Monday, January 14, 2013

Usrah 13 Januari 2013


Malam tadi Pusat Tarbiyah Al Amin mengadakan Usrah. Usrah dipimpin oleh Ustaz Khairi Ketua Dewan Ulamak PAS NS. Biasanya usrah diadakan pada hari sabtu dipimpin oleh Ustaz Suhaimi tetapi oleh kerana seluruh ahli PAS Klawang telah turun ke Stadim Merdeka menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR KL 112) maka usrah ditunda kepada hari Ahad. Usrah diadakan di Klawang pada setiap hari sabtu minggu ke 2 dan ke 4.






Pada kesempatan tersebut En Zul sempat menerangkan kepada ahli2 usrah dan pemimpin PAS Jelebu yang hadir tentang perkembangan pembinaan bangunan Pusat Tarbiyah Al Amin. Menurut Zul beliau masih memerlukan sekitar RM 30,000 lagi untuk menyiapkan bangunan 2 tingkat PTA tersebut. Setakat ini beliau cuba menjimatkan sehabis mungkin kos pembinaan.








Malam tadi dapat juga diadakan pertemuan dan perbincangan diantara pemimpin PAS Jelebu yang hadir iaitu Hj Kateran (YDP) dan Hj Jamalus (Ketua Penerangan) dengan AJK dan ahli Pusat Tarbiyah Al Amin. Ini lah perbincangan yang sangat harmoni dan terbaik yang berlaku di Klawang setelah timbul beberapa masalah sebelum ini. 



No comments: