12 Januari 2013 adalah tarikh keramat. Hari ini aku dapat menjejak kan kaki di Stadium Merdeka setelah berpuluh tahun tak pergi dan tak masuk Stadium Merdeka. Seingat aku kali terakhir aku masuk stadium ni adalah semasa perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Kedah lawan Selangor. Semasa itu antara pemain Selangor adalah Rashid Hassan (Penjaga gol), Kan Hung Meng dan Zainal. Kedah pulak antara nya adalah Ahmad Yusof. Semasa aku belajar di ITM aku pernah datang Stadium Merdeka ni untuk menyaksikan perlawanan Malaysia lawan Singapura. Masa itu Singapura di wakili oleh Fandi Ahmad dan Malek Awab. Sementara Malaysia pula Zainal & Dolah Saleh serta ramai lagi.
Duduk kat tangga Stadium Merdeka.Jam 12.30 dah masuk Stadium
Hafiz bangga kerana dapat hadir HKR KL112
Hari ini aku datang ke Stadium Merdeka untuk melakar sejarah bersama rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk membuat perubahan kepada pemerintahan Negara Malaysia ini. Kami menuntut supaya UMNO/BN di tukar dan dijatuhkan pada PRU 13 ini. Kami tidak mahu lagi UMNO/BN menjadi pemerintah di negara ini kerana setelah lebih 55 tahun memerintah UMNO/BN menjadi semakin KORUP dan ZALIM. Tiada lagi UMNO/BN yang boleh diharap seperti zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan juga Datuk Harun Idris dahulu. Sekarang ini semua UMNO/BN dari era Mahathir yang tidak tahu Budi Bahasa dab Adab Melayu kerana ini adalah UMNO BARU yang ditubuhkan oleh Mahathir setelah UMNO lama dibatalkan pendaftarannya oleh pendaftar pertubuhan. UMNO Baru ini telah menghapuskan penggunaan Bahasa Malaysia di dalam matapelajaran Matematik dan Sains yang menyebabkan ramai anak Melayu telah terkandas dan gagal dalam kedua-dua matapelajaran tersebut. Inikah parti Melayu yang mencanangkan diri nak menolong dan membantu orang Melayu. Nak tolong Bangla boleh la...
Penuhnya orang tak boleh nak cakap. Nangis UMNO/BN nengok ni....
Kat luar stadium
Peserta HKR KL112 solat zohor ditepi jalanraya di luar stadium
Kami menuntut supaya SPR mengadakan satu pilihanraya yang BERSIH dan ADIL pada PRU 13 ini supaya PRU 13 ini benar2 mencerminkan kehendak dan inspirasi seluruh rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dan kebenaran di tegakkan. Malaysia sangat perlu kepada satu pemerintahan yang baru yang bersih dan adil kepada semua kaum untuk menentukan perjalanan kejayaan Malaysia yang cemerlang. Malaysia satu negara yang kaya tetapi hasil kekayaan bumi Malaysia hanya dibolot oleh segolongan orang yang tertentu sahaja. Rakyat Malaysia keseluruhannya miskin, gundah gulana dan hidup tertekan dengan beban kerja, beban kewangan dan macam2 beban lagi.
Orang Muda dah boring dengan UMNO/BN. Itu lah expressi mereka
Panas Bro...ada hujan panas lagi ari tu
Maka seluruh rakyat Malaysia kena berubah. Berubah lah untuk kali ini demi negara yang tercinta ini. MERDEKA KAN MALAYSIA DARI UMNO/BN yang hanya tahu mencengkam rakyat. MERDEKA KAN MALAYSIA INI DARI CENGKAMAN MAHATHIR MAMAK yang telah menghantui kita selama 22 tahun ini...
http://orangklawang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment