Tuesday, August 13, 2019

REZEKI ALLAH


Kenapa Manusia Sering Risau Berkaitan Soal Rezeki?

Manusia di dalam hidup mereka akan ada kerisauan tertentu. Dan kerisauan yang paling menghantui mereka adalah berkaitan rezeki. Apabila kita tersedar dari tidur apa yang kita fikirkan? Ya rezeki. Apabila kita berbual dengan orang sekeliling kita maka tajuk yang banyak mengambil tempat dalam perbualan tersebut adalah berkaitan rezeki.
“Hang kerja di mana?”
“Tender projek kat sana baik harganye.”
“Tengah hari ni nak makan apa?”
… dan pelbagai lagi tajuk perbualan yang mana ia sebenarnya menunjukkan kerisauan kita terhadap rezeki.

Jika kita menilai kembali dalam hal ini maka kita dapati ia memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan insan.


Malapetaka Yang Menimpa Jiwa-Jiwa Manusia.

Daripada seorang ayah yang merancang pelajaran anaknya kepada orang jalanan di tengah bandaraya. Mereka ini dalam setiap langkah kehidupan mereka, perkara utama yang diambil kira dalam setiap perancangan itu mesti berkaitan dengan maslahat mencari rezeki.

Seorang ayah yang menghantar anaknya ke universiti untuk apa? Supaya anaknya menjadi orang yang berkedudukan tinggi dan memperolehi rezeki yang banyak.
Seorang gelandangan pergi ke seluruh pelusuk bandar untuk mencari apa? Rezeki. Dan kita dapat melihat solat sunat dhuha yang paling popular dalam kalangan kita kerana ia berkaitan dengan rezeki. Bukannya salah tetapi itulah hakikatnya.
Bahkan jika kita melihat masyarakat yang percaya akan tok bomoh, tok pawang, pelaris, tangkal dan lain-lain lagi semuanya berkaitan dengan rezeki. Hinggakan mereka sanggup melakukan perkara khurafat demi menjamin rezeki mereka.

Hakikatnya, perihal rezeki telah mengubah manusia dalam banyak perkara, perbuatannya, percakapan, malah ia boleh mengubah akidah mereka.
Hatta jika kita melihat pada akhir zaman ketika mana dajjal mendatangi manusia, ketika itu dajjal mengumpan manusia dengan perihal rezeki untuk menyesatkan manusia yang tidak percaya bahawasanya hal rezeki itu adalah urusan Allah SWT.
Daripada Abi Umamah Al-Bahiliy apabila menceritakan khutbah Rasulullah SAW tentang dajjal, antaranya:

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.”

Dan ini merupakan malapetaka yang besar yang menghantui jiwa-jiwa manusia.


Rezeki itu Di Dalamnya Ada Jaminan Allah SWT.

Sesungguhnya penciptaan manusia di dunia ini ada misi dan matlamatnya. Ada perkara yang perlu dilunaskan oleh mereka. Sesungguhnya misi utama manusia diciptakan di dunia ini adalah sebagai hamba yang tidak lain hanyalah beribadat kepada Allah SWT seperti mana firmanNya dalam Surah Az-Zariyat 56:

“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia kecuali agar mereka beribadah kepada-Ku.”

Dan hendaklah kita tahu bahawasanya kita sebagai muslim mempunyai wasiat agung yang perlu dilaksanakan, wasiat yang mana dikongsi bersama semua para Rasul yang diutuskan kepada kita, manusia. Wasiat itu adalah:

“Tegakkanlah agama dan janganlah berpecah belah dalamnya…” (Surah asy-Syura: 13)

Malangnya dek kerana kerisauan mereka terhadap rezeki, mereka mula memalingkan matlamat utama mereka daripada menjadi hamba Allah SWT kepada hamba yang bermatlamat kepada kekayaan dunia yakni berkaitan rezeki.
Walhal mereka lupa bahawasanya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah SWT sebelum mereka diciptakan lagi. Dan Allah SWT menyatakan jikalau hambanya itu bertakwa kepadaNya, maka Allah SWT akan mencukupkan rezekinya.

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya (rezekinya).” (Surah At-Talaq ayat 2-3)

Lihat sejarah khalifah yang agung dalam sejarah umat Islam, Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau di penghujung usianya, orang-orang bertanya kepada beliau: Apa yang engkau tinggalkan untuk anak-anakmu?!”
Umar bin ‘Abdul Aziz pun menjawab:

“Aku meninggalkan untuk mereka ketakwaan kepada Allah… Jika mereka adalah orang-orang yang soleh, maka sesungguhnya Allah adalah wali (pelindung) bagi orang-orang yang soleh… Jika mereka bukan orang yang soleh, maka tidak akan aku tinggalkan sedikitpun yang membantu mereka bermaksiat kepada Allah…”

Apabila kerajaan Umaiyyah jatuh, semua anak Umar Bin Abdul Aziz menjadi kaya raya tetapi sebaliknya yang berlaku kepada anak khalifah Umaiyyah yang lain walhal mereka mewarisi harta kekayaan yang banyak. Lihat bagaimana Allah SWT memelihara rezeki orang yang soleh.


Rezeki Merupakan Hak Mutlak Allah SWT.

Lihat usluk al-Quran yang menyatakan bahawasanya rezeki itu bukanlah daripada bumi tetapi ia daripada langit. Ini bagi menunjukkan bahawasanya urusan rezeki ini adalah hak mutlak Allah SWT.

FirmanNya dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 22:
“Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.”

Jika kita mengetahui hakikat ini maka kita akan lebih tenang dalam hal rezeki kerana mereka tahu Allah SWT itu Al-Rahman dan Ar-Rahim terhadap hambaNya.
Tetapi jika mereka tidak mempercayai urusan rezeki itu adalah daripada Allah SWT maka kita melihat berapa ramai yang sanggup menjadikan dirinya hamba kepada orang lain dek kerana hal rezeki.

Kerana dia meyakini rezekinya itu terikat dengan orang-orang tertentu walhal dia lupa bahawasanya rezeki yang orang-orang yang dia harapkan itu juga hadir daripada Allah SWT. Bahawasanya hal rezeki ini telah menjadikan manusia itu sempit jiwanya kerana takut kepada manusia yang lain. Lihatlah antara doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW selepas solat supaya kita tahu segala pemberian di dalam kehidupan kita ini adalah hak mutlak Allah SWT:

“Ya Allah tidak ada siapa yang boleh menghalang apa yang Engkau berikan, tidak ada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang dan tiada siapa yang berkuasa memberikan manfaat selain daripada Mu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sifat tercela Dalam Diri Manusia

Manusia di dalam diri mereka itu sifat sentiasa menginginkan lebih sama ada dalam hal kebaikan dan keburukan. Tetapi manusia itu ada kecendungan mereka. Allah SWT menyatakan manusia itu sifatnya zalim dan jahil terhadap diri mereka.
Walaupun mereka tahu sifat-sifat itu akan membinasakan mereka kelak tetapi untuk membebaskan jiwa mereka daripada sifat-sifat itu memerlukan peperangan jiwa yang panjang dan satu tribulasi yang memenatkan. Antara sifat tersebut adalah sifat tamak dalam bab rezeki. Rasullulah SAW bersabda:

“Andai kata anak Adam itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah emas, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut).” (Hadis riwayat Muslim)

Lihat bagaimana tamaknya kita, walaupun kita mempunyai rezeki yang orang kata, “Tak habis 7 keturunan” tetapi sifat qanaah dengan rezeki Allah SWT masih tiada. Mereka itu sentiasa inginkan lebih dan lebih walhal di sisi mereka itu dikurniakan kelapangan rezeki. Golongan seperti ini kaya zahirnya tetapi miskin jiwanya.


Lihatlah Burung

Allah SWT menciptakan alam ini tentunya jika kita merenung dan memerhati ciptaanNya, nescaya kita memperolehi manfaat daripadanya. Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya melihat dan mengambil manfaat daripada alam ciptaan Allah SWT termasuk haiwan yang bernama burung. Ini kerana ia merupakan suatu kemuliaan bagaimana makluk Allah SWT itu tenang dengan rezekinya. Daripada Umar bin Khattab RA., ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda:

“Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rezeki, sebagaimana burung mendapatkan rezeki, ia pergi di pagi hari dengan perut kosong dan pulang di petang hari dengan perut yang kenyang.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Burung pada sisinya itu tiada kerisauan berkenaan rezeki, kerana ia mempunyai sifat kebergantungan yang penuh kepada Allah SWT. Walaupun ada hari yang mana ribut melanda, hujan yang berpanjangan, dan kemarau yang teruk, hakikatnya Allah SWT menjamin rezeki seekor burung. Kita seharusnya mempunyai hati seperti burung. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,

“Akan masuk syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung.” (Hadith riwayat Muslim)

Sebahagian ulama menyatakan barangsiapa yang tidak percaya akan rezeki pemberian itu daripada Allah SWT, sebenarnya dia tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Oleh itu, letaklah kebergantungan yang sepenuhnya kepada Allah SWT dalam hal rezeki nescaya kita akan dapati diri kita akan bebas dalam banyak perkara dan ia akan membentuk diri kita insan yang kaya dengan jiwa yang besar.
Dan itulah rezeki yang agung. Benarlah apa yang nukilkan oleh Abu Hurairah, disabdakan oleh Rasulullah SAW:

“Bukanlah kekayaan itu lantaran banyaknya harta, kekayaan itu adalah kekayaan jiwa.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Artikel ditulis oleh Muhamad Syafiq bin Salim - Johor Bahru.
C&P website iLuvislam

Ulamak Su' Serta Ciri-Cirinya

Puji dan syukur kita kepada Allah SWT yang telah memberikan nikmat yang banyak yang tidak terhitung dan tak henti-henti kepada kita. Salawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad SAW, keluarga, para sahabatnya, dan pengikutnya hingga akhir zaman. Kita hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah kerana ketaqwaan adalah kebahagiaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

“Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (QS:Al-Anfaal | Ayat: 29).


Sudah menjadi ketentuan yang telah digariskan, bahwa semakin jauh ummat ini dari masa zaman kenabian, maka semankin jauh pula mereka dari sunnah-sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Zubair bin Adi, dia berkata:

أَتَيْنَا أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، فَشَكَوْنَا إِلَيْهِ مَا نَلْقَى مِنَ الحَجَّاجِ، فَقَالَ: «اصْبِرُوا، فَإِنَّهُ لاَ يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ إِلاَّ الَّذِي بَعْدَهُ شَرٌّ مِنْهُ، حَتَّى تَلْقَوْا رَبَّكُمْ». سَمِعْتُهُ مِنْ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan perihal kezaliman Hajaj bin Yusuf, maka Anas berkata: “hendaknya kalian bersabar, sesungguhnya tidak akan datang kepada kalian suatu zaman, kecuali zaman yang berikutnya lebih jelek darinya hingga kalian bertemu dengan Rabb kalian, seperti itulah yang kudengar dari Nabi kalian-shallalahu alaihi wa sallam-.Hr.Bukhari

Bagaikan hulu sungai yang jernih dan bersih, semangkin jauh ke muara akan semangkin keruh dan kotor, begitu jugalah keadaan umat Islam, yang telah diberitakan Rasulullah. Tangan-tangan jahil dan nakal, tidak pernah bosan mengotori sungai itu dengan segala sampah dan kotoran, sehingga membuat sungai menjadi tercemar dan berbau busuk.
Yang mencemari dan mengotori ummat ini akan datang dari umat itu sendiri ataupun dari ulama yang dijadikan panduan umat.

Ulama’ dalam pandangan Islam memiliki kedudukan yang sangat mulia. Sebab mereka lah orang yang memahami kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw. Pemahaman itu menjadi bekal baginya untuk meniti kehidupan yang benar dan menunjukkan masyarakat untuk berjalan di jalan yang benar. Sehingga, dengan segala kelebihan itulah Rasulullah menyebutnya sebagai pewaris para nabi.

Dalam perumpamaan yang lain, para ulama adalah seperti bintang dilangit. Bintang memberikan petunjuk arah di tengah gelapnya malam. Sedangkan ulama’ menjadi fasilitator bagi umat ini untuk mendapatkan petunjuk di tengah gelapnya jahiliyah. Merekalah yang menjelaskan kepada umat ini jalan petunjuk dan istiqomah di atas pentunjuk tersebut. Dengan merekalah umat faham tentang jalan yang buruk dan cara menjauhinya

Akan tetapi, seiring dengan berjalannya waktu, tersebarlah berbagai fitnah di tengah umat islam ini. Di antara fitnah yang paling mematikan keberagamaan umat ini adalah, munculnya ulama’ su’. Ulama’ su’ adalah ulama’ jahat. Dikatakan jahat, kerana mereka bukannya menunjukkan jalan yang benar kepada umat, namun mereka rakus kepada kehidupan dunia. Akhirnya mereka menjual agamanya untuk kemaslahatan dunianya.

Ulama atau ustaz ini saling mentahdzir dan menhina ulama atau ustaz lainnya, kerana berbeza manhaj, organisasi atau perbezaan yang bukan usul atau pokok. Ulama-ulama su’ atau jahat yang rela menjual agama mereka dan rela menjual aqidah mereka. Nama mereka kadang2 didahului dengan nama Buya, Kyai Haji, Ustaz dan jabatan mereka kadang2 mewakili organisasi keagamaan. Wajah mereka kadang sering muncul di kaca-kaca television. Akan tetapi mereka membela pendusta agama dengan memakai dalih dan dalil yang dimanfaatkan sesuai nafsu mereka. Mereka rela mengorbankan jabatan pimpinan umat agar dapat mendekat diri dengan pemimpin yang zalim. Mereka datang ke persidangan dan ke mimbar-mimbar masjid demi memuji dan membela pemimpin zalim atau kafir. Kadang mereka lebih fasih dan lebih mudah untuk diterima penjelasannya. Penampilan Ulama Su' ini pula lebih menarik, bahkan membuai ummat.

Allah berfirman,

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُم بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ اللّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ اللّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutar-mutar lidahnya membaca Al Kitab, supaya kamu menyangka yang dibacanya itu sebagian dari Al Kitab, padahal ia bukan dari Al Kitab. Dan mereka mengatakan ia (yang dibacanya itu datang) dari sisi Allah, padahal ia bukan dari sisi Allah. Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui.” (Ali Imran: 78).

Tentang mereka ini, Rasulullah SAW bersabda ;

,يَخْرُجُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ رِجَالٌ يَخْتَلُونَ الدُّنْيَا بِالدِّينِ يَلْبَسُونَ لِلنَّاسِ جُلُودَ الضَّأْنِ مِنْ اللِّينِ أَلْسِنَتُهُمْ أَحْلَى مِنْ السُّكَّرِ وَقُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الذِّئَابِ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَبِي يَغْتَرُّونَ أَمْ عَلَيَّ يَجْتَرِئُونَ فَبِي حَلَفْتُ لَأَبْعَثَنَّ عَلَى أُولَئِكَ مِنْهُمْ فِتْنَةً تَدَعُ الْحَلِيمَ مِنْهُمْ حَيْرَانًا “

Akan muncul di akhir zaman orang-orang yang mencari dunia dengan agama. Di hadapan manusia mereka memakai baju dari bulu domba untuk memberi kesan kerendahan hati mereka, lisan mereka lebih manis dari gula namun hati mereka adalah hati serigala (sangat menyukai harta dan kedudukan). Alloh berfirman, “Apakah dengan-Ku kalian tertipu ataukah kalian berani kepada-Ku. Demi Diriku, Aku bersumpah. Aku akan mengirim bencana dari antara mereka sendiri yang menjadikan orang-orang santun menjadi kebingungan (apalagi selain mereka) sehingga mereka tidak mampu melepaskan diri darinya.” (HR: Tirmidzi)


Sekarang fenomena ini telah pun kelihatan, setelah banyak kes pendustaan agama semakin jelas terlihat mana ulama yang tegas membela islam, dan mana ulama yang tidak membela umat. Mana ulama yang di jalan sunnah, mana ulama yang bersama musuh umat.

Ulama jahat ini bukan berarti tidak pandai agama, tidak...bahkan mereka sangat mungkin fasih berdalil dan berdebat. Tetapi ilmu yang mereka miliki tidak masuk kedalam hatinya. Iman tidak masuk menghujam dalam qalbunya.

Sayyidina Umar Bin Khoththob ra berkata
“Sesungguhnya paling mengkhawatirkannya yang aku khawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”
Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”
Sayyidina Umar menjawab
“Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amaliahnya

Apabila manusia ini dibuat ranking, maka ulama su’ adalah manusia yang menduduki rangking yang paling rendah, paling buruk dan paling rugi. Semua itu kerana ia mengajak kepada kejahatan dan kesesatan, padahal ia tahu mana yang benar dan mana yang salah. Yang lebih parah lagi, ia mampu menyurukkan keburukan dalam bentuk kebaikan. Ia sanggup membungkus kebatilan dengan ditutupi oleh sebuah kebenaran. Ada kalanya, kerana menjilat para penguasa dan orang-orang zalim lainnya untuk mendapatkan kedudukan, pangkat, pengaruh, penghargaan atau apa saja dari perhiasan dunia yang ada di tangan mereka. Mereka tidak lain adalah para khalifah syaitan dan para wakil Dajjal.

 Rasul saw. bersabda:

«أَلاَ إِنَّ شَرَّ الشَّرِّ شِرَارُ الْعُلَمَاءِ وَإِنَّ خَيْرَ الْخَيْرِ خِيَارُ الْعُلَمَاءِ»
Ingatlah, sejelek-jelek keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama. (HR ad-Darimi).

Dari Sahabat Abu dzar ra, dia berkata:
” Aku bersama Nabi suatu hari dan aku mendengar beliau bersabda : ” Ada hal yang aku takutkan pada ummatku melebihi dajjal “. Kemudian aku merasa takut, sehingga aku berkata, Yaa Rasululloh apa itu…? Beliau bersabda : Ulama yang sesat lagi menyesatkan. {Musnad Ahmad (5/145) no 21334 dan 21335}.

Semoga Allah melindungi kita dari ulama-ulama su’ atau jahat yang menjerumuskan umat. Dan marilah kita kembali kepada ulama-ulama akhirat yang ikhlas tanpa penat lelah mengajak umat kembali ke jalan yang di redhai Allah subhana wa ta’ala.

CIRI-CIRI ULAMAK SU'U


Sayyidina Umar Bin Khoththob ra berkata “Sesungguhnya paling mengkhawatirkannya yang aku khawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”
Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”
Sayyidina Umar menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amaliahnya”

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda;
ﻣَﻦْ ﺗَﻌَﻠَّﻢَ ﻋِﻠْﻤًﺎ ﻣِﻤَّﺎ ﻳُﺒْﺘَﻐَﻰ ﺑِﻪِ ﻭَﺟْﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﺰَّ ﻭَﺟَﻞَّ ﻻَ ﻳَﺘَﻌَﻠَّﻤُﻪُ ﺇِﻻَّ ﻟِﻴُﺼِﻴﺐَ ﺑِﻪِ ﻋَﺮَﺿًﺎ ﻣِﻦَ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺠِﺪْ ﻋَﺮْﻑَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ
“ Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu (belajar agama) yang seharusnya diharap adalah wajah Allah, tetapi jika ia mempelajarinya hanyalah untuk mencari harta benda dunia, maka dia tidak akan mendapatkan wangi surga di hari kiamat.” (HR. Abu Daud no. 3664, Ibnu Majah no. 252 dan Ahmad 2: 338).

Rasulullah saw. bersabda:
« ﺃَﻻَ ﺇِﻥَّ ﺷَﺮَّ ﺍﻟﺸَّﺮِّ ﺷِﺮَﺍﺭُ ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎﺀِ ﻭَﺇِﻥَّ ﺧَﻴْﺮَ ﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﺧِﻴَﺎﺭُ ﺍﻟْﻌُﻠَﻤَﺎﺀِ »
Ingatlah, sejelek-jelek keburukan adalah keburukan ulama dan sebaik-baik kebaikan adalah kebaikan ulama. (HR ad-Darimi).

Abu Hurairah ra. menuturkan hadis:
ﻣَﻦْ ﺃَﻛَﻞَ ﺑِﺎﻟْﻌِﻠْﻢِ ﻃَﻤَﺲَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻋَﻴْﻨَﻴْﻪِ ( ﺃَﻭْ ﻭَﺟْﻬَﻪُ ﻓﻲِْ ﺭِﻭَﺍﻳَﺔِ ﺍﻟﺪَّﻳْﻠَﻤِﻲْ) ﻭَﻛَﺎﻧَﺖِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ ﺃَﻭْﻟَﻰ ﺑِﻪِ
Siapa yang makan dengan (memperalat) ilmu, Allah membutakan kedua matanya(atau wajahnya di dalam riwayat ad-Dailami), dan neraka lebih layak untuknya. (HR Abu Nu‘aim dan ad-Dailami).

Al Allamah Al-Minawi dalam Faydh al-Qadîr Syarah Jami’ Shogir dari Imam Syuyuthi , mengatakan:
“Bencana bagi umatku (datang) dari ulama sû’, yaitu ulama yang dengan ilmunya bertujuan mencari kenikmatan dunia, meraih gengsi dan kedudukan. Setiap orang dari mereka adalah tawanan setan. Ia telah dibinasakan oleh hawa nafsunya dan dikuasai oleh kesengsaraannya. Siapa saja yang kondisinya demikian, maka bahayanya terhadap umat datang dari beberapa sisi. Dari sisi umat; mereka mengikuti ucapan- ucapan dan perbuatan-perbuatannya.

Ia memperindah penguasa yang menzalimi manusia dan gampang mengeluarkan fatwa untuk penguasa. Pena dan lisannya mengeluarkan kebohongan dan kedustaan. Karena sombong, ia mengatakan sesuatu yang tidak ia ketahui.” ( Faydh al-Qadîr , VI/369.)

Karena semua itu, Hujjatu Islam Imam al-Ghazali mengingatkan;
“Hati-hatilah terhadap tipudaya ulama su’. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada setan. Sebab, melalui merekalah setan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, “Ya Allah berilah ampunan.” Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, “Mereka adalah ulama sû’ .”

Saat ini, adakah ulama su? Sepertinya banyak yang bergelar ulama atau intelektual muslim, tapi berusaha menjauhkan muslim dari Islam dengan menafsirkan al Quran dan as Sunnah sekehendak nafsu mereka. Mereka menjilat ke penguasa dan menjadikan kaum kafir sebagai karib -karibnya, naudzubillah hi mindzalik, Wallahua’lam. []

Kuliah Ustaz Abdul Somad - Ulamak Su'




Monday, August 5, 2019

PEMUDA NS MEMILIH 2019

4/8/2019
D'Tempat, Sendayan

Semalam Pemuda Amanah NS telah berjaya menjalankan tanggungjawab memilih kepimpinan pemuda untuk sesi 2019-2022. Tahniah dan Syabas Pemuda Amanah NS. Sdra Mohd Hanis Alimin telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Amanah NS yang baru dan Sdra Allip Ibrahim adalah Timbalan Ketua. Tahniah dan Syabas juga kepada Sdra Zaki kerana rela melepaskan jawatan dan sikap keterbukaan beliau dalam menjalankan urusan pemilihan tersebut.

Tiada kekacauan atau perkara yang tak diingini berlaku. Suasana pemilihan berjalan dengan tenang dan penuh dengan ukhwah persaudaraan. Cantik....inilah yang kita harapkan dari ahli-ahli Parti Amanah. Masing2 dapat menunjukkan sikap matang dalam berpolitik.

Kematangan dalam politik amat perlu supaya parti dapat dijuruskan kepada kejayaan yang cemerlang. Pemilihan semalam cantik cuma saya terkilan kerana Ketua dan Timbalan yang lama kedua-duanya melepaskan jawatan sekali. Atas apa sebab musabab dan tindakan yang mereka fikir rasional maka kedua-duanya mengambil tindakan begitu.....

Jika Ketua Sdra Zaki melepaskan jawatan Ketua kerana masalah bebanan tempat kerja dan hal anaknya yang tidak sihat maka saya akui mungkin beliau tidak cukap masa dan sudah terbeban dengan tanggungjawab yang ada, maka perlu mencari pangganti....

Tetapi apabila Timbalan Ketua Sdra Sahrizal melepaskan jawatannya sekali, itu yang menyebabkan saya musykil dan tertanya-tanya apakah sebabnya... Sepatutnya Timbalan ini perlu menggalas jawatan Ketua tersebut dan tidak melepaskan kemudi bahtera terus kepada orang2 yang baru tanpa tunjuk ajar dan bimbingan...

Bahtera yang dikemudi oleh orang baru tanpa tunjuk ajar orang lama boleh berpatah balik ke pengkalan atau mengubah haluan kemudi...itulah sebabnya peralihan kuasa dalam politik harus diatur dan dicatur sebaik-baiknya supaya tetap berada dilandasan dan haluan yang betul yang telah disediakan acuannya....

Walaubagaimanapun keputusan telah dibuat dan perkara telah pun berlalu semalam...tiada apa yang boleh dilakukakan sekarang. Kita cuma dapat berharap agar bahtera Pemuda Amanah NS terus berada dihaluan yang betul dan telah ditetapkan...Dan kita harap Nakhoda Pemuada Amanah NS juga tidak beralih angin....kalau sekarang belayar dengan angin Timur Laut janganlah beralih pelayaran mengikut angin Barat Daya pula....

Sekian....secebis coretan terkilan saya....


Gambar hanya hiasan

SEKAPAL BELAYAR DI LAUTAN


SEKAPAL BELAYAR DI LAUTAN
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 28/06/19
( 1 - 27 )

1)      Walaupun 'Duit Itu Raja’ atau 'Cash Is King' namun segala-galanya ditentukan oleh Dia Yang Maha Adil dan Berkuasa.

2)      Najib dan penjilat - penjilatnya sebelum ini begitu yakin tiada siapa yang boleh mengalahkan mereka.

3)      Ketika berkuasa mereka buta sejarah yang Allah telah dedahkan dalam Al-Quran bagaimana hebatnya Firaun, Namrud dan sebagainya, dan sekaya-kayanya Qarun pun akhirnya tersungkur juga.

4)      Dengan bantuan ALLAH SWT dan atas rayuan rakyat yang menyokong, termasuk pemimpin - pemimpin pembangkang ketika itu, Tun pada usia 93 tahun akhirnya bersetuju mengepalai sebuah kapal yang akan menempuh badai di lautan yang bergelora.

5)      Segala - galanya terjawab apabila pada Rabu 9hb Mei 2018 majoriti rakyat telah mengambil keputusan bersejarah.

6)      UMNO yang satu ketika dahulu didokong oleh 12 parti yang lain, kini balik ke asal semula; ia tak ubah seperti parti PERIKATAN di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, iatu hanya dianggotai UMNO, MCA dan MIC.

7)      Akan tercatit dalam sejarah, Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional   ( BN )bertanggungjawab terhadap kekalahan parti tersebut.

8)      Jika dahulu Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke 2 dan Presiden UMNO dan Pengerusi PERIKATAN bersusah payah menubuhkan BN, kini atas sebab tamak dan hawa nafsu, anaknya telah menghancurkan segala harapan murni ayahnya itu.

9)      Buat pertama kali seorang Perdana Menteri negara ini, isteri dan Timbalannya diheret ke Mahkamah atas tuduhan rasuah dan berbagai kesalahan yang lain.

10)  Berkemungkinan besar Najib, Rosmah, Zahid Hamidi dan ramai lagi akan disumbatkan ke dalam penjara.

11)  Segala kerinduan pungguk yang merindu bulan kini mulai terjawab.

12)  Dari segi kemajuan ekonomi negara dan rakyat, pelaksanaan janji - janji Pilihanraya dan pembersihan negara dari segala amalan rasuah , sedang di usahakan oleh Tun secara berperingkat dan dengan amat teliti .

13)  Jika dahulu rakyat terlalu berhati - hati menyuarakan pandangan, kini kerajaan mengalu - alukan rakyat bersuara TANPA khuatir, asalkan ia tidak merosakkan Perlembagaan yang telah dipersetujui.

14)  Perlantikan Latheefa Koya, seorang peguam yang terlalu bencikan rasuah dan salahguna kuasa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru adalah satu lagi bukti ketegasan Tun Dr. Mahathir bagi membersihkan negara ini dari perbuatan keji itu.

15)  Namun Latheefa perlu berwaspada terhadap beberapa pegawai dibawahnya.

16)  Pesananan orang - orang lama harus diberi pandangan dan diambil kira.

17)  Semoga ingatan itu akan membantu beliau lebih berwaspada bagi melaksanakan segala usaha murninya.

18)  Latheefa perlu berhati-hati dengan kelicikan dan kepura-puraan beberapa orang pegawainya yang tak ubah seperti:
"Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi”
"Musuh Dalam Selimut" atau "Gunting Dalam Lipatan”
" Pepat Di Luar, Runcing Di Dalam”.

19)  Tatkala berbagai tindakan diambil seperti yang dilakukan baru-baru ini, namun beliau harus berani bertindak tegas terhadap anai-anai yang akhirnya akan menghancurkan institusi tersebut.

20)  Beliau tidak perlu melayani lalat-lalat dan langau-langau yang kotor itu; beri tumpuan yang jitu dan bukti terhadap tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas dan bersungguh-bersungguh.

21)  Selain rakyat kini merasa geli dan muak dengan telatah dan kenyataan-kenyataan bodoh beberapa pemimpin PH; masing-masing berlumba-lumba mencari publisiti murah.

22)  Semoga semua pihak dalam Pakatan Harapan atau PH HENTIKAN percakaran sesama sendiri MULAI saat ini.

23)  JANGANLAH SEKAPAL BELAYAR DI LAUTAN , TAPI TIDAK SEPERAHU KE PELABUHAN.

24)  Jika tidak mahu membantu Perdana Menteri, sekurang-kurangnya JANGANLAH berusaha menikam beliau dari belakang.

25)  'Don't Kill The Ghoose That Lay The Golden Egg’ atau ‘Jangan Membunuh Angsa Yang Bertelur Emas’.

26)  JANGAN MENCURAH AIR DI TEMPAYAN SEMATA-MATA MENDENGAR GURUH DI LANGIT.

27)  BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Wassalam. Terima kasih.