakatan Rakyat di markaz UPU di Kg Larong. Ini kerana billboard yang lama telah koyak dan menutup mesej yang hendak disampaikan. Pada kali ini billboard tersebut dinaikkan dihujung pagar dan terus mengadap kedai makan tomyam dan kedai makan di seberang jalan. Tujuan di naikkan disitu adalah supaya pengunjung kedai tomyam dan  kedai makan tersebut dapat membaca apakah tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat jika diberikan kuasa untuk memerintah Malaysia pada PRU 13 nanti.




Tingkat 2 PTA Dah Nampak Bayang

Lawatan saya ke Kuala Klawang untuk melihat perkembangan pembinaan bangunan PTA pada hari Isnin 21hb yang lepas adalah tidak sia-sia. Ini kerana pembinaan bangunan PTA telah pun sampai ke tingkat 2. Alangkah gembiranya rasa hati kerana Insyallah tidak lama lagi  kewujudan bangunan PTA akan menjadi realisasi.




Tabik saya pada abang Zul dan kumpulan pekerja nya kerana mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk menyiapkan bangunan ini mengikut jadual. Baru-baru ini beberapa orang pelajar lama Sek Men Teknik Trengganu (pelajar tahun 1976) telah datang ke Kuala Klawang untuk melihat sendiri perkembangan pembinaan bangunan PTA.Mereka juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM 1,000. Mereka juga berjanji untuk menghubungi rakan2 mereka yang lain untuk sama-sama membantu dan menyumbang kepada pembinaan PTA.


Sehubungan dengan itu kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk pembinaan bangunan PTA boleh lah memasukkan wang ke dalam akaun PUSAT TARBIYAH AL AMIN di Maybank.Nombor akaun PTA adalah : 5550 6911 3244 Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih.Semoga Tuan/Puan di berkati dan di rahmati ALLAH.


Sunday, January 20, 2013

Lawatan YB Taufek (ADUN Paroi) ke PTA

Pada hari rabu 16 Januari yang lepas YB Hj Taufek ADUN PAS Paroi telah singgah untuk melawat kerja-kerja pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin. YB datang ke Jelebu kerana menghadiri pengkebumian arwah isteri Tuan Hj Razak. Tuan Haji Razak adalah orang kuat PAS di Klawang dan seorang AJK PAS Kawasan Jelebu. Tuan Haji Kateran YDP PAS Kawasan Jelebu turut datang bersama-sama YB melawat PTA.



Dari kiri Saiful, YB Taufek, Zul & Hj Kateran
 
 
YB sempat meluangkan masa selama 15 minit untuk melihat kerja-kerja pembinaan yang dijalankan dan bertanya beberapa soalan kepada En Zul dan saya. YB sempat bertanya bila projek pembinaan bangunan PTA akan siap. Kami menyatakan insyallah akan siap sebelum hujung bulan februari.





Lawatan Hj Kamarol Pengarah JPN ke PTA

Pengarah JPN PAS N9 Tuan Hj Kamarol telah datang melawat Pusat Tarbiyah Al Amin pada hari Rabu yang lepas. Beliau bersama rombongan telah menghabiskan masa selama 1 jam melihat perkembangan pembinaan PTA dan berbincang beberapa perkara dengan Hj Jaaman pengerusi PTA. Tuan Hj Kamarol berpuas hati dengan usaha AJK PTA yang cuba mengujudkan sebuah Pusat Tarbiyah yang lengkap.

 Dari kiri Hj Jaaman, Hj Kamarol & seorang sahabat

 
Antara topik perbincangan adalah tentang pendekatan sistem pelajaran yang akan dijalankan di PTA dan juga guru-guru yang akan mengajar di PTA. Menurut Hj Jaaman PTA akan menjalankan sistem pembelajaran seperti pondok2 di Kelantan iaitu mempelajari satu-satu kitab sehingga khatam.PTA juga telah mendapat persetujuan beberapa orang Ustaz untuk mengajar di situ antaranya adalah Ustaz Suhaimi, Ustaz Kassim Tahir, Ustaz Khairi Zainuddin dan Ustaz Khairil Wafa.Menurut Hj Jaaman perkara ini akan diperincikan dengan lebih lanjut apabila bangunan siap dan jadual atau silabus pelajaran telah disiapkan.

 


Tuesday, January 15, 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat KL 112




[GEMPAR] Ulama' & Wali Allah Turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Ramai golongan UMNO, pemerhati atas pagar dan geng-geng agamawan khususnya yang tidak bersetuju dengan penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 #KL112 pada 12 Januari 2013 yang lalu. Mereka menghukumkan program ini sebagai haram, merosakkan keamanan serta tidak dipersetujui oleh alim ulama' apatah lagi para Auliya' Allah swt. Namun saya pasti mereka akan pening, sepening-peningnya, apabila insan-insan yang dekat dengan Allah swt, para kekasih Allah dan orang yang paling warak serta alim dalam urusan agama juga sebenarnya turut serta turun ke himpunan kali ini. Tak percaya? Tengok ini! ^_^


Al Alim Allamah Tuan Guru Hj Salleh Musa Hafizahullah Pondok Sik (kiri)

Tuan Guru Hj Abdullah Pondok Bukit Lada

Tuan Guru Hj Wahab Hassan Pondok Lanai Kedah
Syeikh Zainal Asri, Mudir Darul Hadis
Entah apa lagi dakwaan, hujah siapa yang mengharamkan PAS, mengharamkan pilihan raya, mengharamkan mengundi, mengharamkan Ulama masuk PAS, mengharamkan himpunan dan macam-macam lagi la. Pelik la saya dengan puak-puak macam ini. Kebenaran terpampang jelas depan mata kot. Saya menunggu komen daripada geng-geng "macai".
 
 
Artikel ini dipetik dari Blog Hijabul Crewz

Monday, January 14, 2013

Pusat Tarbiyah Al Amin - Dah Nak Naik Tingkat 2

Nampaknya pembinaan Pusat Tarbiyah Al Amin berjalan lancar di bawah kelolaan Abang Zul dan Haji Jaaman. Sehingga kini batu dan batu angin tingkat bawah sudah siap di pasang. Para pekerja sedang dalam proses untuk membuat beam bagi meneruskan pembinaan ke tingkat 2.



Menurut abang Zul Insyallah bangunan PTA akan siap dalam masa sebulan setengah ini jika tidak ada apa2 halangan. Hari ini saya mendapat sms dari Hj Jaaman ada seorang Hamba ALLAH telah datang melawat projek pembinaan PTA dan menghulurkan derma sebanyak RM 3,000. Beliau telah datang bersama isteri dan anak beliau yang juga merupakan seorang guru sekolah.

 
Sebelum ini terdapat seorang Hamba ALLAH dari Jeram yang menghulurkan RM 2,000 dan juga membelikan tiang roman untuk PTA. Seorang ahli perniagaan dari Kuala Selangor telah bersetuju untuk mendermakan Jubin untuk lantai Surau PTA.



Insyallah dengan bantuan derma sebegini projek pembinaan PTA akan dapat direalisasikan secepat mungkin dan kerja-kerja pembinaan dapat diselesaikan tanpa tergendala atau terbantut dengan masalah kewangan. Sehubungan dengan itu bantuan derma dari Tuan/Puan masih diperlukan lagi. Diharap Tuan/Puan sudi dan bermurah hati untuk menderma ke akaun Pusat Tarbiyah Al Amin di Maybank. Nombor akaun Maybank PTA adalah 5550 6911 3244. Sumbangan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. Jazakallahu Khairan Kathira...

Yang benar
SAIFUL BAHRI
Setiausaha PTA






http://orangklawang.blogspot.com