Monday, August 4, 2008

KONVENSYEN PAS NEGERI SEMBILAN

Seremban : 2 Ogos 2008 : PAS Negeri Sembilan telah berjaya mengadakan konvensyen PAS Negeri dengan jayanya. Peserta yang hadir adalah lebih dari jangkaan seramai 200 orang. Peserta konvensyen terdiri daripada AJK PAS Kawasan dan Cawangan yang datang dari seluruh Negeri Sembilan. Tiga kertas kerja telah di bentangkan dalam konvensyen tersebut meliputi aspek politik, pilihanraya serta tarbiyah yang telah dibincangkan dan dibengkelkan dalam konvensyen tersebut demi untuk melancarkan dan menentukan hala tuju PAS Negeri Sembilan untuk tahun 2008/2009 ini.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS Pusat yang juga merupakan Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian beliau Dato’ Husam menegaskan bahawa di dalam Islam ugama dan politik adalah bersatu dan tiada pemisahan seperti yang wujud dalam fahaman sekular. Dato’ membawa contoh pemerintahan kerajaan Nabi Yusuf, Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Dalam sejarah Islam dan Nabi-nabi menurut beliau kisah gangguan seksual yang berlaku seperti di dalam kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah berlaku sepertimana yang berlaku di dalam kisah Nabi Yusuf dan Puteri Zulaikha. Maka tidak hairanlah dalam permainan politik UMNO/BN yang kotor dan penuh dengan fitnah ini perkara seperti ini cuba di bangkitkan dengan tujuan untuk mengaibkan dan menjatuhkan maruah seseorang individu demi untuk kepentingan politik, tegas Dato’ Husam lagi. PAS menurut Dato’ Husam tetap teguh dengan pendirian untuk bersama dalam Pakatan Rakyat dan menyokong penuh keputusan Dato’ Seri Wan Azizah meletakkan jawatan untuk membolehkan Dato’ Seri Anwar bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Beliau juga menyeru seluruh jentera PAS digerakkan untuk membantu jentera Pakatan Rakyat dalam pilihanraya di Permatang Pauh bagi menentukan kemenangan DSAI.


Perasmian Konvensyen turut dihadiri oleh pimpinan PR terdiri dari En Sabaruddin

(Setiausaha Perhubungan PKR NS), YB Aminuddin Harun (ADUN PKR Sikamat)

dan YB Loke Siew Fook (ADUN DAP Lobak)


Dalam satu sessi soal jawab bersama wartawan akhbar selepas merasmikan konvensyen tersebut Dato’ Husam telah bertegas menyatakan kepada para wartawan bahawa pendirian PAS adalah jelas bahawa tidak ada penggabungan diantara PAS dan UMNO dan tidak ada apa pun bentuk kerjasama yang wujud di antara PAS dan UMNO seperti yang telah diputuskan didalam mesyuarat AJK PAS Pusat baru-baru ini. Pendirian dan dasar PAS adalah jelas iaitu Islam dan tidak wujud masalah tentang hal bangsa di dalam PAS menurut Dato’ Husam Musa lagi.

Dalam perkembangan yang sama, rata-rata peserta konvensyen pada kali ini berpuas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan dan juga susunatur perlaksanaan program. Pada akhir program, peserta konvensyen telah membacakan ikrar janji setia dan perjuangan yang diketuai oleh YB Hj Taufek Ghani ADUN Paroi. Saudara Zulkefli Mohamad Omar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah melakukan acara perasmian penutup Konvensyen PAS Negeri Sembilan.


Sebahagian peserta Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan.



YB Dato' Husam Musa, Saudara Zulkefli Omar, YB Loke Siew Fook dan

YB Taufek dalam sidang akhbar bersama wartawan



Pembentangan Kertas Kerja 1 oleh Tuan Haji Asmuni Awi (Pengarah JPN Perak)



Pembentangan Kertas Kerja 2 oleh Tuan Hj Kamaruddin Tahir (Pengarah JPN NS)



Pembentangan Kertas Kerja 3 oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin (AJK PAS Pusat)



Bacaan ikrar dengan penuh semangat oleh peserta konvensyen PAS NS


http://orangklawang.blogspot.com/


No comments: