Sedih hendak dikatakan Harakah sekarang ini yang keluar 2x seminggu sudah tidak menyengat lagi berita-berita nya seperti dahulu. Boleh lah di katakan jika dibandingkan dengan akhbar Suara KeAdilan walaupun masih baru, menampakkan Suara KeAdilan lebih menyengat dan berbisa. Bisa nya Suara KeAdilan sehingga memaksa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berlakon dan panggil wartawan akhbar untuk menunjukkan bahawa beliau boleh berjalan tidak lumpuh dan adalah normal walaupun beliau baru lepas menghadapi pembedahan jantung yang merbahaya. Musa Hassan terpaksa berbuat begini demi untuk menafikan berita dalam Suara KeAdilan yang mengatakan beliau lumpuh walaupun berita tersebut adalah benar. Kalau berita tersebut tidak benar mesti lah beliau telah menyaman akhbar Suara KeAdilan tersebut.
Perlu diingat bahawa Harakah adalah akhbar parti dan bertugas untuk menjalankan propaganda atau memprojekkan Parti PAS supaya nampak berjaya dan relevan di mata masyarakat Malaysia. Nampak nya Harakah sekarang ini gagal menjalankan fungsi tersebut. Contohnya dalam Harakah keluaran terbaru ini menyiarkan artikel YB Taufek yang pandai memasak sehingga boleh memikat isteri beliau sendiri dengan masakannya itu. Sepatutnya artikel begini tidak perlu di keluarkan oleh Harakah kerana ia tidak relevan dengan perjuangan YB Taufek yang berjuang untuk menonjolkan PAS di mata masyarakat di DUN Paroi dan di Negeri Sembilan. Macam dah tak ada cerita lain tentang YB Taufek!
BERITA :-
Sepatutnya Harakah mengeluarkan berita-berita tentang aktiviti-aktiviti YB Taufek di DUN Paroi atau di Negeri Sembilan yang menunjukkan beliau bergerak bersama masyarakat atau sedang membantu rakyat. Ini akan dapat membantu YB Taufek memikat hati rakyat NS kepada PAS dan bukan hanya untuk memikat isteri beliau sahaja. Baru-baru ini YB Taufek ada menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang mampu dan ibu-ibu tunggal di DUN Paroi, maka berita seperti ini yang sepatutnya di keluarkan oleh Harakah. Sudahlah wakil-wakil rakyat PAS di nafikan hak mereka untuk mengeluarkan kenyataan atau artikel di dalam akhbar-akhbar arus perdana, malah Harakah pun turut sama tidak membantu YB-YB PAS yang telah menang di DUN atau Parlimen masing-masing. Kalau Harakah sendiri tidak membantu YB-YB ini mempromosikan aktiviti2 dan program2 mereka maka akhbar mana lagi yang hendak membantu mereka.
Berapa banyakkah program Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah dikeluarkan atau di war-warkan oleh Harakah? Sepatutnya Harakah membantu PAS Kedah dalam mempromosikan program2 MB atau EXCO2 PAS Kedah malah ADUN2 di Kedah itu sendiri dalam usaha untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kedah dalam PRU-13 nanti. Berapa kali kah program YB Mohd Nor Hamzah N.18 DUN Bukit Payong dalam Parlimen Marang di Terengganu yang dikeluarkan oleh Harakah. Silap-silap orang PAS sendiri tidak kenal dengan YB tersebut malah tidak tahu pun bahawa PAS menang di DUN N.18 Bukit Payong tersebut. Berapa kali kah program Dato’ Dr Hassan Ali dan Dr Zulkefli Ahmad yang keluar dalam Harakah. Atau adakah mereka ini langsung tak ada program dengan masyarakat setempat? Mustahil....
Sepatutnya Harakah telah menyediakan satu muka surat untuk satu negeri bagi menyiarkan berita-berita semasa dalam negeri tersebut ataupun aktiviti-aktiviti PAS dalam negeri tersebut. Berapa kali atau berapa banyak kah berita tentang aktiviti-aktiviti PAS Negeri Sabah dan Negeri Sarawak yang di keluarkan oleh Harakah. Tak kan lah PAS Sabah dan PAS Sarawak tiada aktiviti? Jika tiada berita tentang aktiviti PAS di Sabah dan Sarawak bagaimana mungkin PAS hendak menang walaupun satu kerusi dalam pilihanraya di Sabah atau di Sarawak? Harakah perlu mempromosikan PAS Sabah dan Sarawak supaya masyarakat terutamanya di Sabah dan Sarawak tahu akan keujudan dan keperluan adanya parti PAS di Sabah dan Sarawak. Itu belum di soal tentang edaran Harakah di Sabah dan Sarawak!!!
PENGEDARAN :-
Dari segi pengedarannya Harakah juga perlu menambahkan dan memperluaskan edarannya. Sebagai contoh semasa di Permatang Pauh baru-baru ini akhbar Suara KeAdilan dan Siasah ada di jual di kedai mamak dalam stesen keretapi Bukit Mertajam tetapi Harakah tidak ada di jual. Begitu juga di Seremban ini akhbar Suara KeAdilan, Siasah dan Wasilah ada di jual di kedai mamak di dalam GIANT Senawang tetapi Harakah tidak ada di jual. Apabila di tanya dengan mamak tersebut mengapa tidak dijual Harakah jawapan beliau adalah TIDAK ADA SESIAPA YANG HANTAR???
PENGURUSAN :-
Dulu Harakah terbit 2X seminggu juga sebelum ditukar syarat permit nya dan hanya di benarkan terbit 2X sahaja dalam sebulan. Sekarang ia telah pun di benarkan untuk terbit 2X seminggu semula. Adakah sekarang ini pengurusan Harakah telah biasa relaks dengan terbitan sebanyak 2X sebulan dahulu sehingga tidak dapat bersaing atau mencapai tahap kerja untuk menerbitkan berita-berita dalam Harakah sesuai dengan kehendak terbitan 2X seminggu semula? Bagaimana pula jika Malaysia berjaya diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan Harakah perlu terbit tiap-tiap hari? Boleh kah Harakah melakukannya dengan budaya kerja yang ada sekarang ini? Saya suka mencadangkan supaya pengurusan dan ahli lembaga Pengarah Harakah di kendalikan sepenuhnya oleh orang akhbar yang berpemikiran politik dan bukan oleh orang politik sepenuh masa iaitu YB Ahli Parlimen mahu pun ADUN. Mungkin PAS cuma perlu meletakkan seorang dua sahaja pemimpin kanan nya di dalam ALP Harakah sebagai contohnya Saudara Mazlan Aliman atau Saudara Annuar Tahir yang belum menang sebagai ADUN atau ahli Parlimen yang mana mungkin mereka akan dapat memberikan tumpuan dan masa yang sepenuhnya kepada Harakah.
AKHIR KALAM :-
Banyak lah lagi kalau hendak di sebut di sini. Tetapi apa pun di harap Harakah yang terbit 2X seminggu mesti lah membuat dan membawa perubahan. Jangan lah hanya perubahan pada imej dan muka surat depan Harakah sahaja. Harakah mestilah lebih membantu dan lebih memprojekkan imej PAS dan kebaikan PAS di mata masyarakat, seperti mana Suara KeAdilan berjaya memprojekkan imej dan ketrampilan DSAI di mata rakyat Malaysia. Jangan lah Harakah hanya sekadar hendak terbit sahaja dan menjalankan kerja seperti melepas kan batuk di tangga. Seperti dalam muktamar baru-baru ini seorang perwakilan menyatakan Harakah adalah lebih kepada tempat untuk mencari atau merujuk kepada ubat-ubat kuat sahaja.....
http://orangklawang.blogspot.com/
11 comments:
Kepada Saiful Jaaman, ana Wan Nordin wan Yaacob yang membuat artikel untuk Taufek, ana nak jelaskan bahawa keluarnya cerita Taufek Memasak itu bukan untuk tujuan politik, tetrapi ia adalah di ruangan santai, dan kolum santai ini adalah untuk perkara luar politik.Harap maklum, dan ianya adalah ruangan tetap Harakah untuk menyiarkan aktiviti bukan politik wakil rakyat.
betul tuh, harakah mesti dilihat berani termasuk 'meluruskan' pimpinan sendiri
Cukup terkesan dengan apa yang berlaku dengan harakah hari ini. Bukanlah lebih baik ruangan santai ditunjangi dengan konsep pendidikan yang membantu membimbing pembentukan fikiran dan ummah.
Saya sendiri tergelak apabila melihat tajuk sedemikian, really low class. Maaf kalau terkasar.
Terima kasih pada Sdra Wan atas penjelasan tersebut. Walaubagaimanapun syabas atas usaha gigih saudara.Kalau penyengat nak menyengat mesti ada sengatnya.Kalau sengat penyengat telah di patah kan oleh orang dalaman Harakah maka hilang lah sengatnya dan tiada lah ia berbisa lagi.Untuk di fikir-fikir kan...
Marah bona org jelobu ni,tak po lah harakah tak nak siar,kita beralih ke sinar harian.Kalau harakah siar org pas je bace,tapi sinar harian ,akhbar cina ke,ramai sikit org luar pas baca.
apo2 hal mai singgah kat tukulbesi.blogspot.com
Nampaknya saudara Saiful kenalah buat homework lagi...ibarat kalau pi kelas tak siap homework cikgu akan marah...lagi teruk kawan kelas semua akan pandang serong.
Beginilah, cuba saudara saiful main congak-congak...sebelum 2008 berapa ramai adun dan mp PAS? Dan selepas 2008 berapa ramai lak? Sebenarnya, kalau tak silap ana...di Harakah dah siap jadual untuk setiap Adun dan MP PAS untuk difollow oleh wartawan dan editor...cuma hayat Harakah 2X seminggu ni baru jer setahun jagung...masih muda untuk dihukum...berilah masa. Dan berdasarkan jadual, sampai pilihan raya ke 13 belum habis coverage yang dibuat oleh para petugas...ini belum masuk lagi adun2 lain, belum program dan aktiviti NGO, khidmat masyarakat dan lain2.
Selain itu, silalah saudara Saiful siasat kat Harakah berapa kerat wartawan yang ada. Jangan dok banding akhbar lain.Sebabnya, selain Harakah cetak, wartawan sedia ada turut terbeban dengan tugasan Harakahdaily yang perlu diupdate setiap hari. Tahukah saudara, ramai petugas yang tidak dapat bercuti hatta hari sabtu,ahad dan cuti umum?
Dan lagi...ana rasa para wartawan bukan ahli nujum...rasanya P Ramlee telah membuktikan dirinya sebagai ahli nujum tetapi wartawan Harakah masih belum sampai ke tahap itu...maksudnya di sini, pihak editorial / bilik berita bukan boleh mencium bau berita/aktiviti adun,mp atau parti JIKA TIDAK DIMAKLUMKAN! Banyak kejadian berlaku, sesuatu aktiviti parti tidak dimaklumkan, malah paling sakit hatinya petugas Harakah apabila ramai pemimpin terhegeh-hegeh mencari editor-editor akhbar arus utama! Ibarat Kera di hutan disusui, Anak di rumah mati kelaparan. Jadi siapa pula nak dipersalahkan di sini? Fikir-fikirkanlah.
Ana hanya boleh menjawab dari sudut tugas di editorial tetapi jika soal pengedaran maaflah...tuan tanyalah sendiri dengan Pengurus Pengedaran baru.
Sebenarnya, banyak lagi yang boleh ana luahkan yang boleh menjadi sebagai penyebab kepada segala persoalan yang saudara utarakan,tetapi memadailah sehingga di sini.
Sebaiknya, saudara hubungilah dahulu pihak editorial untuk meminta penjelasan jangan meluahkan perasaan secara melulu...dibimbangi menepuk air di dulang akan terpercik ke muka sendiri atau lebih malang meludah ke langit akan bertepek ke dahi!
A'kum abang Din itu lah namanya kebebasan bersuara.Sepatutnya harakah tambah wartawan jika dah tahu memang kurang wartawan untuk "cover" berita.Umur akhbar Harakah pun dah berpuluh tahun iaitu sebelum saya masuk PAS tahun 1998 Harakah sudah ada.
Jadi Harakah memang berpengalaman luas dan kira "OTAI" jugak dalam bidang persuratkhabaran ini.Tapi apa yang perlu ialah Harakah "upgrade" mengikut kesesuaian dan kehendak masa seperti tambah wartawan,tambah pekerja editorial, tambah jurugambar (ana kesian semasa muktamar baru2 ni ana nampak jurugambar Harakah tersebut mungkin sedang demam selsema tapi terpaksa bekerja mengambil gambar untuk Harakah, kerana ana nampak sendiri hingusnya asyik nak meleleh dan akhirnya beliau pergi berjumpa dengan doktor yang sedia ada di hujung dewan tersebut untuk mengambil ubat)
Dan akhir sekali kena naikkan gaji pekerja Harakah kerana dalam muktamar baru2 ini juga ada disebutkan pasal gaji pekerja Harakah dah bertahun tak naik2.Memang lah lemah semangat nak bekerja hari sabtu & ahad sedangkan orang lain semuanya cuti dan dapat gaji pulak ciput aje...Kesian
Jadi artikel ni tugasnya adalah untuk menyengat Harakah supaya ramai orang (ahli dan pemimpin) fikirkan tentang berita Harakah, tentang kebajikan pekerja Harakah.Jadi tidak lah orang tahu nak baca berita Harakah sahaja.Tiap keluaran yang mereka tahu Harakah mesti keluar.Pekerja Harakah makan ke,gaji cukup ke..anak2 pekerja ada beli baju raya ke..Editor buka puasa di ma..na...itu mereka tak peduli.Maka tak boleh lah camtu kan....kan...
Semua kena lah "Fair & Square" betul tak abang din???
bang, rasanya yang lebih tepat ialah Harakah menjadi lebih profesional dan bukan sekadar "Akhbar untuk Ahli PAS" sahaja lagi. Biar orang nampak Harakah betul-betul lidah rasmi PAS dan bukan hanya untuk jadi medan mengkritik pembangkang. Jika tiada wartawan, boleh hire lagi. Ambik stringer daripada kalangan ahli PAS supaya takde masalah dengan berita tak betul atau gambar photoshop. Sudah 2 kali seminggu, ikutkan di kedai mamak Harakah bukan "dibariskan" dengan Bacaria atau pun Warta Perdana. Eh! Ada lagi ke 2 tabloid tu?
angahcipoi...kito beikanlah ruang skit untuk Harakah bernafas...kritikan tu penting tapi biarlah kritikan yg membina...
saya cadangkan angahcipoi jadi wartawan stringer Harakah di Jelebu...supaya orang2 Jelebu nampak kegiatan PAS Jelebu selepas musim PRU...
kdg2 kritikan perlu diiringi dengan tindakan proaktif kita...
yg pastinya di Jelebu terlalu banyak isu, antaranya isu Habibulabula 'ulama UMNO yg dhollu fa adhollu di Jelebu...
angahcipoi...kito berikanlah ruang skit untuk Harakah bernafas...kritikan tu penting tapi biarlah kritikan yg membina...
saya cadangkan angahcipoi jadi wartawan stringer Harakah di Jelebu...supaya orang2 Jelebu nampak kegiatan PAS Jelebu selepas musim PRU...
kdg2 kritikan perlu diiringi dengan tindakan proaktif kita...
yg pastinya di Jelebu terlalu banyak isu, antaranya isu Habibulabula 'ulama UMNO yg dhollu fa adhollu di Jelebu...
Harakah memang professional kok tidak tak keluar suratkhabar Harakah tu.Cumo den raso kono upgrade dari segalo sogi.
Apo2 hal kito tengok lopeh bulan poso ni kok mengamcam lak deh.Mano lah tahu idea datang bertimpo2.Den jumpo bro Rozmal kat pejabat YB Taufek baru2 ni.Dio pun setuju Harakah tak paneh cam dulu lai.Cumo dio maleh nak tulih dan memanehkan suasano lai kato eh.
Den memang mintak Harakah ni jadi paneh dan molotup2 supayo bilo orang tak dapek boli Harakah dio akan tokinyam selamo eh...
Jadi Harakah akan bertambah KAYO...mako dapek lah lobih membantu GMI.
CAMNO DEN DAPEK BANTU????
Post a Comment