Monday, August 5, 2019

PEMUDA NS MEMILIH 2019

4/8/2019
D'Tempat, Sendayan

Semalam Pemuda Amanah NS telah berjaya menjalankan tanggungjawab memilih kepimpinan pemuda untuk sesi 2019-2022. Tahniah dan Syabas Pemuda Amanah NS. Sdra Mohd Hanis Alimin telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Amanah NS yang baru dan Sdra Allip Ibrahim adalah Timbalan Ketua. Tahniah dan Syabas juga kepada Sdra Zaki kerana rela melepaskan jawatan dan sikap keterbukaan beliau dalam menjalankan urusan pemilihan tersebut.

Tiada kekacauan atau perkara yang tak diingini berlaku. Suasana pemilihan berjalan dengan tenang dan penuh dengan ukhwah persaudaraan. Cantik....inilah yang kita harapkan dari ahli-ahli Parti Amanah. Masing2 dapat menunjukkan sikap matang dalam berpolitik.

Kematangan dalam politik amat perlu supaya parti dapat dijuruskan kepada kejayaan yang cemerlang. Pemilihan semalam cantik cuma saya terkilan kerana Ketua dan Timbalan yang lama kedua-duanya melepaskan jawatan sekali. Atas apa sebab musabab dan tindakan yang mereka fikir rasional maka kedua-duanya mengambil tindakan begitu.....

Jika Ketua Sdra Zaki melepaskan jawatan Ketua kerana masalah bebanan tempat kerja dan hal anaknya yang tidak sihat maka saya akui mungkin beliau tidak cukap masa dan sudah terbeban dengan tanggungjawab yang ada, maka perlu mencari pangganti....

Tetapi apabila Timbalan Ketua Sdra Sahrizal melepaskan jawatannya sekali, itu yang menyebabkan saya musykil dan tertanya-tanya apakah sebabnya... Sepatutnya Timbalan ini perlu menggalas jawatan Ketua tersebut dan tidak melepaskan kemudi bahtera terus kepada orang2 yang baru tanpa tunjuk ajar dan bimbingan...

Bahtera yang dikemudi oleh orang baru tanpa tunjuk ajar orang lama boleh berpatah balik ke pengkalan atau mengubah haluan kemudi...itulah sebabnya peralihan kuasa dalam politik harus diatur dan dicatur sebaik-baiknya supaya tetap berada dilandasan dan haluan yang betul yang telah disediakan acuannya....

Walaubagaimanapun keputusan telah dibuat dan perkara telah pun berlalu semalam...tiada apa yang boleh dilakukakan sekarang. Kita cuma dapat berharap agar bahtera Pemuda Amanah NS terus berada dihaluan yang betul dan telah ditetapkan...Dan kita harap Nakhoda Pemuada Amanah NS juga tidak beralih angin....kalau sekarang belayar dengan angin Timur Laut janganlah beralih pelayaran mengikut angin Barat Daya pula....

Sekian....secebis coretan terkilan saya....


Gambar hanya hiasan

1 comment:

Rohan said...

Terima kasih kerana berkongsi maklumat ni