Pesuruhjaya PAS N9 telah pergi melawat ke kawasan kebun sayur di Cross Street 2 bersama dengan petugas-petugas PAS N9 untuk bertemu dengan pengundi kaum Tionghua di sana.Sambutan masyarakat tionghua kebun sayur sangat menggalakkan.
Pesuruhjaya PAS N9 & Petugas2 PAS N9 bergambar bersam-sama Ketua Tokong dan penduduk Tionghua di Kebun Sayur Cross Street 2
Pesuruhjaya PAS N9 Sdra Zulkefly dan Ustaz Wan Azhar telah berbincang dan berbual mesra dengan ketua penduduk setempat yang juga menjadi ketua di tokong kebun sayur tersebut.Penduduk Kebun Sayur menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada DSAI dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.
Bendera 3 parti tonggak Pakatan Rakyat berkibar di Taman Ciku, Permatang Pauh
Ketua Tokong tersebut menyatakan rasa gembiranya kerana orang PAS, DAP dan KeAdilan dapat duduk bersama dan berjuang bersama-sama untuk keharmonian dan membela nasib rakyat. Saudara Zulkefly pula menyatakan harapan beliau, agar seluruh penduduk di kebun sayur dapat keluar mengundi pada 26 Ogos ini dan memberikan undi yang sebanyak-banyaknya kepada DSAI demi untuk menundukkan kerajaan BN.
DSAI dan YAB Lim Guan Eng melawat pengundi di Taman Ciku
Petugas PAS N9, AJK PAS Cawangan Kg Paya dan Penduduk Tionghua Kebun Sayur bergambar mesra semasa lawatan PJ N9 ke kawasan Kebun Sayur.
Dari kiri Hj Zainal, Cikgu Hassan (Ketua Penerangan PAS N9) dan Hj Daud (Ketua PAS Cawangan Pantai) sedang berehat di Balai Islam
Permatang Pauh 18 Ogos 2008 : Hari pertama berada dalam suasana pilihanraya Permatang Pauh. Dapat dirasakan ketegangan dan kepanasan bahang pilihanraya di Permatang Pauh.Malam tadi rombongan kami tersekat di jalanraya hampir 2 jam untuk balik dari Kubang Semang ke Kg Paya.Road blok polis dan kereta serta peronda bermotor polis berada di mana-mana sahaja.
Dari kiri Hj Lufti (UPU Kg Paya), Pak Andak Saad (Pemangku YDP Bkt Mertajam), Zulkefly (PJN9) & Ustaz Wan Azhar (Pengarah Sekretariat PAS N9 di P.44 Permatang Pauh)
Beratus-ratus FRU ditempatkan di Permatang Pauh seolah-olah seperti satu rusuhan besar akan berlaku di Permatang Pauh. Polis berpakaian preman dan polis biasa berada di mana-mana sahaja di Permatang Pauh. Benarlah seperti apa yang dikatakan oleh penceramah2 PAS dan Pakatan Rakyat yang mengatakan Malaysia adalah Negara Polis.Apakah perkara ini akan berterusan pada tiap-tiap pilihanraya kecil di Malaysia ini? Keputusan perkara ini terletak di atas bahu pengundi Permatang Pauh.
Petugas dari PAS N9 membantu menaikkan bendera PKR di simpang masuk Kg Paya, Simpang Tiga Berapit.Pegang bendera Anif (Kancil), Hafiz & Raniman(pakai kopiah & rambut panjang pony-tail)
Jika pengundi Permatang Pauh bertindak bijak dengan memilih DSAI sebagai ahli Parlimen maka suasana di Malaysia ini akan berubah.Polis di Malaysia akan menjadi satu jentera atau jabatan yang lebih bijak dan telus, yang bekerja untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat.Bukan menjaga kepentingan politik pemimpin UMNO/BN seperti yang berlaku sekarang ini. Maka kita berharap dan berdoa agar pada 26 Ogos 2008 ini pengundi Permatang Pauh akan menjadi insan mulia yang bijak dengan memilih DSAI untuk mengubah dan menukar corak dan cara pentadbiran kerajaan di Malaysia ini.
3 orang OTAI MTD Klawang di Bilik Gerakan UPU Cross Street 2. Dari kiri Mazlan, Hj Ismail & Hj Razak.
Ceramah DSAI, Lim Guan Eng & Ir Nizar di Simpang Tiga Berapit. Padat....sepadatnya
Saya & Abang Mahat dari Rembau sebelum beliau balik sekejap ke N9 nak minta sambung cuti untuk terus bertugas di Permatang Pauh.
Ipoh 17 Ogos 2008 : Hari ketiga muktamar berlangsung. Alhamdulillah kelima-lima perwakilan Jelebu masih tekun mengikuti persidangan dan perhasan muktamar. Hari ini pada sebelah petangnya 3 orang perwakilan akan meneruskan perjuangan di Parlimen P.44 Permatang Pauh. Kawasan Jelebu menghantar 13 orang petugas pilihanraya untuk bertugas membantu kempen DSAI di Parlimen Permatang Pauh.
Dari kiri Mahat,Saiful,Mazlan & Hafif siap sedia untuk ke Permatang Pauh
Petugas Jelebu yang berjaya hadir di Permatang Pauh dan telah pun mendaftarkan diri sebagai petugas sepenuh masa adalah :-
Saiful Bahri Jaaman S/U Kawasan Jelebu
Hj Jamalus Mansor Ketua Penerangan Kawasan
Nor Anif Selamat Penolong S/U Kawasan
Hj Razak Hassan AJK MTD Klawang
Hj Ismail Akup AJK MTD Klawang
Mazlan Marsham AJK MTD Klawang
Raniman Rani AJK Caw Gelang Pertang
Mohd Afif MTD Sg Lui
Alias Daud AJK MTD Klawang
Haris Shahrudin MTD Klawang
Syed Alias Syed Samara Simpang Durian
Mohd Barr MTD Pertang
Shamsudin Simpang Durian
Diharap petugas PAS Jelebu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk berkempen bagi memenangkan DSAI dalam pilihanraya P.44 Permatang Pauh. Seramai 39 orang petugas PAS N9 telah melaporkan diri untuk bertugas di Permatang Pauh. Lebih ramai lagi akan melaporkan diri pada hari ini 23 Ogos (Sabtu) kerana Saudara Zulkefly Pesuruh Jaya PAS N9 akan mengetuai satu konvoi besar-besaran kontigen N9 yang akan bertugas di Permatang Pauh.Konvoi ini telah pun mula bergerak pada pagi ini dan dijangka sampai di Permatang Pauh pada petang ini.
Gerai Along di serbu oleh pengujung muktamar
4 orang pengunjung Mat & Minah Saleh turut mengunjungi dan membeli belah di gerai -gerai muktamar 54
Kumpulan pertama sekretariat PAS N9 di Permatang Pauh bersiap sedia untuk bergerak selepas muktamar
Pemandangan pertama pilihanraya Permatang Pauh
"Balai Islam" Kg Paya, Simpang Berapit tempat penginapan Petugas2 PAS N9 di pilihanraya Parlimen P.44 Permatang Pauh
Ipoh 16 Ogos 2008 : Hari kedua muktamar berlangsung.Perwakilan Jelebu awal-awal pagi lagi telah memasuki dewan stadium untuk mengikuti persidangan muktamar.Perwakilan dari negeri-negeri dan dewan-dewan membahaskan dan menyokong ucapan dasar presiden.Negeri Sembilan menampilkan Ustaz Zakaria Khalim Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sembilan untuk membahas dan menyokong ucapan dasar Presiden.
Ustaz Zakaria Khalim TPJ2 NS membahaskan uacapan dasar Presiden
Dalam pembahasan beliau Ustaz Zakaria menegaskan bahawa tema muktamar tahun ini iaitu "PAS Untuk Semua" adalah satu tema yang sangat cantik dan bijak.Beliau tidak mahu ia hanya menjadi tema sahaja tetapi sebaliknya ia harus memberi jawapan kepada perseimbangan dan percaturan antara kaum di Malaysia.PAS N9 juga mencadangkan supaya lajnah Felda di dalam PAS harus di naik tarafkan menjadi satu jabatan supaya skop gerakerja dalam membantu dan menangani masalah peneroka Felda dapat di cakupi dalam kerangka yang lebih luas.Ustaz juga menyarankan agar ahli-ahli Parlimen PAS haruslah lebih kehadapan dan efektif dalam menangani isu-isu dan masalah rakyat supaya tema "PAS Untuk Semua" benar-benar dapat diterjemahkan dalam perbuatan dan tindakan yang sewajarnya.
Ustaz Wan Azhar (kiri sekali) bersama perwakilan Jelebu
Perwakilan Jelebu bersama Perwakilan Jempol di Dewan Muktamar
Pemangku YDP Jelebu Hj Kateran Marman dan NYDP Jelebu Hj Zainuddin Hassan di Dewan Muktamar
Ipoh 15 Ogos 2008 : Hari pertama muktamar PAS ke 54 berlangsung. Perwakilan PAS Kawasan Jelebu telah selamat sampai Ipoh semalam jam 3.30 petang dan terus mendaftar di bilik hotel yang telah ditempah awal-awal lagi. Pada jam 5.00 petang kami telah mendaftarkan diri di Stadium Indera Mulia tapak muktamar PAS ke-54 akan di adakan. Setelah pendaftaran kami pun berjalan dan minum petang di gerai yang menjual makanan dan minuman. Suasana meriah dapat dirasakan dengan ratusan gerai yang menjual berbagai jenis barangan. Hujan lebat bersama ribut petir juga turun pada petang itu menyambut kami di Stadium tersebut.
Perwakilan Jelebu dari kiri Nor Anif, Hj Jamlus, Hj Zainuddin, Hj Kateran & Saiful Bahri.
Pada pagi ini awal-awal lagi perwakilan Jelebu telah bersiap sedia untuk mengikuti muktamar. Ucapan perasmian Presiden dan muktamar penuh pada sebelah petang juga diikuti dengan penuh perhatian oleh perwakilan Jelebu. Kontigen PAS Jelebu juga dihadiri oleh Haji Razak, Haji Ismail dan Saudara Mazlan dari MTD Klawang, Saudara Raziman dari Kg Gelang Pertang, En Yunus Yahya dari MTD Sg Lui dan Saudara Khairul Azidi, Saudara Hanif serta Saudara Afif dari PAS Cawangan Pasoh 2 yang hadir sebagai pemerhati.
Mengikuti perasmian muktamar oleh Tuan Guru Presiden
Besok pagi mereka ini akan pergi ke Permatang Pauh untuk hadir bersama-sama pada penamaan calon DSAI untuk Parlimen P.44 Permatang Pauh.
Bersama Saudara Mazlan yang bertugas Unit Amal semasa Muktamar
AJK PAS Pusat dan tetamu muktamar
Pelancaran Harakah 2 kali seminggu. Unik nya harakah di hantar dengan menaiki motor Honda cub C70 yang lama.
Perwakilan dari Jempol khusyuk mendengar perbahasan muktamar
Perwakilan Jelebu Hj Jamlus dan Anif pada sidang petang muktamar
Bersama Ustaz Ahmad Awang dan Hj Jamlus selepas tamat sidang petang
Bersama Sdra Yau Con Seng dan Sdra Hishamuddin Sulaiman (Mantan Ketua Pemuda PAS N9) semasa jamuan di rumah YAB Menteri Besar Perak
Pagi semalam semasa hendak pergi ke Labu dengan sepupu aku, maka terserempak lah kita orang dengan satu sekatan polis tak berapa jauh dari tol senawang. Lepas sahaja lampu isyarat simpang ke Seremban Jaya jalan dah mula jem hingga lah ke tol senawang. Mula-mula kita orang ingat kan kok ada apa-apa hal pulak, ada kemalangan ke atau mesin tiket tol rosak ko...Rupa-rupa nya ada sekatan polis.Teringat lah aku rupa nya hari ini perbicaraan DSAI di mahkamah jalan duta.
Terus aku buka radio nak dengar apa perkembangan berita tentang perbicaraan Anwar. Tapi sampai petang lebih kurang jam 3 baru ada cerita tentang kes Anwar dalam radio Sinar itu pun sokojap yo. Yang aku dapat pasti kan bahawa tuduhan terhadap Anwar telah ditukar dari seksyen 377 (C) iaitu liwat dengan paksaan dah jadi seksyen 377 (B) iaitu dengan kerelaan pulak.
Punye lah kelakar sampai kita orang (aku & sepupu aku lah) secaro tak sengajo (oooppps minta maaf yo dewan yang mulio) torgolak bosar. Apa tidak nye kalau dah dengan kerelaan nak jadi kes apa lagi!!! Kalau nak kira lah kat belakang mati atau Lorong Haji Taib tu berlambak-lambak liwat dengan kerelaan yang di laku kan.Tak ada satu pun yang nampaknya kena tangkap dengan polis atau kena naik mahkamah. Malahan Nyah kat situ senyum terus sampai malam kat semua orang yang lalu lalang tak kira lah kat tok lebai pun.
DSAI bagi aku seorang yang berpendidikan ugama dan pernah jadi Menteri tak kan lah bodoh sangat atau terkeliur sangat, sampai nak meliwat ni...Lagi pun dia dah pernah kena penjara selama 6 tahun atas tuduhan yang sama iaitu kes liwat juga. Kalau dari segi hukum akalnya lah tak kan DSAI bodoh sangat nak buat lagi perkara itu. Lagi pun DSAI seorang yang berkedudukan tinggi dan terkenal, bagi aku kalau dia nak mana-mana perempuan kat Malaysia ni, banyak atau ramai yang sanggup bagi free aje atau terima dia sebagai menantu atau adik ipar ke.... ITU PUN KALAU DSAI NAK LAH...
Apa yang aku tulis ni bukan apa sebenarnya ramai orang, tak kira lah orang bandar atau orang kampung sebenar nye dah meluat dan menyampah nak dengar cerita hal kes liwat ni. Seorang tokeh restoran kat Senawang ni pernah beritahu dengan aku, yang kerajaan sibuk sangat dengan kes Anwar ni apa hal. Suka hati dia lah nak liwat ko, nak berzina ko atau nak simpan jantan atau perempuan ko..Itu dia punya hal lah kata tokeh tu geram. Yang paling penting kerajaan mesti selesai kan hal harga barang naik, minyak naik dan seribu satu macam lagi yang naik yang menyusahkan rakyat, kata tokeh restoran tu lagi yang juga merupakan seorang AJK UMNO Cawangan kat tempat aku ni. Betul lah cakap dia tu aku pun sokong jugak sebab masalah rakyat Malaysia ni sekarang dah bertimpa-timpa dan kerajaan pulak macam buat tak tahu aje.Malah cerita lain dan hal remeh temeh yang diperbesar-besarkan.
BAK KATO SEPUPU DEN AMIN MASO KEK DALAM KETO TU :
“LOMBU YANG BODOH TU PUN TAHU NAK MILIH,
LOMBU PUN TAK HINGIN NAK TIBAI JUBUR LOMBU BETINO DOH.
Seremban : 2 Ogos 2008 : PAS Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan konvensyen PAS Negeri dengan jayanya. Peserta yang hadir adalah lebih dari jangkaan seramai 200 orang. Peserta konvensyen terdiri daripada AJK PAS Kawasan dan Cawangan yang datang dari seluruh Negeri Sembilan. Tiga kertas kerja telah di bentangkan dalam konvensyen tersebut meliputi aspek politik, pilihanraya serta tarbiyah yang telah dibincangkan dan dibengkelkan dalam konvensyen tersebut demi untuk melancarkan dan menentukan hala tuju PAS Negeri Sembilan untuk tahun 2008/2009 ini.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS Pusat yang juga merupakan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian beliau Dato’ Husam menegaskan bahawa di dalam Islam ugama dan politik adalah bersatu dan tiada pemisahan seperti yang wujud dalam fahaman sekular. Dato’ membawa contoh pemerintahan kerajaan Nabi Yusuf, Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Dalam sejarah Islam dan Nabi-nabi menurut beliau kisah gangguan seksual yang berlaku seperti di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah berlaku sepertimana yang berlaku di dalam kisah Nabi Yusuf dan Puteri Zulaikha. Maka tidak hairanlah dalam permainan politik UMNO/BN yang kotor dan penuh dengan fitnah ini perkara seperti ini cuba di bangkitkan dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang individu demi untuk kepentingan politik, tegas Dato’ Husam lagi. PAS menurut Dato’ Husam tetap teguh dengan pendirian untuk bersama dalam Pakatan Rakyat dan menyokong penuh keputusan Dato’ Seri Wan Azizah meletakkan jawatan untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga menyeru seluruh jentera PAS digerakkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihanraya di Permatang Pauh bagi menentukan kemenangan DSAI.
Perasmian Konvensyen turut dihadiri oleh pimpinan PR terdiri dari En Sabaruddin
(Setiausaha Perhubungan PKR NS), YB Aminuddin Harun (ADUN PKR Sikamat)
dan YB Loke Siew Fook (ADUN DAP Lobak)
Dalam satu sessi soal jawab bersama wartawan akhbar selepas merasmikan konvensyen tersebut Dato’ Husam telah bertegas menyatakan kepada para wartawan bahawa pendirian PAS adalah jelas bahawa tidak ada penggabungan diantara PAS dan UMNO dan tidak ada apa pun bentuk kerjasama yang wujud di antara PAS dan UMNO seperti yang telah diputuskan didalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Pendirian dan dasar PAS adalah jelas iaitu Islam dan tidak wujud masalah tentang hal bangsa di dalam PAS menurut Dato’ Husam Musa lagi.
Dalam perkembangan yang sama, rata-rata peserta konvensyen pada kali ini berpuas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan dan juga susunatur perlaksanaan program. Pada akhir program, peserta konvensyen telah membacakan ikrar janji setia dan perjuangan yang diketuai oleh YB Hj Taufek Ghani ADUN Paroi. Saudara Zulkefli Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah melakukan acara perasmian penutup Konvensyen PAS Negeri Sembilan.
Sebahagian peserta Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.
Simpang Pertang : 27 Julai 2008 : Satu mesyuarat dan majlis penyerahan kuasa Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu telah dilakukan di PASTI Jelebu Simpang Pertang. Majlis ini telah dihadiri oleh Saudara Sufian (Pengarah Unit Amal NS) dan juga Saudara Zulkifli (Timbalan Pengarah Unit Amal NS)
Majlis bermula pada jam 5.30 petang dan telah dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Yusri Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelebu. Dalam ucapan beliau Saudara Sufian berharap Unit Amal Jelebu boleh bergerak lebih aktif dengan kepimpinan ketua yang baru. Saudara Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Saiful Bahri atas sumbangan beliau selama ini dalam aktiviti-aktiviti Unit Amal Jelebu dan juga Unit Amal NS. Sufian berharap Saudara Saiful dapat terus bergerak dan memberikan sumbangan kepada Unit Amal walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Unit Amal.
Saudara Saiful Bahri dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Unit Amal Jelebu dan NS kerana memberikan kerjasama semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu. Kenangan semasa mengikuti program Jambori Pusat dan Negeri serta bertugas semasa muktamar dan pilihanraya kecil sebagai anggota Unit Amal tidak dapat dilupakan ujar Saudara Saiful. Saudara Saiful berharap agar Saudara Hanif Ahmad Zainuddin pengganti beliau sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu yang baru dapat menambahkan lagi bilangan anggota Unit Amal Jelebu dan dapat bergerak aktif dalam Unit Amal.
Penyerahan tugas Ketua Unit Amal yang baru telah disempurnakan dengan penyerahan fail Unit Amal Jelebu kepada Saudara Hanif oleh Saiful Bahri dengan disaksikan oleh Pengarah Unit Amal NS Saudara Sufian dan Saudara Zulkifli.