Monday, August 4, 2008

Penyerahan Kuasa Kepada Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu Yang Baru

Simpang Pertang : 27 Julai 2008 : Satu mesyuarat dan majlis penyerahan kuasa Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu telah dilakukan di PASTI Jelebu Simpang Pertang. Majlis ini telah dihadiri oleh Saudara Sufian (Pengarah Unit Amal NS) dan juga Saudara Zulkifli (Timbalan Pengarah Unit Amal NS)


Majlis bermula pada jam 5.30 petang dan telah dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Yusri Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Jelebu. Dalam ucapan beliau Saudara Sufian berharap Unit Amal Jelebu boleh bergerak lebih aktif dengan kepimpinan ketua yang baru. Saudara Sufian juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Saiful Bahri atas sumbangan beliau selama ini dalam aktiviti-aktiviti Unit Amal Jelebu dan juga Unit Amal NS. Sufian berharap Saudara Saiful dapat terus bergerak dan memberikan sumbangan kepada Unit Amal walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan di dalam Unit Amal.

Saudara Saiful Bahri dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua anggota Unit Amal Jelebu dan NS kerana memberikan kerjasama semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu. Kenangan semasa mengikuti program Jambori Pusat dan Negeri serta bertugas semasa muktamar dan pilihanraya kecil sebagai anggota Unit Amal tidak dapat dilupakan ujar Saudara Saiful. Saudara Saiful berharap agar Saudara Hanif Ahmad Zainuddin pengganti beliau sebagai Ketua Penyelaras Unit Amal Jelebu yang baru dapat menambahkan lagi bilangan anggota Unit Amal Jelebu dan dapat bergerak aktif dalam Unit Amal.



Penyerahan tugas Ketua Unit Amal yang baru telah disempurnakan dengan penyerahan fail Unit Amal Jelebu kepada Saudara Hanif oleh Saiful Bahri dengan disaksikan oleh Pengarah Unit Amal NS Saudara Sufian dan Saudara Zulkifli.

http://pasjelebu.blogspot.com/

No comments: